Friday, 26 September 2014

Fungsi Bahan-bahan di dalam Collagen Powder Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim... 




 COLLAGEN POWDER SHAKLEE BUKAN SEKADAR KOLAGEN!

Selain bahan utamanya ialah sisik ikan merah iaitu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen binatang yang lain, Collagen Powder Shaklee mengandungi 7 BAHAN AKTIF yg memantapkan kesan kolagen dgn MENINGKATKAN KEBERKESANANNYA. 









7 Bahan aktif ini bertindak MENGHIDRAT, MENGANJAL & ANTIOKSIDA.

(1) Kolagen ikan: Elastin dari kolagen ikan dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.

(2) Ekstrak kulit kerangan laut : Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi , menghidrat mata, & melegakan ketidak selesaan mata

(3) Lactobacillus acidophilus: sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen

(4) Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.

(5) Ekstrak Pfaffia: digelar sebagai GINSENG BRAZIL yg bila digabungkan dgn ekstrak biji benih Camelia japonica dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yg besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dlm MENGHIDRATKAN TISU BADAN dan MEMBUATKAN KULIT LEMBUT, LEMBAP dan RATA..ia juga merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga.

(6)Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita.

(7)Vitamin B2,B6: Vitamin-vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.

KEISTIMEWAANNYA COLLAGEN POWDER SHAKLEE BERBANDING KOLAGEN LAIN:
>> Molekul kolagen sangat ringan (1000 dalton shj)
>> Mudah diserap dan dicerna tanpa berlaku pembaziran kolagen yang tak dicerna
>> Gabungan 7 bahan utama utk menigkatkan keberkesanan kolagen RSS dan Menyokong Kecantikan anda dari Dalam ke Luaran.
>> Tiada bahan pengawet, tiada perisa tiruan, tanpa gula tambahan







 



KEBERKESANAN TERBUKTI!
Ujian klinikal menunjukkan yang 71% pengguna berasa tekstur kulit mereka lebih gebu selepas menggunakan COLLAGEN POWDER SHAKLEE selama 8 minggu berturut-turut:


Kelembapan meningkat sebanyak 90%.
Kelicinan & kelembutan meningkat sebanyak 69%.
Kedutan berkurang sebanyak 18%.
keanjalan, ketegangan & elastisi meningkat sebanyak 55%.
Keserian, tona & warna kulit meningkat sebanyak 50%
Ketebalan rambut meningkat sebanyak 54%.
Pemakaian kekal mekap meningkat sebanyak 60%.

Berminat untuk cuba? Beli 6 kotak dapat 7 kotak
Ummu Athiyah 012-222 9578 (sms/whatsapp)
FB
Moms Beauty Shoppe




Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.




Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Harga Collagen Powder Shaklee ~ Mahal?

Bismillahirrahmanirrahim...

credit
 

Alhamdulillah ramai dah merasa kehebatan Collagen Shaklee .Masing-masing puas hati dan gembira sebab dah dapat kulit cerah dan gebu...Tak kenal maka tak cinta. Bila dah cuba confirm repeat order..time Promo Buy 6 Free 1 pulak..confirm lah borong kann.Mula2 sape yang tanya harga kolagen shaklee ni, mesti kata mahal..tapi ada sebab kenapa harga nye ditetapkan begitu..

Yang sebenarnya ada beza ke Collagen Shaklee dengan collagen lain di pasaran? Nak tanya sikit, kasut Nike original dengan kasut pasar malam, mana lebih mahal? Dari segi kualiti dan daya tahan, mana lebih memuaskan?  Boleh jawab dalam hati ;)




Jom Ummu cerita tentang kehebatan Collagen Shaklee ni pulak.


 (1) Collagen Sumber Marine berkualiti tinggi


Collagen ni terdiri dari 3 jenis sumber- dari tumbuh- tumbuhan, dari haiwan ternakan dan dari sumber marine

#1: Collagen dari tumbuh- tumbuhan
Paling murah mungkin sebab senang nak tanam dan nak tuai. Tapi, daya serapan ke dalam tubuh adalah sangat rendah. Biasa collagen jenis ni yang ada rasa manis, sedap, etc. Tapi jangan tak tahu, biasanya kalau collagen tu manis, maksudnya kandungan pemanis dalam collagen tu adalah lebih tinggi dari kandungan collagen sendiri. Maksudnya kita bayar harga pemanis saja, harga collagen takde ape pun sebab kandungan collagen dalam tu rendah

#2: Collagen dari haiwan
Biasanya dapat dari ayam, lembu atau babi. Banyak digunakan sebagai suntikan collagen. Collagen dari sumber haiwan ni terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran kimia. Industri Collagen memang maklum Collagen jenis ni kurang selamat dan kurang bersih. Ye lah nak kasi ayam gemuk, kena suntik hormon. Nak bagi lembu makan, kena bagi rumput yang disembur pesticide. Kira susah lah nak cari sumber haiwan tapi betul-betul bebas bahan beracun atau bahan kimia.

#3: Collagen dari sumber marine
Collagen yang paling berkualiti tinggi. Orang Jepun dah lama guna marine sourced collagen untuk rawat sakit sendi. Sebab apa bagus? Sebab sumber marine yang shaklee ambil adalah daripada ikan merah yang tinggal di lautan dalam (deep ocean) Lautan dalam ni kalau nak tahu, kalau kita manusia nak pergi pun kena hati-hati, takut burst. Kena pakai equipment bagai untuk elak otak dan kepala rosak. Kalau kereta duduk kat kedalaman tu pun, boleh kemek. Tapi ikan merah ni tahan lasak..boleh masuk ke lautan dalam. Mengikut kajian pulak, kandungan collagen dalam ikan yang berada di dasar lautan ni adalah lebih tinggi berbanding kandungan collagen di dalam haiwan lain atau sumber tumbuhan. Plus, bila dah duk kat laut dalam tu, sah- sah lah minyak atau sampah sarap tak sampai kat situ, membuatkan ikan merah tu betul- betul bebas dari pencemaran dan bahan kimia.


Ini menunjukkan collagen dari ikan merah ni berketahanan tinggi dan tahan lasak, dapat membantu membetulkan collagen badan yang rosak pada kadar yang lebih optimum. Cuba bandingkan kos nak kumpul tumbuhan atau kos nak tangkap ayam kat ladang, dengan kos nak tangkap ikan merah kat deep ocean, mana lagi mahal?

Orang keje Oil & Gas mesti tahu jawapan ni. Ye lah, nak turun kat tengah2 laut kat platform just to inspect keadaan bawah platform pun nak kena pakai macam2 equipment. Dengan oxygen nye lah, high pressure helmet lah, itu pun tak leh dok lama-lama bawah laut, takut otak pecah. Jangan tak tahu, diver yang kene buat kerja inspect ni di bayar khas tau, tak semua orang sanggup buat kerja ni sebab tahu susah dia cemana. Ini kan pulak nak turun ke dasar lautan untuk tangkap ikan merah.

(2) Collagen Shaklee dibuat dari bahan semulajadi, di proses pun secara semulajadi. Bebas dari bahan toksik. Bebas dari kesan sampingan walaupun dah stop makan.


Collagen shaklee tiada bahan kimia, tiada bahan pengawet, tiada perisa tiruan. Ia nya dibuat dari 7 bahan utama, termasuk sisik ikan merah tadi, vitamin b dan vitamin c, ekstrak kerang, ekstrak pfaffia, etc.

Collagen Shaklee di proses secara semulajadi. Apa kepentingan proses semulajadi?


Collagen di pasaran yang murah biasanya akan melalui proses kimia. Nak extract collagen dari sumber, kena lalui certain proses. Proses paling murah adalah menggunakan beberapa bahan berasid, termasuk lah asid hidroklorik!

Tapi untuk collagen shaklee, shaklee penuh berhati-hati proses collagen melalui proses hydrolisis. Atau boleh kata pecahkan molekul menjadi kecik menggunakan air. Molekul collagen perlu di proses menjadi sangat kecik (less than 1000+ dalton in size), so that badan manusia boleh serap collagen shaklee dengan lebih optimum dan cepat.

Proses hydrolisis ni rumit, leceh, dan memang lah mahal. Dah ler mahal, shaklee bukan buat sekali dua, di buat nya lebih dari 8 kali!!! Shaklee memilih untuk proses collagen menggunakan proses hydrolisis sebab tak mahu ambil risiko membahayakan kulit dan kesihatan pelanggan.

Sebab tahu tak, kalau collagen yang di proses menggunakan proses kimia, nanti ada sisa bahan kimia tertinggal di dalam produk . Walaupun sisa sahaja, tetapi kalau diambil setiap hari dan untuk tempoh yang panjang ia nya akan terkumpul di dalam badan. Badan kita tidak bijak untuk membuang bahan-bahan ini keluar dari badan. So chemical residues ni akan terkumpul. Memang lah nampak kulit cantik kalau makan collagen murah. Tapi kalau stop je, mula-mula nampak jerawat pelik naik. Bila kita keep on makan, nanti dah tua, semua residue ni akan berkumpul menjadi toksik yang merbahaya, dan akan lead kepada kita akan dapat sakit kronik seperti sakit jantung, blockage kat salur darah, dan macam-macam lagi. [ Klik sini Kesan toksin dalam badan & Nak buang toksin ]

Jadi, adakah kita sanggup beli produk murah, tapi sanggup tanggung kesakitan di masa depan?

3. Collagen Shaklee membantu lebih dari kecantikan wajah.


Ada banyak feedback menyatakan sangat teramat puas hati dengan collagen shaklee, sebab bukan takat dapat flawless pinky glowy shiny face!! =) Tapi jugak, mencantikkan tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki! Rambut hilang kelemumur, bibir dah tak merekah kekeringan, kulit kaki jadi makin lembut.

Ummu sendiri pun dah cuba..rambut dah kurang gugur. Rambut jadi lebat dan bersinar.



Berminat untuk cuba?
Ummu Athiyah Ismail
012-222 9578 (sms/whatsapp)
FB Moms Beauty Shoppe


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.



Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Toksin dalam Badan

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak kongsi sikit tentang toksin...bukan toksik. Bahaya kalau berkumpul dalam badan. Jom baca jap...


Pembentukan Toksin

Toksin terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksin setiap kali ia dimakan sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrien yang diambil.

Kehadiran toksin ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan.

Secara ringkasnya, punca toksin berkumpul dalam badan akibat daripada pemakanan ialah:
(1) Apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya
(2) Pemakanan ubat-ubatan kimia
(3) Merokok
(4) Pengambilan minuman keras
(5) Pemakanan yang tidak seimbang


Kemudaratan Toksin

Toksin yang terhasil dalam jumlah yang sedikit boleh dinyahkan melalui rektum, tetapi jika jumlahnya berlebihan, ia turut akan diserap oleh tubuh terutamanya melalui usus kecil.

Kehadiran toksin yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan kesan seperti berikut:

1. Penghasilan enzim yang tidak resonan oleh sistem endokrin. Contohnya organ kelenjar liur, hati, hempedu dan pankreas tidak dapat menghasilkan enzim yang membantu sistem penghadaman.

2. Penghasilan hormon tidak mampu menjalankan fungsi dengan cekap. Contohnya pankreas tidak dapat mengeluarkan hormon insulin, glucagon, and somatostatin yang membantu penghadaman, penguraian gula dan urik asid.

3. Pertumbuhan sel terencat akibat nutrien yang diserap oleh sel bersifat toksin yang boleh menjejaskan fungsi nukleas sel.

4. Menggalakan pertumbuhan mukus, kulat atau sebarang jangkitan di bahagian kulit akibat penghasilan peluh yang bertoksin dan berasid.

5. Menjadi faktor kewujudan bahan karsonigen yang mampu memutasikan DNA sel hingga menyebabkan kewujudan sel kanser (fabroid, tumor), ketumbuhan, cyst dan sebagainya.

6. Mencemarkan darah dan melemahkan fungsi sistem aliran darah. Kesannya seseorang menjadi mudah letih, muka pucat, kerap sakit kepala, punca migrain, punca keloid, punca gangrene, punca purpura (lebam seperti ”kena gigit hantu”) dan sebagainya.

7. Toksik yang berlebihan dalam darah akhirnya akan disingkitkan melalui sistem perpeluhan yang boleh menyebabkan peluh berbau.

8. Selain itu, ia juga akan disingkirkan melalui buah pinggang. Akibatnya pinggang boleh terjejas dan menjadi lemah hingga menyebabkan masalah pada buah pinggang dan menimbulkan simptom seperti masalah prostat, kerap membuang air kecil, bengkak air, lenguh belakang, sakit lutut dan sebagainya.


Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah:

1) Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

2) Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di pelbagai tisu badan.

3) Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

4) Penyakit Jantung Dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. 


Di samping itu, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

5) Alergi, Asma, Pundi Hempudu Dan Karang, Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara, Kemerosotan Daya Seksual


Nak buang toksin atau Detox? KLIK sini!

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Thursday, 25 September 2014

B Complex Boleh Atasi Obesiti?

Bismillahirrahmanirrahim... 

Dah hampir 3 minggu tak masuk ofis..sebabnya kena training kat luar. Kurang sket rasa stress dengan mengadap kerja2 yang tak pernah abis dan tak cukup staff nak buat kerja. 





Sebenarnya stress ni punca banyak penyakit2 kronik....Banyak kesan2 kurang baik ke atas kehidupan..especially wanita. Stress menggangu sistem pencernaan kita (sakit perut,sembelit,cirit), menjejaskan sistem imuniti badan (mudah demam), meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur, penambahan berat badan... haaa.. point yang last tu mmg menarik.. berat badan naik bukan je sebab anda byk makan..tapi kalau anda stress pun boleh menyumbang ke arah overweight/obesiti.

Jadi..utk mengawal stress.. anda perlukan vitamin B Complex. Disini saya nak berkongsi bagaimana B Complex membantu.Mari lihat ahli keluarga Vitamin B Complex- Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12... Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda...
 

Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma

Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.

Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental

Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang

Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..

Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi di dlm badan

Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

 
B Complex pilihan saya

 



B- Complex dari jenama Shaklee. 
Kenapa?
Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
~Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. ~
Mudah di telan. ~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin

Semoga perkongsian ini berguna untuk semua.. kerana kesan daripada stress/ depresi amatlah buruk ...jika dibiarkan.boleh menjurus ke penyakit fizikal.~overweight, obesiti, jantung, sakit perut, cirit dan byk lagi.... .dan yang lebih parah ia juga boleh menyebabkan penyakit mental yg kronik....Akhir kata.... sayangilah diri anda. .kerana saya yakin ramai diluar sana yang sayangkan anda..

Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.



Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

4 Tips Cara Makan untuk Kekal Langsing

Bismillahirrahmanirrahim... 

Rasanya berat badan dah naik ni...alat penimbang takde bateri pulakss..tak tahulah naik berapa kilo nih.
Setiap hari sarapan dan lunch dah disediakan..hehe sebabnya tengah training. Tapi esok hari terakhir...macam malas lak nak masuk ofis next week...

Nak berkongsi sikit..info dari blok kak cery
Cara kita makan pun boleh maintainkan berat badan..jom baca!




 TIPS CARA MAKAN UNTUK KEKAL LANGSING

(1) Makan dengan kerap.
Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak

(2)Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. 

Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya. Jadi pilihan anda utk mencuba ESP or Cinch Shaklee.. mmg tepat..tu makanan tambahan protin yg bestt..

(3) Rendah kalori, rendah lemak. 

Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

(4) Waktu terbaik untuk minum air.

Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan...Waktu yg dicadangkan adalah awal pagi selepas bgn tidur, 30min sebelum waktu makan, sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan.

Okey..sekian tips untuk hari ini..



Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

 
Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tuesday, 23 September 2014

Q & A Tentang Shaklee Collagen Powder

Bismillahirrahmanirrahim
 
 Tengah hot kolagen sekarang ni..macam2 jenama. Tak ketinggalan yang google tentang Colllagen Powder Shaklee.
So..Ummu senaraikan soalan2 yang biasa ditanya tentang kolagen Shaklee kat bawah ni:

1. Apa kandungan collagen shaklee? 
2. Apa istimewanya collagen shaklee?
3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk ke pil?
4. Tahan berapa lama collagen shaklee?
5. Macam mana aturan makan collagen shaklee?
6. Berapa harga collagen shaklee?
7. Siapa yang sesuai amik collagen shaklee?
8. Macam mana rasa collagen shaklee?
9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 
10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 
11. Macam mana nak beli collagen powder?



Ummu akan jawab satu persatu persoalan di atas. Teruskan pembacaan ya. 

[1] Apa kandungan collagen shaklee? 

Kandungan utama collagen shaklee adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain.

Ada 7 lagi kandungan tambahan iaitu  
(1)Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata,  
(2)Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dna anjal,  
(3)Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaa semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen,  
(4) Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila diganbungkan dengan enstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata,  
(5)Ekstrak biji benih Camellia Japonica Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas, 
(6)Vitamin C - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita.
(7)Vitamin B -  Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 

2. Apa istimewanya collagen shaklee?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)

3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk ke pil 

Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. Satu kotak mengandungi 15 sachet di mana setiap sachet mengandungi 4000mg kolagen.

4. Tahan berapa lama collagen shaklee

Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sachet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15 hari. Walau bagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan). 

5. Macam mana cara makan collagen shaklee

Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sachet collagen bersama sebarang minuman kegemaran atau hanya campurkan bersama dengan air masak. Ummu campurkan dengan air masak jer...rasa  dia macam 'cikedis' hehe..tak tahulah kalau orang lain..Ada yang kata  Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake. Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah: 
- jus twister tropicana + collagen
- Milo/Serbuk Coklat Cadbury +collagen
- any fruit juice + collagen
Pengguna bebas nak campurkan collagen dengan mana2 minuman kecuali minuman berkafein/kopi/teh/air berkarbonat.

6. Berapa harga collagen shaklee

Retail price RM298.oo
Jangan terkejut, kenapa ia mahal? Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan colalgen. SUmbernya daripada ikan laut dalam yang sukar diperolehi dan juga ada tambahan ramuan2 aktif untuk menghasilkan formula kolagen yang lebih berkesan. Pastinya apa yang dibayar adalah untuk kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini dan juga R&D. Sebab itu takde iklan berbayar, ambil artis jadi duta..lebih baik Shaklee belanja untuk R&D. Jadi harga collagen powder Shaklee adalah setanding dengan kualitinya.

7. Siapa sesuai amik collagen shaklee?

Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut: 
  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata , penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut gugur, rambut kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit mula berkedut, kurang anjal dan gebu. Kelihatan tua daripada umur sebenar. 
  • Kulit berminyak
  • Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan punggung kurang anjal
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan

8. Macam mana rasa collagen shaklee?

Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tapi rase tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba. 

9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 

Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam. 

10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 

Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Ummu sendiri amik Collagen Powder Shaklee ni. So far tak ganggu pengeluaran susu ibu..susu makin meriah adalah..selalu Ummu minum dengan fresh milk :)..
Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen sealma 4 hari  berturut2 jika tiada kesan keapda bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, tiada pengawet, tiada perisa tiruan. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba. 

11. Macam mana nk beli collagen powder

Boleh hubungi saya : 
Ummu Athiyah binti Ismail (ID 858104)
No Tel: 012-222 9578
Email: ummuya@gmail.com

Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Monday, 22 September 2014

Kolagen, Plasenta dan Vitamin, Rahsia Kulit Cantik

Bismillahirrahmanirrahim...


Perbezaan antara rawatan kolagen, plasenta dan vitamin

Kolagen

Kolagen ialah sejenis protein yang banyak terdapat di dalam tubuh manusia dan memainkan peranan yang penting. Kolagen membantu membentuk tisu dalam badan selain memberi sokongan pada tubuh. Kolagen terdapat pada otot, tulang, kulit, tendon dan tulang rawan. Apabila umur meningkat, kolagen di dalam badan menurun dan menyebabkan kulit kendur dan tulang rapuh.

Jenis-jenis kolagen:
Ada bermacam-macam jenis kolagen suplemen. 
Oral kolagen suplemen dalam bentuk pil atau minuman menjanjikan pengurangan penyakit seperti arthritis, membantu penurunan berat badan, membina otot dan rejuvenasi kulit. 
Krim kolagen pula dikatakan dapat membantu menegangkan kulit tapi pada hakikatnya kolagen molekul terlalu besar untuk diserap. Suntikan kolagen untuk mengembalikan ketegangan kulit dan menghilangkan kedut pada kulit. 
Suntikan kolagen juga boleh digunakan untuk menghasilkan bibir yang lebih tebal. 
Rawatan kolagen dari segi medikal ialah oral glucosamine dan suntikan pada sendi.

Plasenta

Plasenta merupakan uri. Kebanyakan rawatan plasenta diambil dari kambing biri-biri yang dipelihara khas untuk urinya. Ada juga yang diambil dari uri manusia. Sel-sel diambil daripada uri dan dijadikan pil atau dalam bentuk suntikan. Tujuannya ialah untuk memperbaharui sel-sel tua di dalam badan. Namun demikian sijil halal tidak diperolehi. Ada juga plasenta yang diambil dari pokok soya yang baru bercambah dikenali sebagai vegeplasenta.

Vitamin

Vitamin A, B, C, D, E dan K mempunyai fungsi yang berbeza dan hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit kecuali ketika hamil, menyusukan anak atau pertumbuhan bayi dan kanak-kanak.

Pengambilan vitamin C akan membantu badan menghasilkan lebih banyak kolagen dan mampu menghasilkan kulit yang tegang. Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit dengan ciri-ciri antioksidannya selain dapat menguatkan sistem imunisasi badan.

Beza rawatan kolagen secara oral dan suntikan kolagen sentiasa dibina di dalam badan dan enzim kolagenase sentiasa mengekalkan tahap kolagen di dalam badan. Rawatan kolagen oral atau glucosamine biasanya diberi kepada pesakit yang mengalami osteoartritis di mana pelincir di dalam sendi sudah berkurangan. Suntikan hyaluronik asid juga boleh disuntik ke dalam sendi tersebut. 
 
Bagi rawatan estetik pula, suntikan hyaluronik asid disuntik di bawah kulit untuk mengurangkan kedutan pada kulit dan mengembalikan ketegangan kulit. Hyaluronik asid disuntik dalam bentuk fillers untuk meratakan parut, mengubah hidung yang senget atau pipi yang jatuh akibat proses penuaan. Rawatan ini perlu diulang kerana hyaluronik asid ini akan dibinasakan oleh enzim di dalam badan kita. Suntikan kolagen juga boleh dilakukan untuk mengubah paras rupa seperti pipi yang jatuh, bibir kecil atau hidung yang senget. Suntikan kolagen kini kurang popular kerana boleh menyebabkan alahan.

Beza rawatan plasenta secara oral dan suntikan

Rawatan plasenta sekiranya disuntik, ia lebih efektif dan cepat berbanding oral. Harga suntikan plasenta juga jauh lebih mahal berbanding oral. Di Malaysia, suntikan plasenta tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Rawatan oral dan suntikan juga tiada sijil halal daripada Jakim.

Beza rawatan vitamin secara oral dan suntikan

Vitamin boleh diambil secara oral tetapi penyerapannya berbeza-beza mengikut tahap pH di dalam perut dan usus. Sekiranya perlu, vitamin seperti B12 boleh disuntik pada otot. Suntikan Vitamin C tidak diluluskan di negara kita. Namun demikian ia merupakan rawatan untuk pesakit yang demam panas atau kanser di sesetengah negara lain.

Fahami tentang sesuatu rawatan kecantikan sebelum mencuba

Menurut Dr. Nurhalina, ketiga-tiga rawatan kecantikan ini memang amat berbeza fungsi dan kesesuaiannya dengan wanita. Ada rawatan yang hanya sesuai untuk kelompok umur tertentu. Maka sebab itulah amat penting untuk seorang wanita mendapatkan info tentang sesuatu rawatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Ini bagi memastikan ia memberikan manfaat kepada mereka. “Sebagai contoh, rawatan yang kini menjadi kegilaan kaum wanita iaitu rawatan menggunakan ibu kolagen. Sebenarnya ia merupakan kolagen dari rumpai laut. Walau pun ia hangat diperkatakan namun tiada kajian medikal yang dilakukan tentang keberkesanan bahan ini untuk rawatan kulit. 
 
Rawatan oral kolagen biasanya berasaskan protein dari haiwan. Sekiranya seseorang itu ada alergi, ia boleh mengakibatkan rangsangan negatif serta alahan. Setiap rawatan sekiranya berlebihan akan memberi kesan sampingan jangka pendek atau panjang. Ikutlah peraturan untuk pengambilan sesuatu suplemen. Jika tiada kesan sampingan pun, ia adalah satu pembaziran sekiranya badan tidak memerlukan. Sekiranya anda ingin mencuba oral kolagen, ketahuilah bahawa industri suplemen ini tidak dipantau. Oleh sebab itu kandungan kolagen dan keberkesanan sesuatu produk sukar diketahui. 
 
Sekiranya anda ingin mendapatkan suntikan kolagen, perlu anda ketahui bahawa risikonya mungkin sama seperti risiko suntikan lain seperti botox dan filler. Apa yang penting ialah pemakanan yang seimbang dari segi karbohidrat, protein, lemak, serat dan vitamin. Kolagen membekalkan protein pada kulit. Sarang burung dan Caviar juga adalah sumber kolagen yang berfungsi sebagai anti penuaan. Dari sudut perubatan, rawatan kolagen sebenarnya adalah dalam bentuk suntikan tetapi bukan melalui salur darah tetapi dimasukkan di bawah lapisan kulit (filler),” terang Dr. Nurhalina lagi.

Rawatan plasenta memerlukan kos yang tinggi

“Rawatan menggunakan plasenta atau uri agak mahal harganya dan individu sama ada lelaki mahu pun wanita sesuai menggunakannya. Namun ia lebih kepada rawatan anti penuaan. Antara golongan yang sesuai mengambil rawatan jenis ini ialah wanita yang sudah menopaus dan perlu mengikut dos yang tertentu. Semakin tinggi dos yang digunakan semakin mahal kos rawatan yang perlu dibiayai oleh pengguna.Kebanyakan plasenta diambil dari biri-biri baka yang baik. Selalunya kambing biri-biri ini adalah dari New Zealand dan Switzerland. Plasenta kambing biri-biri menjadi pilihan kerana dikatakan haiwan ini tidak menyebarkan penyakit seperti lembu (mad cow disease) selain lebih kurang sama dengan plasenta manusia. Plasenta perlu diambil dengan teknik yang betul dan disimpan dalam suhu yang sesuai. 
 
Walau bagaimana pun ada juga plasenta yang diambil dari rusa namun ia kurang popular. Selain memperbaharui sel-sel yang telah tua di dalam badan, kebanyakan individu yang mengambil plasenta akan berasa lebih bertenaga. Contohnya kucing yang baru melahirkan akan makan urinya sendiri supaya badannya bertenaga semula. Ada juga rawatan menggunakan plasenta manusia yang dianggap terbaik tetapi ia punya risiko perubatan yang tertentu. Sebenarnya walau pun ramai yang menyebutnya sebagai rawatan menggunakan plasenta tetapi sebenarnya ia lebih kepada Stem Cell atau sel setem. Hingga ke hari ini kesemua medium rawatan plasenta sama ada plasenta biri-biri, manusia dan rusa semuanya tidak mendapat status halal selain tidak mendapat kelulusan daripada pihak KKM,” ujar Dr. Nurhalina.

Jenis vitamin dan fungsinya kepada kecantikan.

Menyentuh tentang rawatan menggunakan vitamin pula yang suatu ketika dahulu amat popular di kalangan kaum wanita, menurut Dr. Nurhalina sebenarnya vitamin A, C dan E adalah bersifat antioksidan. Dos yang diperlukan adalah secara minimum kerana vitamin A ,C dan E baik untuk kulit.
 
 “Rawatan vitamin yang popular ialah vitamin C. Sama seperti kolagen, jika seseorang individu sama ada lelaki mahu pun wanita mengambilnya dalam dos yang mencukupi, mereka akan mendapati kulit mereka semakin tegang dan anjal. Vitamin C dan vitamin E biasanya diambil secara oral. 
 
Vitamin A pula banyak terdapat dalam produk perawatan kecantikan luaran. Apabila ia meresap ke dalam kulit wajah maka ia akan merangsang penghasilan kolagen dalam kulit namun jika berlebihan ia akan mengundang bahaya kepada wanita terutama yang sedang hamil. Oleh itu wanita hamil tidak digalakkan mengambil produk perawatan kulit yang mengandungi vitamin A. 
 
Walau bagaimanapun vitamin C bukan sahaja boleh diambil secara oral tetapi boleh juga diambil secara suntikan namun tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM. Perlu diingatkan bahawa rawatan menggunakan vitamin C yang diambil secara suntikan perlu diambil secara berterusan bagi mendapatkan hasil yang berpanjangan kerana vitamin C yang meresap ke dalam kulit lama kelamaan akan terurai dalam lapisan kulit. 
 
Vitamin B pula lebih kepada untuk menambah tenaga dan baik untuk saraf. Selalunya diambil secara oral dan suntikan. Pendek kata ke semua rawatan menggunakan vitamin punya fungsi dan kelebihan tertentu,” akhiri Dr. Nurhalina.


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

 
 Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy