Monday, 20 January 2014

7 Bahaya Alfalfa Yang Patut Anda Fahami

Bismillahirrahmanirrahim... 

Tiap kali bila Shaklee ada buat promo...ada jer orang yang 'berpenyakit hati' mengeluarkan kenyataan2 negatif pasal produk Shaklee. Ini kali tentang Alfafa..mentang2 bulan ini promo Alfafa Buy 6 Free 1.. Perkara ni timbul bila mereka membaca artikel bahaya alfalfa dari blog Dr Zubaidi.

 
ALFAFA COMPLEX SHAKLEE



Lain orang..lain pemahaman bila membaca..ada yang baca separuh dan ada yang baca sampai habis..sampai faham..

Untuk menyenangkan pembaca maka saya telah ringkaskan kenyataan dalam artikel tersebut dan cuba menjawab sebaiknya. Mari kita tengok apa sebenarnya yang orang takut dengan alfalfa ini? (credit )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(1) Statement Dr Zubaidi, tak salah amik supplement dan pastikan amik dari company yg dipercayai.

JAWAPAN: Memang betul dan Shaklee adalah company nutrisi yang sudah lebih 50 tahun bertapak maka tiada ragu sebab ia melabur berbillion dollar sebelum mengeluarkan sesuatu produk untuk penyelidikan. Sebuah company yang sangat diakui sangat teliti dalam mengeluarkan produk yang semulajadi.

(2) FDA (badan berkuasa di US) menyatakan penggunaan DAUN ALFALFA mungkin SELAMAT tetapi penggunaan dari BIJI BENIH mungkin TIDAK SELAMAT kerana kemungkinan boleh beri tindak balas autoimmune pada pesakit lupus erythematosus (SLE).

JAWAPAN: alfalfa shaklee dari sumber daun alfalfa. Dan sebagai langkah selamat sudah juga dinyatakan dalam botol shaklee bahawa TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE. Dah nyata dan jelas kat situ, maka tiada keraguan kenapa pula ia tidak boleh diambil oleh orang biasa yang tiada SLE.

 
(3) Makan alfalfa secara berlebihan boleh memudaratkan jadi mudah dapat ruam atau sunburn.

JAWAPAN: sebab itu ada sukatan kat botol. Maximum adalah 10 biji sehari. Shaklee dah kaji kenapa hanya max 10. Kalau makan 50 biji sehari memang mudarat kena tanggung sendiri. Maka itulah pentingnya consultation yang betul bukan makan supplement ikut sedap je tanpa mengikut arahan penggunaan. Makan nasi pun kalau berlebihan boleh jadi bam bam kan:)

(4) Pesakit yang mengambil ubat-ubat tertentu diminta consult doktor dahulu sebelum mengambil alfalfa.

JAWAPAN: memang betul apa-apa supplement pun jika kita ada mengambil ubatan doktor yang kita sendiri tidak pasti maka silalah rujuk doktor kerana alfalfa adalah herba. Tapi makan maajun tak pulak nak tanya doktor boleh ke makan eh?

(5) Penggunaan alfalfa dalam KUANTITI YANG BESAR DAN BERPANJANGAN tidak selamat pada ibu hamil dan ibu menyusu.

JAWAPAN: memang kita tidak pernah consult suruh bagi makan alfalfa pada ibu hamil tetapi pada ibu menyusu dibolehkan ikut dos. Baca balik artikel tu kata kuantiti besar dan berpanjangan.

(6) Pesakit kanser, fibroid tidak digalak amik alfalfa, tetapi belum dibuktikan dari segi kajian klinikal.

JAWAPAN: memang kita pun tidak benarkan pesakit-pesakit ini ambil alfalfa walau belum terbukti ada kajian klinikal mengenainya.

(7) Pesakit yang mengambil ubat cair darah tidak digalakkan ambil alfalfa.

JAWAPAN: Kandungan vitamin K dalam alfalfa boleh memekatkan darah maka memang sesiapa yang mengambil UBAT CAIR DARAH (WARFARIN) memang kita tak benarkan ambik alfalfa.

Maka tiada ragu nak ambil alfalfa jika anda tahu apa yang anda ambil kan? Sebab itu pentingnya consultation semasa dan selepas pembelian supplement. Jangan buat belian dengan orang yang tiada ilmu untuk consult anda atau membeli di merata tempat yang tiada sumber untuk anda rujuk. Sebab itu saya sentiasa mementingkan consultation yang betul diberikan pada customer sebelum mereka membeli sesuatu produk.

Pada para pengguna di luar sana, sudah terbukti alfalfa selamat cuma anda perlu pastikan 7 perkara tadi untuk membolehkan anda membuat keputusan bijak. Selamat makan alfalfa:)


Ummu Athiyah
012-222 9578 (sms/whatsapp)
Emel ummuya@gmail.com

Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.






Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy