Wednesday, 24 December 2014

Apa Kaitan Vitamin C dan Jerawat


Bismillahirrahmanirrahim... 



Jerawat terhasil bila sebum, sel kulit mati dan bakteria terperangkap dalam liang roma. Ada banyak faktor terjadinya jerawat. Sesetengah org jerawat hanya timbul bila nak mengalami haid. Sesetengahnya tidak. Cuba lihat satu persatu faktor-faktor di bawah, dan yang manakah terjadi pada diri anda

Faktor 1:
Ketidakseimbangan hormon terutama ketika awal remaja. Pengaruh hormon androgen akan mengakibatkan kalenjar sebaceous mengeluarkan lebih banyak sebum. Sebum akan terperangkap dalam riang roma dan menyebabkan terjadinya jerawat. Hormon androgen juga akan meningkat ketika tempoh menjelang haid. Sebab tu jerawat muncul ketika nak period.



Faktor 2:
Gaya hidup tidak sihat dan terdedah kepada pencemaran sekitar yang teruk mengundang kehadiran bakteria di permukaan kulit yang berminyak yang dinamakan sebagai Propionibacterium Acnes. Sumber makanan bagi bakteria ini adalah sebum dan sel kulit mati di permukaan kulit.

Faktor 3:
Stress juga boleh menyebabkan jerawat. Bila stress, badan akan mengeluarkan lebih banyak hormon androgen dan adrenalin lalu mencetuskan lebih banyak sebum. Tahap stress tinggi dan tidak dikawal boleh menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk.

Faktor 4:
Pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyumbang terjadinya jerawat. Makanan tinggi gula boleh memberi kesan kepada hormon insulin. Hormon insulin boleh mempengaruhi hormon lain termasuklah androgen.


Bagaimana nak rawat kulit Jerawat dan Kusam?

Jika jerawat timbul disebabkan penggunaan kosmetik, elakkan daripada menggunakan kosmetik yang tinggi bahan kimia iaitu dapat memutih dan memulih kulit dalam waktu yang singkat. Gunakan bahan2 natural untuk merawat kulit. Elakkan dari makan makanan sembarangan. Pada asasnya semua penyakit adalah berasal dari pemakanan. Terlalu kerap makan makanan berminyak boleh menyebabkan usus tidak sihat, banyak toksik terkumpul di dinding usus dan menghalang penyerapan gizi dan nutrisi. Seelok-eloknya lakukan detoks sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Ambil vitamin sebagai makanan tambahan untuk menyokong kesihatan badan dan kulit. Vitamin penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit adalah termasuk Vitamin C. Vitamin C bantu melindungi tubuh dan kulit dari kerosakan sel. Vitamin C berfungsi untuk menghasilkani hormon anti-stress dan interferon yang dapat meningkatkan imuniti badan.

Bagaimana SR Vitamin C Shaklee boleh merawat jerawat?

Vitamin C berguna dalam rawatan jerawat atas dua sebab utama: ia berfungsi sebagai antioksidan dan ia menyumbang kepada sintesis kolagen.

Sebagai antioksidan, Vitamin C membuang radikal bebas yang berbahaya dan menguraikannya kepada sebatian yang tidak berbahaya. Salah satu punca jerawat adalah kerosakan kepada kulit akibat daripad aaktiviti radikal bebas.

 
Apabila radikal bebas dibiarkan pada kulit, mereka memecahkan protein dan asid lemak yang membentuk kulit dan mengganggu pH normal kulit. Kesan-kesan ini terkumpul dan boleh mengubah sifat kulit. Gangguan radikal bebas yang merosakkan kelenjar sebum boleh meningkatkan pengeluaran sebum dan mendedahkan kulit kepada jangkitan bakteria. Untuk mengelakkan tindak balas rantai ini yang membawa kepada jerawat, Vitamin C boleh membantu menyerap radikal bebas sebelum ia merosakkan kulit. Ini membolehkan kulit yang dilindungi dan menghalang pembentukan luka jerawat.

Jangan kata kulit saya ok maka saya tidak perlukan Vitamin C. Sejauh mana kulit ok jika setiap hari kita keluar rumah dan terdedah kepada asap dan pencemaran? Kita sendiri tidak dapat melihat dengan mata kasar aktiviti radikal bebas di kulit. Jika hari ini ok, mungkin esok lusa kesan dari radikal bebas ini akan menampakkan hasil. Maka mungkin terbit keluhan:-

" Dulu kulit saya ok, tapi sejak 2 menjak ni tiba2 menjadi2 jerawat timbul. Nak keluar rumah pun malu"

Prevention better than cure. Ya tepat sekali ungkapan ini. Tapi bila dah terjadi jerawat, anda masih boleh merawatnya. Amalkan Vitamin C Shaklee yang dilengkapi dengan teknologi sustained release iaitu pelepasan secara berperingkat jam demi jam.

Di samping bertindak sebagai antioksidan, Vitamin C juga menyumbang kepada pengeluaran kolagen. Kolagen merupakan protein yang membentuk kulit. Apabila ia tidak dikeluarkan dalam jumlah yang betul, sifat dan integriti kulit adalah terjejas dan kulit menjadi mudah terdedah kepada jerawat. Tanpa vitamin C, kolagen yang dihasilkan menjadi tidak stabil dan tidak dapat memenuhi fungsi-fungsi yang diperlukan kulit sebagai penghalang perlindungan.

Berkesan ker SR Vitamin C Shaklee?

Penggunaan Vitamin C yang berterusan berjaya membantu ramai orang dalam memulihkan kulit berjerawat. Berikut adalah antara testimoni pengguna SR Vitamin C Shaklee




Kulit lebih Licin & Cerah

Kulit Bebas Jerawat Dengan Vitamin C Shaklee

Tiada lagi bekas jerawat & jerawat


Kulit Cerah & Licin dengan Vitamin C Shaklee





Harga Retail: RM92.50 (180biji)
Tahan sehingga 6 bulan. Harga yang tak sampai RM100 pun untuk cantik kann...
 
Apa tunggu lagi. Order SEKARANG. Hanya satu klik dan anda boleh dapat 1001 Kebaikan Vitamin C Shaklee

Kalau ada yang berminat nak cuba SR Vita C Plus Shaklee ni
boleh klik icon di bawah ni tau ->>


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=92ea7d01cd7d6245f19a2da8aa6534b4


Bulan ini Promosi Buy 6 Free 1, nak join beli pada harga Promo? Contact Ummu tau sms/whatsapp 012-222 9578


Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi:
Ummu Athiyah Ismail
012-222 9578 (sms/whatsapp)
FB Moms Beauty Shoppe


Konsultansi adalah Percuma yer u'olls! Jika sudah membuat pembelian sendiri melalui link di atas, hubungi Ummu untuk keterangan lanjut yer.

Dapatkan pada Harga Ahli dengan berdaftar dengan Ummu sekarang untuk beli dengan Harga Penjimatan.

Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
 
Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



1 comments :

AMIIZAA

salams ummu, huwargh 1st time akak tgk pakai snail.....

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy