Tuesday, 23 September 2014

Q & A Tentang Shaklee Collagen Powder

Bismillahirrahmanirrahim
 
 Tengah hot kolagen sekarang ni..macam2 jenama. Tak ketinggalan yang google tentang Colllagen Powder Shaklee.
So..Ummu senaraikan soalan2 yang biasa ditanya tentang kolagen Shaklee kat bawah ni:

1. Apa kandungan collagen shaklee? 
2. Apa istimewanya collagen shaklee?
3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk ke pil?
4. Tahan berapa lama collagen shaklee?
5. Macam mana aturan makan collagen shaklee?
6. Berapa harga collagen shaklee?
7. Siapa yang sesuai amik collagen shaklee?
8. Macam mana rasa collagen shaklee?
9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 
10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 
11. Macam mana nak beli collagen powder?



Ummu akan jawab satu persatu persoalan di atas. Teruskan pembacaan ya. 

[1] Apa kandungan collagen shaklee? 

Kandungan utama collagen shaklee adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain.

Ada 7 lagi kandungan tambahan iaitu  
(1)Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata,  
(2)Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dna anjal,  
(3)Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaa semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen,  
(4) Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila diganbungkan dengan enstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata,  
(5)Ekstrak biji benih Camellia Japonica Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas, 
(6)Vitamin C - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita.
(7)Vitamin B -  Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 

2. Apa istimewanya collagen shaklee?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)

3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk ke pil 

Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. Satu kotak mengandungi 15 sachet di mana setiap sachet mengandungi 4000mg kolagen.

4. Tahan berapa lama collagen shaklee

Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sachet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15 hari. Walau bagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan). 

5. Macam mana cara makan collagen shaklee

Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sachet collagen bersama sebarang minuman kegemaran atau hanya campurkan bersama dengan air masak. Ummu campurkan dengan air masak jer...rasa  dia macam 'cikedis' hehe..tak tahulah kalau orang lain..Ada yang kata  Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake. Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah: 
- jus twister tropicana + collagen
- Milo/Serbuk Coklat Cadbury +collagen
- any fruit juice + collagen
Pengguna bebas nak campurkan collagen dengan mana2 minuman kecuali minuman berkafein/kopi/teh/air berkarbonat.

6. Berapa harga collagen shaklee

Retail price RM298.oo
Jangan terkejut, kenapa ia mahal? Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan colalgen. SUmbernya daripada ikan laut dalam yang sukar diperolehi dan juga ada tambahan ramuan2 aktif untuk menghasilkan formula kolagen yang lebih berkesan. Pastinya apa yang dibayar adalah untuk kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini dan juga R&D. Sebab itu takde iklan berbayar, ambil artis jadi duta..lebih baik Shaklee belanja untuk R&D. Jadi harga collagen powder Shaklee adalah setanding dengan kualitinya.

7. Siapa sesuai amik collagen shaklee?

Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut: 
  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata , penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut gugur, rambut kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit mula berkedut, kurang anjal dan gebu. Kelihatan tua daripada umur sebenar. 
  • Kulit berminyak
  • Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan punggung kurang anjal
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan

8. Macam mana rasa collagen shaklee?

Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tapi rase tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba. 

9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 

Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam. 

10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 

Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Ummu sendiri amik Collagen Powder Shaklee ni. So far tak ganggu pengeluaran susu ibu..susu makin meriah adalah..selalu Ummu minum dengan fresh milk :)..
Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen sealma 4 hari  berturut2 jika tiada kesan keapda bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, tiada pengawet, tiada perisa tiruan. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba. 

11. Macam mana nk beli collagen powder

Boleh hubungi saya : 
Ummu Athiyah binti Ismail (ID 858104)
No Tel: 012-222 9578
Email: ummuya@gmail.com

Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



2 comments :

ros_reeza

ada juga kawan Ros yang ambil ni...

Ummu Athiyah Ismail

Tengah promosi bulan ni..kalau Ros nak cuba :)

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy