Wednesday, 17 December 2014

13 Petua Hilangkan Parut Jerawat

Bismillahirrahmanirrahim... 



Wajah yang bebas daripada jerawat turut menjadi impian setiap wanita.
 

Namun, bukan semua orang berjaya memiliki kulit yang cantik serta bebas daripada masalah jerawat. Malahan, ada yang berasa geram dengan kesan parut jerawat yang tidak mahu hilang.


Biasanya parut jerawat (terutama apabila dipicit atau dipecahkan) tidak  akan hilang serta merta. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk hilang dengan sendirinya. Tetapi, sebenarnya ada cara hilangkan parut jerawat dengan cepat. Cara hilangkan parut jerawat ini lebih mengarah pada penggunaan bahan-bahan semulajadi. Semak!


1. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Tomato:

Menjadikan tomato sebagai ubat untuk hilangkan parut jerawat tidaklah terlalu sukar. Hiris tomato dan tampal pada parut jerawat. Cara mudah ini cukup berkesan untuk menghilangkan parut jerawat anda.


2. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Minyak Zaitun:

Penggunaan minyak zaitun sebagai ubat semulajadi memang bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Urut dengan lembut wajah anda dengan minyak zaitun terutama pada bahagian yang terdapat bekas jerawat. Pakai secara teratur supaya bekesan kerana selain daripada boleh menghilangkan parut jerawat juga boleh mengecutkan bekas jerawat.


3. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Jus Mentimun :

Jus mentimun merupakan toner kulit semulajadi yang boleh memperbaiki tekstur kulit.  Mentimun dapat mengurangi peradangan, menghaluskan kulit dan menyembuhkan luka yang disebabkan jerawat.


4. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Putih Telur:

Putih telur cukup efektif untuk mengatasi  masalah jerawat. Sapukan putih telur pada jerawat dan biarkan semalaman agar jerawat anda reda. Untuk menghilangkan parut jerawat, anda boleh mencampurkan putih telur dengan madu. Gaul sebati dan sapukan ke bahagian parut jerawat anda.


5. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Kunyit:

Salah satu khasiatnya adalah mengurangi luka parut jerawat.


6. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Lidah Buaya:

Lidah buaya terlalu banyak khasiatnya, , termasuk untuk menghilangkan bekas jerawat. Sapukan lendir bahagian dalam lidah buaya ke bahagian parut jerawat secara teratur.


7. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Pati Lemon:

Sapukan pati lemon pada kesan parut berjerawat dan biarkan  15 minit sebelum membasuhnya dengan air bersih. Lemon memiliki kandungan yang boleh mencerahkan warna kulit dan membuang sel kulit mati serta membuat kulit lebih elastik.


8. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Madu:

Madu adalah pelembab semulajadi. Masker madu membuatkan kulit wajah menjadi lebih cerah dan bersinar. Sediakan madu secukupnya, kemudian sapukan ke bahagian parut jerawat. Biarkan selama 15 minit sambil diurut dengan lembut. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Pastikan anda menggunakan madu asli, bukan yang tiruan.


9. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan menggunakan Sengkuang:

Kandungan air pada sengkuang mampu mengangkat sel-sel kulit mati. Jika digunakan secara rutin, parut jerawat akan hilang sedikit demi sedikit.


10. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Limau Nipis:

Limau nipis mengandungi vitamin C (citric acid) yang mampu membersihkan sel kulit mati pada wajah dan membersihkan wajah daripada minyak berlebihan. Untuk hilangkan parut jerawat, ambil limau nipis dan rendam bersama beberapa kelopak bunga ros ke dalam sebuah mangkuk yang berisi air. Ramas. Setelah itu, perahkan sebiji limau nipis ke dalam air tersebut. Gaul rata, dan sapukan pada wajah. Biarkan selama setengah jam dan bilaslah dengan air sejuk.


11. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Hampas Teh:

Hampas teh juga mampu menghilangkan parut jerawat. Tempelkan hampas tersebut ke bahagian parut jerawat.


12. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Bawang Merah:

Manfaat bawang merah cukup banyak, antaranya menghilangkan parut jerawat. Ambil bawang merah secukupnya, kisar sehingga lumat dan sapukan ke kawasan bahagian parut jerawat anda.

13. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Vitamin E
Vitamin E Shaklee memang dikenali sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Secara amnya Vitamin E Shaklee membantu untuk melembapkan kulit dan bertindak sebagai vitamin antioksidan yang mana ia akan memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah dengan radikal bebas agar tidak rosak dan menyebabkan penuaan awal.Satu lagi kelebihan Vitamin E Shaklee adalah merawat parut tidak kira parut jerawat, parut akibat kemalangan atau parut disebabkan kulit sensitif.


Cara mudah untuk hilangkan parut dengan Vitamin E Shaklee hanyalah dengan pecahkan kapsul vitamin E dan sapu pada kawasan parut setiap malam sehingga dapat kesan yang diingini. 

Satu botol Vitamin E mengandungi 120 biji, hanya makan sebiji sehari, sebotol vitamin E mampu tahan sehingga 4 bulan penggunaan. Jimat dan berbaloi. 

Meh kita tengok testimoni pengguna yang merawat kulit berparut dengan Vitamin E Shaklee.

 








 





JOm order sekarang. 

Kenapa nak pilih Vitamin Shaklee?
Sebab ia Selamat, Semulajadi dan Berkesan.


Jika tiada tunai dan nak beli guna kredit kad/ debit kad, boleh order dengan klik icon di bawah tau ->>


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=1f31606e625f642c0ed46405aada38a5

Atau:
Boleh hubungi:
Ummu Athiyah Ismail
012-222 9578 (sms/whatsapp)
FB Moms Beauty Shoppe

Bulan ni ada PROMO BUY 6 FREE 1 atau beli Twin Pack untuk layak dapat Diskaun 5%. Nak join beli pada HARGA PROMO?..Meh2 kita sembang2 :) 

Konsultansi adalah Percuma yer u'olls!Jika sudah membuat pembelian sendiri melalui link di atas, hubungi Ummu untuk keterangan lanjut yer.

Dapatkan pada Harga Ahli dengan berdaftar dengan Ummu sekarang untuk beli dengan Harga Penjimatan!

Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy