Friday, 13 June 2014

Tips Membekukan & Mencairkan Susu Ibu

Bismillahirrahmanirrahim...  


Susu perahan yang dibekukan di dalam deep freezer


Tahniah buat wanita yang baru bergelar ibu. Antara tugas utama yang menanti mommies ialah menyediakan keperluan makanan si manja iaitu susu ibu. Tanpa kos yang tinggi dan risau sama ada ia sesuai atau tidak pada bayi. Jadi, ibu2 patut bersedia dan mendalami ilmu penyusuan agar ia menjadi mudah dan mommies semua seronok untuk menyusukan si manja.

Bagi ibu yang tidak bekerja, tugas menyusukan bayi secara eksklusif mungkin tidak sesukar ibu yang bekerja kerana apabila ada kemahuan daripada bayi, ibu boleh menyusukan bila-bila masa. Tetapi bagi ibu bekerja, mereka perlu membuat stok susu simpanan untuk keperluan harian si manja.

Oleh itu penting untuk ibu menyusu tahu bagaimana cara terbaik penyimpanan susu ibu termasuk kaedah membekukan dan mencairkan susu perahan.  Oleh itu untuk memastikan susu perahan ibu bertahan lama dan boleh diberikan kepada bayi tanpa masalah, diharap tip berikut membantu anda.


Tip membekukan susu perahan
*Masukkan susu ibu ke dalam botol bersih selepas mengepamnya. Boleh juga menggunakan plastik perahan susu khas yang dijual di pasaran. Menggunakan bekas dadih atau plastic biasa dikhuatiri akan menyebabkan pembebasan bahan kimia dan bercampur dengan susu perahan apabila dipanaskan.

*Simpan susu perahan anda dalam bahagian yang kecil mengikut keperluan bayi supaya mudah mencairkannya. Ini juga untuk mengelakkan pembaziran sekiranya susu tersebut tidak dapat dihabiskan untuk sekali minum.

*Labelkan susu dengan tarikh supaya memudahkan anda. Susu yang dibekukan dapat bertahan sehingga tempoh enam bulan bergantung kepada jenis peti ais yang digunakan.

*Simpan susu perahan dalam peti dingin beku. Jangan letakkan di bahagian bawah (chiller) kecuali apabila anda hendak mencairkan dan memberikan kepada bayi. Jika susu perahan tersebut ingin digunakan keesokan harinya, susu perahan boleh diletakkan di chiller untuk tempoh 3-5 hari sahaja. Bagi tujuan untuk menyimpan sebagai stok, hendaklah ia disimpan di bahagian beku untuk tahan lebih lama.


Tip mencairkan susu beku
*Sekiranya anda ingin terus menggunakan susu beku, letakkan dalam bahagian bawah peti sejuk. Biasanya susu beku memerlukan tempoh sehari untuk mencairkannya. Hangatkan susu dengan cara merendam botol dengan air suam apabila hendak memberikan kepada bayi.

*Jika hendak menggunakan susu beku terus, rendam botol dalam air suam bukan air mendidih. Kepanasan yang terlalu tinggi boleh memusnahkan nutrient semulajadi susu perahan.

*Jangan bekukan kembali susu yang sudah dicairkan. Susu beku yang sudah dicairkan hendaklah dihabiskan dalam tempoh 24 jam.


*Jangan cairkan susu dalam ketuhar gelombang mikro. Susu akan menjadi terlalu panas dan merosakkan enzim-enzim yang ada di dalamnya.


~Sharing is Caring~



Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.




Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy