Sunday, 26 October 2014

Supplemen Pengganti Ubat?


Bismillahirrahmanirrahim...

Ramai jugak dengarnya demam sekarang nih...puncanya mesti sebab cuaca.. jerebu pun yer jugak. Kat rumah memang pasang sentiasa penapis udara. Ikhwan dan Irfan pun baru jer baik demam. Ikhwan lama sket demam..sampai 7 hari. Masa hari keempat dah bawak g klinik. Kena cucuk dua kali untuk amik darah, tapi darah tak keluar. 

So, Ummu dah cakap awal2 kat nurse tu, kalau tak jumpa takyah amik. Diorang ni kadang2 ada yg tak reti amik darah, sejak Ummu kena cucuk 10 kali untuk amik darah..memang lesson learnt lar sejak tu. Kalau ada nurse yg amik darah, takkan bagi lebih dari dua kali. Ummu dah pernah kena, taknak anak2 pun kena gak. Ummu punyer urat memang senang nk amik darah sebab check up bulan2 kat Klinik Kesihatan Presint 9, senang jer nurse tu amik darah. Sekali jer dah dapat, yg buat 10 kali tu..doktor pelatih..so memang hati2 lar takkan serah diri lebih dua kali.


Sebenarnya nak cerita benda lain..hehe. First time la Ikhwan demam lama pulak kali ni. Macam biasa bagi Nutriferon sebagai pengganti Ubat Demam+Selsema+Batuk. Kira 3 in 1 lar Nutriferon ni. Sebab fungsi Nutriferon ni untuk tingkat sistem imun/antibodi badan melawan penyakit. Jadi..kalau dimakan semasa sakit, antibodi kita time tu tengah lemah..so Nutriferon ni membantu tingkatkan antibodi untuk lawan virus2 penyakit.



Takpe ker tak bagi ubat?
So far..Alhamdulillah..bagi makan supplemen bagi saya adalah cara yg paling selamat sebab ia bukan dadah, ia takkan terkumpul di dalam badan sebagai toksin, ia tidak membebankan buah pinggang (dos pengambilan yg betul)..bayangkan kalau seminggu tu saya bagi ubat demam & antibiotik..banyak dadah bagi kat bayi..itu semasa kecik..belum lagi sehingga dewasa..berapa banyak dah amik dadah?

So..saya pilh supplemen untuk atasi & rawat penyakit. Bukan nak kata ubat tak bagus..kalau supplemen tak membantu, boleh cuba rawat dengan ubat pula. Ok jom kita semak apa beza UBAT & SUPPLEMENT? KENAPA BAHAYA UBAT. 






APA ITU UBAT?

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Ia tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu badan kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan. Kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya di pertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

8. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan. Seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

9. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, sebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu sistem.

10. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

11. Ubat perlu diberi pengawasan yg teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yg merbahaya ke arah tindakan sampingan.

12. Ubat sebenarnya boleh menghasilkan penyakit disebabkan oleh kesan sampingannya.

APA ITU SUPLEMEN (MAKANAN TAMBAHAN)?

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain faktor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan bahan berkhasiat oleh kerana faktor2 kekurangan yg berlarutan begitu lama serta penghadaman yg lemah.

11. Pengambilan bahan berkhasiat tidak memerlukan pengawasan yg rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan. Setiap sel badan hanya menerima bekalan bahan berkhasiat dgn terhad. Apabila keperluannya mencukupi, ia tidak akan menerimanya lagi. Kelanjutan berlebihan bahan berkhasiat adalah rendah. Keselamatannya amatlah terjamin

12. Bahan berkhasiat sedia memelihara (mengawal) badan daripada penyakit2 dengan pertama, menguatkan sel2 daripd serangan kuman bakteria , virus dan lain2. Kedua, melambatkan proses kemunduran (kelemahan organ berfungsi dengan baik) didlm badan.

Secara kesimpulannya ubat di ambil ketika kita sakit sahaja. Supplement boleh diambil bila-bila masa dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement. Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat. Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yang digunakan untuk melawan segala penyakit.

Sudah terang lagi bersuluh. Memang terdapat perbezaan antara ubat dan supplement. Bukan saya kata, tapi orang lain kata,"Mencegah lebih baik daripada mengubati."

Jadi yang mana lebih baik?

Tepuk dada tanya akal fikiran….





Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy