Thursday, 25 September 2014

4 Tips Cara Makan untuk Kekal Langsing

Bismillahirrahmanirrahim... 

Rasanya berat badan dah naik ni...alat penimbang takde bateri pulakss..tak tahulah naik berapa kilo nih.
Setiap hari sarapan dan lunch dah disediakan..hehe sebabnya tengah training. Tapi esok hari terakhir...macam malas lak nak masuk ofis next week...

Nak berkongsi sikit..info dari blok kak cery
Cara kita makan pun boleh maintainkan berat badan..jom baca!




 TIPS CARA MAKAN UNTUK KEKAL LANGSING

(1) Makan dengan kerap.
Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak

(2)Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. 

Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya. Jadi pilihan anda utk mencuba ESP or Cinch Shaklee.. mmg tepat..tu makanan tambahan protin yg bestt..

(3) Rendah kalori, rendah lemak. 

Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

(4) Waktu terbaik untuk minum air.

Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan...Waktu yg dicadangkan adalah awal pagi selepas bgn tidur, 30min sebelum waktu makan, sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan.

Okey..sekian tips untuk hari ini..



Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

 
Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy