Friday, 28 February 2014

5 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah apabila sebagai seorang perempuan disahkan hamil, kita terasa diri menjadi sempurna...gembira, teruja, risau pun ada..terutamanya apabila pertama kali mengandung.

Saya nak ceritakan pengalaman saya sendiri mengandung anak pertama dan kedua. Lain orang lain alahannya..dan lain anak lain jugak alahannya. Anak pertama, alahan sangat teruk bagi saya. Kali pertama dan menunggu 8 bulan untuk hamil..bagi saya ia sangat teruk tapi disebabkan teruja dapat mengandung dan rasa bersemangat..alahan teruk tu saya boleh terima dengan redha. 

Orang kata biasa kalau alahan teruk kali pertama..anak kedua mesti dah ok kan...Ohh tidak pada saya..alahan teruk yang sama macam mengandung anak pertama dulu.




Macam mana dikatakan alahan teruk?
Anak Pertama
Saya kerap muntah..start celik mata bangun pagi sampai nak tidur...muntah tak kira masa walau pun dah kerap makan..huhu.

Bila berus gigi keluar rasa pahit kaler kuning..kerap pening kepala, takleh bau goreng2, bau kereta, bau badan suami sindri (ampunn hihi), bau minyak wangi, takleh minum air masak..pernah kena tahan untuk drip air kat hospital sebab dehydration, sebenarnya kena tahan wad tapi takmau..

Sebab banyak sangat muntah dari pagi sampai malam..saya termuntah darah pekat setiap 2 minggu...yang saya ingat 4 kali kena muntah darah tu..doktor bagi cuti seminggu-seminggu selepas setiap kali muntah darah..first time kena muntah darah tu, kena tahan wad 2 hari..lepas daripada tu doktor just bagi cuti suruh rehat kat rumah.

Anak Kedua 
Start muntah2 teruk masa mengandung minggu ke 7..Simptom alahan yang sama macam anak pertama..bila dah start simptom tu, terus saya apply cuti rehat 1 minggu sebab tau, kalau datang kerja pun belum tentu boleh buat kerja...

Kali ini, saya dah dapat kawal sikit muntah2 selepas bercuti rehat 1 minggu tu..muntah2 pun tak seteruk anak pertama.  -Tiada muntah darah pekat, ada keluar macam darah, tapi doktor kata yang keluar tu jus gastrik. Tak pernah kena tahan wad, tak dapat cuti seminggu (hihi..cuti seminggu pun kalau muntah teruk takde maknanya hokey)..rasa bertenaga walaupun muntah2 sepanjang hari (rahsianya...kena baca entri ini sampai habis..)

5 Tips Atasi Alahan/Mabuk Ketika Hamil



Tips ini saya  amalkan untuk kurangkan muntah2 tu..alahan/mabuk/loya  tetap ada tapi dapatlah kurangkan sedikit.
 
(1) Kerapkan makan. 
Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Selalunya kat rumah atau kat meja ofis saya sentiasa ada roti, biskut gandum jacobs (bukan biskut berkrim..ini dah tentu akan rasa loya nanti), buah-buahan yang agak masam seperti epal hijau & limau mandarin (limau sunkist saya tak suka sebab perut rasa pedih perut bila makan, maybe tinggi asid). Lain2 buah saya tak pernah try.

(2) Elakkan makan makanan yang pedas, berlemak dan bergoreng.
Saya ada juga makan makanan pedas tapi sikit2 & kadang2 jer sebab nak hilangkan rasa loya..tapi tak elok sebenarnya sebab nanti senang kena pedih ulu hati..so wajib elakkan!

(3) Minum air dengan kerap
Saya  tak boleh minum air masak..telan ajer boleh tapi konfem lepas tuh muntah keluar air balik..memang tak faham..so alternatifnya saya minum air ribena & sunquick Bancuh tanpa tambahan gula...nanti senang pulak kena kencing manis semasa hamil.

(4) Berehat secukupnya.
Bila dah muntah2, badan memang rasa letih, rasa nak baring aje. Jadi kalau ada keje2 rumah yang nak kena buat..bolehlah minta tolong husband. Alhamdulillah, husband saya banyak membantu..tq dear :)..terharuu..kalau kat ofis, kalau dah tak larat..memang saya akan baring kejap 15-20 minit..pastu baru sambung buat keje balik.

(5) Ambil supplement 
Masa anak first hanya amalkan folic acid beli kat Guardian jer..tapi anak kedua saya makan Set Kehamilan Shaklee yang mengandungi Vitalea Iron Formula (Multivitamin), B Complex with Folic Acid, Vitamin C dan Ostematrix (Kalsium).  Pengambilan supplemen ini boleh bantu kurangkan alahan teruk tersebut...boleh baca di babycenter . Supplemen membantu melengkapkan nutrien, zat2 dan mineral yang kurang akibat tidak selera makan atau termuntah tadi. Sekurang-kurangnya saya tak risau apa zat yang diperolehi oleh baby dalam kandungan apabila kerap sangat muntah. Saya rasa bertenaga dan jaga anak pertama yang tengah lasak dan masih breastfeeding lagi..time ini umur Irfan 2 tahun 1 bulan. Paling penting lagi..supplemen yang saya makan adalah SEMULAJADI & SELAMAT,  vitamin yang klinik bagi memang saya tak ambil.


Set Asas Kehamilan Shaklee

Banyak tips-tips lain yang boleh dicuba untuk atasi alahan teruk ni..sebab lain orang lain alahan dan pengalaman dua kali mabuk teruk semasa mengandung banyak benda  saya belajar..banyak TIPS-TIPS EKLUSIF lain yang saya akan kongsikan KHAS dengan customer Moms Beauty Shoppe sahaja yer :)

Jom dapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE anda dan lalui pengalaman indah ini!
Dapatkan pada HARGA ISTIMEWA dan Tips-tips Ekslusif Semasa Mengandung:

Hubungi:
Pengedar Sah Shaklee Anda
Ummu Athiyah Ismail
pm/sms/whatsapp 012-222 9578
ummuya@gmail.com
fb page: Moms Beauty Shoppe


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.




*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Related Posts by Categories



4 comments :

ros_reeza

Salam kenal dari ros... singgah sini dan follow..

norhidana miswan

mmg sedap bt tortila wrap nih, dana kalu mls isi ngn sosej jumbo yg pnjang tuh kak... pastu letak je salad or tlr hancur comfirm kenyang kan

norhidana miswan

sorry dik, terslh komen lak.... huhuhui

bt masa nih lum peknen lg utk kali kedua... tp kene noted gk...
tq sudi jln2 blog akak...

Anonymous

Terima kasih infonya..sy skrg tgh mengandung anak ke 2..baru jer 4 minggu..alahan tu ada dah..lemah jer bdn nie..nnti nak cuba shaklee..

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy