Friday, 26 September 2014

Harga Collagen Powder Shaklee ~ Mahal?

Bismillahirrahmanirrahim...

credit
 

Alhamdulillah ramai dah merasa kehebatan Collagen Shaklee .Masing-masing puas hati dan gembira sebab dah dapat kulit cerah dan gebu...Tak kenal maka tak cinta. Bila dah cuba confirm repeat order..time Promo Buy 6 Free 1 pulak..confirm lah borong kann.Mula2 sape yang tanya harga kolagen shaklee ni, mesti kata mahal..tapi ada sebab kenapa harga nye ditetapkan begitu..

Yang sebenarnya ada beza ke Collagen Shaklee dengan collagen lain di pasaran? Nak tanya sikit, kasut Nike original dengan kasut pasar malam, mana lebih mahal? Dari segi kualiti dan daya tahan, mana lebih memuaskan?  Boleh jawab dalam hati ;)




Jom Ummu cerita tentang kehebatan Collagen Shaklee ni pulak.


 (1) Collagen Sumber Marine berkualiti tinggi


Collagen ni terdiri dari 3 jenis sumber- dari tumbuh- tumbuhan, dari haiwan ternakan dan dari sumber marine

#1: Collagen dari tumbuh- tumbuhan
Paling murah mungkin sebab senang nak tanam dan nak tuai. Tapi, daya serapan ke dalam tubuh adalah sangat rendah. Biasa collagen jenis ni yang ada rasa manis, sedap, etc. Tapi jangan tak tahu, biasanya kalau collagen tu manis, maksudnya kandungan pemanis dalam collagen tu adalah lebih tinggi dari kandungan collagen sendiri. Maksudnya kita bayar harga pemanis saja, harga collagen takde ape pun sebab kandungan collagen dalam tu rendah

#2: Collagen dari haiwan
Biasanya dapat dari ayam, lembu atau babi. Banyak digunakan sebagai suntikan collagen. Collagen dari sumber haiwan ni terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran kimia. Industri Collagen memang maklum Collagen jenis ni kurang selamat dan kurang bersih. Ye lah nak kasi ayam gemuk, kena suntik hormon. Nak bagi lembu makan, kena bagi rumput yang disembur pesticide. Kira susah lah nak cari sumber haiwan tapi betul-betul bebas bahan beracun atau bahan kimia.

#3: Collagen dari sumber marine
Collagen yang paling berkualiti tinggi. Orang Jepun dah lama guna marine sourced collagen untuk rawat sakit sendi. Sebab apa bagus? Sebab sumber marine yang shaklee ambil adalah daripada ikan merah yang tinggal di lautan dalam (deep ocean) Lautan dalam ni kalau nak tahu, kalau kita manusia nak pergi pun kena hati-hati, takut burst. Kena pakai equipment bagai untuk elak otak dan kepala rosak. Kalau kereta duduk kat kedalaman tu pun, boleh kemek. Tapi ikan merah ni tahan lasak..boleh masuk ke lautan dalam. Mengikut kajian pulak, kandungan collagen dalam ikan yang berada di dasar lautan ni adalah lebih tinggi berbanding kandungan collagen di dalam haiwan lain atau sumber tumbuhan. Plus, bila dah duk kat laut dalam tu, sah- sah lah minyak atau sampah sarap tak sampai kat situ, membuatkan ikan merah tu betul- betul bebas dari pencemaran dan bahan kimia.


Ini menunjukkan collagen dari ikan merah ni berketahanan tinggi dan tahan lasak, dapat membantu membetulkan collagen badan yang rosak pada kadar yang lebih optimum. Cuba bandingkan kos nak kumpul tumbuhan atau kos nak tangkap ayam kat ladang, dengan kos nak tangkap ikan merah kat deep ocean, mana lagi mahal?

Orang keje Oil & Gas mesti tahu jawapan ni. Ye lah, nak turun kat tengah2 laut kat platform just to inspect keadaan bawah platform pun nak kena pakai macam2 equipment. Dengan oxygen nye lah, high pressure helmet lah, itu pun tak leh dok lama-lama bawah laut, takut otak pecah. Jangan tak tahu, diver yang kene buat kerja inspect ni di bayar khas tau, tak semua orang sanggup buat kerja ni sebab tahu susah dia cemana. Ini kan pulak nak turun ke dasar lautan untuk tangkap ikan merah.

(2) Collagen Shaklee dibuat dari bahan semulajadi, di proses pun secara semulajadi. Bebas dari bahan toksik. Bebas dari kesan sampingan walaupun dah stop makan.


Collagen shaklee tiada bahan kimia, tiada bahan pengawet, tiada perisa tiruan. Ia nya dibuat dari 7 bahan utama, termasuk sisik ikan merah tadi, vitamin b dan vitamin c, ekstrak kerang, ekstrak pfaffia, etc.

Collagen Shaklee di proses secara semulajadi. Apa kepentingan proses semulajadi?


Collagen di pasaran yang murah biasanya akan melalui proses kimia. Nak extract collagen dari sumber, kena lalui certain proses. Proses paling murah adalah menggunakan beberapa bahan berasid, termasuk lah asid hidroklorik!

Tapi untuk collagen shaklee, shaklee penuh berhati-hati proses collagen melalui proses hydrolisis. Atau boleh kata pecahkan molekul menjadi kecik menggunakan air. Molekul collagen perlu di proses menjadi sangat kecik (less than 1000+ dalton in size), so that badan manusia boleh serap collagen shaklee dengan lebih optimum dan cepat.

Proses hydrolisis ni rumit, leceh, dan memang lah mahal. Dah ler mahal, shaklee bukan buat sekali dua, di buat nya lebih dari 8 kali!!! Shaklee memilih untuk proses collagen menggunakan proses hydrolisis sebab tak mahu ambil risiko membahayakan kulit dan kesihatan pelanggan.

Sebab tahu tak, kalau collagen yang di proses menggunakan proses kimia, nanti ada sisa bahan kimia tertinggal di dalam produk . Walaupun sisa sahaja, tetapi kalau diambil setiap hari dan untuk tempoh yang panjang ia nya akan terkumpul di dalam badan. Badan kita tidak bijak untuk membuang bahan-bahan ini keluar dari badan. So chemical residues ni akan terkumpul. Memang lah nampak kulit cantik kalau makan collagen murah. Tapi kalau stop je, mula-mula nampak jerawat pelik naik. Bila kita keep on makan, nanti dah tua, semua residue ni akan berkumpul menjadi toksik yang merbahaya, dan akan lead kepada kita akan dapat sakit kronik seperti sakit jantung, blockage kat salur darah, dan macam-macam lagi. [ Klik sini Kesan toksin dalam badan & Nak buang toksin ]

Jadi, adakah kita sanggup beli produk murah, tapi sanggup tanggung kesakitan di masa depan?

3. Collagen Shaklee membantu lebih dari kecantikan wajah.


Ada banyak feedback menyatakan sangat teramat puas hati dengan collagen shaklee, sebab bukan takat dapat flawless pinky glowy shiny face!! =) Tapi jugak, mencantikkan tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki! Rambut hilang kelemumur, bibir dah tak merekah kekeringan, kulit kaki jadi makin lembut.

Ummu sendiri pun dah cuba..rambut dah kurang gugur. Rambut jadi lebat dan bersinar.



Berminat untuk cuba?
Ummu Athiyah Ismail
012-222 9578 (sms/whatsapp)
FB Moms Beauty Shoppe


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.



Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy