Tuesday, 11 March 2014

Set Kehamilan Shaklee - Kurangkan Mabuk/ Alahan Teruk Semasa Mengandung

 Bismillahirrahmanirrahim..

Nak sambung entry tentang mengandung lagi....bersemangat nak kongsi sebab nak kawan-kawan lain yang tengah mengandung tu..walaupun alahan teruk atau tiada alahan sekalipun..merasa bestnya mengandung dan makan Set Kehamilan Shaklee ni.

Kenapa?
Saya dah merasakan perbezaannya semasa mengandung anak pertama yang ambil supplemen klinik/farmasi dan mengandung kali kedua mengambil Set Kehamilan Shaklee. So, saya akan ceritakan kelebihannya apabila mengandung bersama supplemen Shaklee.



Kebaikan Set Kehamilan/Mengandung Shaklee

(1) Kurang alahan/mabuk semasa trimester 1
Masa mengandung anak pertama, saya muntah2 teruk dari bangun tidur sampai ke malam..makan aja terus muntah. tak sempat hadam pun..keluar semua balik. 

Masa mengandung anak kedua, saya sambung sahaja supplemen  Shaklee untuk menyusu kecuali Alfafa. Alahan/ muntah2 masa trimester 1 tak seteruk anak pertama. Boleh katakan bukan tiap2 kali makan muntah..just ada rasa loya jer lah.

(2) Rasa lebih bertenaga 
Masa mengandung anak pertama, lepas aja makan malam mesti terus terpengsan..memang banyak tidur. Tengok tv pun boleh tertidur..maybe sebab penat dah banyak sangat munyah.

Tapi mengandung anak kedua, sebab makan supplemen walaupun muntah2..rasa bertenaga..taklah lembik jer sepanjang hari. Lagi nak jaga anak yg pertama tu kan..Alhamdulillah.

(3)  Tiada masalah Anemia/ HB rendah
Masa anak pertama, hb asyik low sahaja..semua bawah 10...nak makan kerang banyak2 pun tak lalu..telan jer la iron yg klinik bagi..itupun lepas makan terus muntah balik..camne lah hb nak naik.

Tapi anak kedua, Alhamdulillah hb cantik...berkat makan Vitalea setiap hari..vitalea ni multivitamin yg lengkap dengan iron.  Selain bagi tenaga, iron di dalamnya membantu untuk atasi masalah anemia/hb rendah.

(4) Tiada masalah hydration (kurang air dalam badan)
Kalau dah selalu sangat muntah..memang akan jadi dehyration..badan akan kurang air. Nak minum air masak takleh telah..rasa loya jer...minum pun nanti mesti muntah balik. Jadi, anak kedua saya top up air dengan minum Performance Drink Shaklee.

(5)  Anak Sihat dan Cerdik
Ini saya dapat lihat perbezaan antara anak pertama dan kedua. Anak pertama (Irfan) perkembangan fizikal, mental dan kognitif adalah normal mengikut Carta Perkembangan Bayi..namun anak kedua (Ikhwan) perkembangannya lebih cepat. Cepat boleh mengomel, pegang-pegang barang, cepat reaksi & tersenyum bila orang panggil..Alhamdulillah, perkembangan yang positif dan yang penting sihat. Berat badan pun bertambah dengan normal berbanding dengan Irfan..berat badannya tak meningkat sangat.

Jom kenali fungsi-fungsi Vitamin Untuk Ibu Hamil ini.


Vitamin Lengkap Ibu Hamil
 

 Set Kehamilan Shaklee

(1) Protein(Energy Soy Protein)
✔ Membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.
Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.
 

(2)Multivitamin(Vita-lea Iron Formula)
✔Iron/Zat Besi sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

(3)B Complex
✔Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

(4) Vitamin C(Sustained Realese Vita-C)
✔ Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur setiap jam mengikut keperluan badan kita.

(5) Omega -3(Omega Guard)
✔Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

(6) Kalsium(Ostematrix)
✔Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna, membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, asakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:
✔Vitalea
✔B Complex
✔Vitamin C
✔Ostematrix

Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri dari:
✔Vitalea
✔B-Complex
✔Vitamin C
✔Ostematrix
✔Omega Guard

Manakala untuk mana-mana trimester anda boleh mengambil ESP (Energizing Soy Protein) sebagai tambahan, bekalan protein lengkap untuk kehamilan.


Berminat untuk cuba? Hubungi untuk Pesanan & konsultansi Percuma:
Ummu Athiyah Ismail
sms/whatsapp: 012-222 9578
Fan page: Moms Beauty Shoppe 

Kalau nak beli terus pun boleh klik sini SET IBU MENGANDUNG

Lepas beli, inform Ummu tau untuk Konsultansi Percuma.

Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
 


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Related Posts by Categories



2 comments :

QasehnyaRania

bagus la kn.senang nak telan .hihi
kalau nk ngadap kerang pon bosan.

Ummu Athiyah Ismail

aah betul tu..lagipun saya memang tak makan kerang :)

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy