Thursday, 25 December 2014

6 Kesalahan Mekap Buat ‘Selfie’ Tidak Cantik

Bismillahirrahmanirrahim... 

hiasan

Tak kisahlah jika anda mahu ‘selfie’. Tak ada salahnya. Cuma kadang-kadang anda akan ambil sehingga berpuluh-puluh foto, tapi satu pun anda tidak berkenan. Ada saja yang tak kena. Selain gusar dengan bentuk badan, anda mungkin tidak suka melihat wajah anda di dalam foto itu. Kenapa? Ia sebenarnya adalah kerana kesalahan mekap anda.
 
Abaikan kulit wajah
Sebenarnya jika anda mahu ambil gambar ‘selfie’ yang tampak natural, anda tidak perlu mengenakan bedak asas. Tapi paling penting, jangan tinggalkan pelembap dan ‘primer’. Walaupun efeknya tidak kelihatan di dalam foto (seperti anda memakai bedak asas), tetapi ia membuatkan wajah tampak bermaya dan lebih segar. Sebenarnya, inilah rahsia kebanyakan selebriti yang mengambil foto ‘selfie’ tanpa mekap. Walaupun anda terasa ingin bermekap tebal, dua krim tadi harus anda kenakan pada wajah.
 
Garisan mata hitam
Tahukah anda, menggaris mata dengan warna hitam akan menyebabkan mata anda kelihatan kecil? Untuk menyerlahkan bentuk mata, gunakan penggaris mata rona tanah. Lebih cantik jika anda gariskan mata anda dengan pembayang mata.
 
Tak pakai pelembap bibir
Jika anda mengenakan gincu, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir anda. Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sbeelum mengenakan gincu. Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebabkan bahaian itu mengalami kekeringan dan kelihatan ‘pecah-pecah’. Oh, sangat tidak cantik!
 
Biarkan mata ‘panda’
Ramai yang bermekap tanpa meletakkan ‘concealer’ di bawah mata. Ia sebenarnya sangat penting untuk membuatkan mata anda kelihatan ‘terbuka’ dan lebih cantik apabila anda menggunakan ‘highlighter’ pada tulang pipi. Gunakan ‘concealer’ satu tona lebih cerah dari kulit asal anda untuk mencerahkan wajah anda. Hati-hati, jangan sampai nampak perbezaan dua warna pada kulit wajah anda.
 
Maskara pada bulu mata atas
Salah tu kalau anda hanya mengenakan maskara pada bulu mata atas. Seeloknya, jika mahukan solekan anda ‘pop-out’ dan mata anda kelihatan besar, anda seharusnya mengenakan masakara pada bulu mata di bahagian bawah juga. Oles dua kali maskara pada bulu mata atas dan satu lapis lagi pada bahagian bawah. Bila nak bergambar, rona maskara terbaik adalah hitam pekat. Pastikan olesan bermula dari akar sehingga hujung maskara.
 
Pemerah pipi atau ‘bronzer’
Kalau tak nak kelihatan terlalu pucat dalam gambar, anda harus kenakan sedikit pemerah pipi pada tulang pipiu. Ia akan menyerlahkan bentuk tulang pipi dan membuatkan wajah anda tampak segar. Tidak perlu terlalu merah, pilih rona yang bersesuaian dengan mekap anda ketika itu, jika mahukan rupa natural, maka merah jambu lembut  buat si kulit cerah dan pic buat si hitam manis. Senang kan?


Sumber: RAPI
  
Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy