Wednesday, 3 December 2014

8 Tip Atasi Bengkak Susu/ Clogged Duct

Bismillahirrahmanirrahim... 

 bengkak
Pernah kena tak bengkak susu?
Ummu pernah kena banyak kali..terutamanya masa tengah berpantang. Bengkak susu sampai terkena demam..naseb baik tak bentan. Itu masa anak first, tapi masa anak kedua, dah tau dah nak buat acam mana. Walaupun bengkak susu tu sakit, jangan risau sebab tu adalah petunjuk positif iaitu ibu sedang menghasilkan susu untuk bayi.

Jom baca tentang bengak susu..ibu2 menyusu patut tahu tau..


Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Biasanya ibu yang mengalami bengkak susu, akan segera mengepam payu dara. Tetapi hakikatnya ia bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Bahkan ia mungkin membuatkan saluran susu tersumbat hingga susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja mampu menghilangkan masalah bengkak susu. 

Ada beberapa tip lain yang boleh diamalkan oleh para ibu jika mengalami bengkak susu.
(1) Sentiasa memakai coli menyusu yang memberi sokongan termasuk pada waktu malam. Pastikan ia padan dan tidak terlalu ketat.

(2) Susukan bayi dengan kerap iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua belah payu dara pada setiap penyusuan. Namun pastikan sebelah yang pertama telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan payu dara sebelah lagi. Pada sesi penyusuan berikutnya, mulakan dengan payu dara yang terakhir dihisap.

(3) Aerola yang keras menyukarkan pelekapan bayi dengan betul. Oleh itu perah dengan tangan atau pam susu sehingga aerola menjadi lembut.   
(4) Tuam payu dara dengan tuala hangat atau mandi dengan air suam sebelum memerah turut membantu melembutkan aerola dan melancarkan pengeluaran susu.   
(5) Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang dihisap perlahan-lahan. Ia membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan melegakan ketegangan pada payu dara.
(6) Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan. Ia tidak akan memburukkan keadaan.

(7) Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting. Lakukan berulang kali dan pengaliran susu akan kembali lancar. 
(8) Ambil supplement yang boleh mengurangkan bengkak susu. Ummu tak suggest untuk ambil ubat sebab pengalaman Ummu sendiri makan ubat, terus kering susu huhu. Supplement yang Ummu maskudkan tu ialah Lecitin Shaklee.

Bagaimana lecitin boleh membantu liang payudara tersumbat a.k.a clogged duct?

Kemungkinan besar lecitin membantu masalah clogged duct (plugged duct) dengan sifat lecitin yang mengurangkan kelikatan susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak poli tak tepu dalam susu. Lecitin sememangnya berfungsi memecahkan lemak di saluran darah dan digunakan oleh orang yang nak kurus dan turunkan paras kolestrol.

Selain itu, lecitin biasa digunakan sebagai pengemulsi iaitu bahan penstabil dalam makanan seperti coklat. Lecitin ni special sebab ada unsur hidrofobik dan hidrofilik. Hidrofobik bermaksud ada pertalian dengan minyak dan lemak. Hidrofilik bermaksud mempunyai pertalian dengan air. Kepekatan dalam susu ibu semasa clogged duct terjadi dikurangkan dengan pengambilan lecitin untuk membantu masalah ini.

Lecithin adalah tambahan makanan yang sangat biasa, dan didapati secara semulajadi dalam banyak makanan lain. Tiada indikasi yang mengatakan ia tidak boleh diambil oleh ibu-ibu menyusu. Sebab megapa dan bagaimana lecithin boleh membantu menyelesaikan dan mencegah duktus tersumbat masih tidak jelas.


“It may do this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk.” ~Dr. Jack Newman

 

Cara Pengambilan Lecitin Untuk Atasi Bengkak Susu

Tidak syak lagi, Lecithin Shaklee disyorkan untuk membantu masalah saluran bengkak susu atau plugged duct. Masalah ini perlu diatasi sebelum menjadi lebih serius seperti sakit ‘mastitis’, pengambilan antibiotik atau pembedahan. 

Dos yang disyorkan biasa untuk masalah plugged duct atau liang susu tersumbat adalah 3600-4800 mg lesitin setiap hari, atau 3-4 kali sehari mengikut kandungan kapsul lecitin. 1 kapsul lecitin shaklee mengandungi 520mg. Jadi, ibu boleh ambil 7-9 kapsul selama mengalami bengkak susu yang teruk. Selepas satu atau dua minggu keadaan ibu semakin pulih, ibu boleh mengurangkan dos ke 3-6 kapsul

Jika tidak ada liang susu tersumbat dalam satu ke 2 minggu, ibu boleh mengurangkan pengambilan lecitin secara gradually. Ibu mungkin perlu terus mengambil 1-2 kapsul setiap hari jika clogged duct masih berlaku sebaik sahaja tidak mengambil lecitin.

Macam banyak..Tak Overdose Ker?

Menurut “The Doctor’s Vitamin and Mineral Encyclopedia” oleh Sheldon Saul Hendler, MD, Ph.D. (1990, ms. 258-269), dos maksimum lesitin adalah 50 gram sehari. Syor dos maksimum untuk clogged duct ialah 4.8 gram sehari, kurang daripada 1/10 daripada dos maksimum yang disarankan. Jadi, ia selamat untuk ibu menyusu mengambilnya.

Boleh bantu untuk kurus jugak tau u'olls. kalau ambil lecitin ni time berpantang, lagi la cepat berat badan turun. Ummu sampai sekarang Ikhwan dah setahun 3 bulan, tetap setia dengan Lecitin ni. 

Hasilnya??
Ramai kawan2 yang cakap Ummu sama jer kurus. Bawah ni pic latest masa last day kat pejabat lama 2 minggu lepas..


HOT Tip !!!

✔️ Ibu menyusu yang alami masalah kekurangan susu dan dalam masa yang sama nak KURUS boleh ambil Set Penyusuan 3 M dan Lecitin yang super awesome ni. Setakat ni, susu yang Ummu pam tetap pekat dan berkrim walaupun amik lecitin ni tau..
✔️ baca Kelebihan Lecitin lain seperti untuk KURUS, pelembab, ekzema & untuk OTAK cergas!
✔️ Selain lecitin, yang nak kurus boleh top up herblax dan alfalfa menjadi Set Bajet Kurus.
✔️ Ibu menyusu yang sedang mengambil ESP untuk menambah susu dan kesihatan tetapi sedang mengalami bengkak susu boleh menghentikan pengambilan ESP sementara. Bila bengkak susu sudah pulih, boleh amalkan ESP semula.

JOm order sekarang. 

Kenapa nak pilih Vitamin Shaklee?
Sebab ia Selamat, Semulajadi dan Berkesan.


Jika tiada tunai dan nak beli guna kredit kad/ debit kad, boleh order dengan klik icon di bawah tau ->>


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=1f31606e625f642c0ed46405aada38a5

Atau:
Boleh hubungi:
Ummu Athiyah Ismail
012-222 9578 (sms/whatsapp)
FB Moms Beauty Shoppe

Konsultansi adalah Percuma yer u'olls!

Dapatkan pada Harga Ahli dengan berdaftar dengan Ummu sekarang untuk beli dengan Harga Penjimatan!



Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



2 comments :

♥♥azatiesayang ♥♥

Salam ummu Athiyah..T/Kasih singgah ke blog kak atie yer.
Semoga biz shaklee makin maju yer..Aaminn

hainom OKje

Anak pertama dulu, kena bengkak susu, dengan lukanya lagi kat tempat menyusu tu, puaslah demam dlm pantang!

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy