Sunday, 21 September 2014

Jangan Ambil ALFAFA COMPLEX SHAKLEE

Bismillahirrahmanirrahim...

Walaupun  Alfafa dikenali sebagai 'Raja Tumbuhan' yang mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkannya orang itu tidak noleh mengamilnya kerna akan membawa kemudaratan.




Siapa yang tidak boleh ambil alfalfa?


(1) Pesakit SLE (systemic lupus erythematosus) tidak boleh ambil alfalfa kerana alfala mengandungi sejenis asid amino L-canavanine yang menyebabkan pesakit SLE menjadi keradangan

(2) Mereka yang mengambil ubat untuk menurunkan kadar gula seperti pesakit diabetes yang mengambil insulin  

(3) Mereka yang bergantung pada ubat warfarin (ubat cairkan darah) kerana alfafa mengandungi VITAMIN K yg boleh memekatkan darah


(4) Mereka yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan imuniti (Pesakit Auto Imun) seperti Psirosis 

(5)Wanita mengandung tidak dinasihatkan mengambil alfalfa kerana alfalfa boleh induce kedatangan haid & menyebabkan keguguran

(6) Anemia tidak boleh ambil alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.


(7)Alfalfa hendaklah diambil berasingan dengan vitamin2 seperti vitamin E, zat besi, potassium kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan badan menyerap zat terbabit.
Alfalfa juga boleh menjadi petunjuk jika anda mengalami masalah buah pinggang.

Supplement adalah untuk kita membina kesihatan yang baik dan bukan bertujuan untuk merawat apa-apa penyakit. Perlu jelas kenapa dan untuk tujuan apa kita mengambil apa jua jenis supplement. Mengambil supplement membantu kita mendapatkan semula khasiat yang kekurangan dalam badan kita akibat daripada kita yang tidak dapat menjaga pemakan seharian kita. 

Selain itu, persekitaran hari ini juga adalah antara salah satu sebab kita perlu mengambil supplement. Melainkan jika anda memang yakin, anda mampu untuk setiap hari mendapatkan kesemua nutrien yang di perlukan tubuh.


P/S:

Tidak semua alfalfa adalah sama, kebanyakan alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.




Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.




Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy