Monday, 8 December 2014

7 Tip Atasi Puting Tenggelam

Bismillahirrahmanirrahim... 

puting

Selamat pagi Isnin..

Alhamdulillah..dapat bernafas dan bekerja hari ini. Tadi masa tengah lunch, ada kawan pejabat yang tumpang pam kat bilik. Ummu pam kat surau jer sebab tak perlu guna plug. Kat surau pejabat Ummu ni takde plug tau..Tapi sebab kawan Ummu tu pam dia kena guna plug, terpaksalah dia menumpang pam kat sini.

Masa borak2 pasal berapa banyak EBM untuk sehari boleh dapat, cukup ker tak, pasal breast kiri lagi banyak la dapat pam....dll. Salah satunya topik pasal puting tenggelam/inverted nipple. Kata kawan Ummu, mak dia dulu menyusukan anak sebelah kiri jer sebab breast sebelah kanan inverted nipple.
Kadang2 ada la dengar keluhan ibu yang semula jadi mempunyai puting tenggelam atau leper susah nak  menyusukan bayi mereka dengan susu ibu. Bila bayi menolak sebab tak puas menyusu, ibu akan cepat stress dan putus asa untuk menyusukan bayi. 


Jangan jadikan penghalang dengan kekurangan yang dimiliki, sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan ibu bagi membolehkan dia terus menyusukan bayinya. Dianggarkan lebih kurang tiga hingga 10 peratus wanita akan mengalami masalah puting tenggelam atau leper.

 





Ibu sangat digalakkan memeriksa payu dara bagi memastikan sama ada keadaan puting adalah normal, leper atau tenggelam. Caranya, lakukan pinch test! Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan aerola pada jarak diameter 1 inci daripada puting.

Puting yang normal akan tertonjol apabila aerola menerima tekanan. Walau bagaimanapun, puting leper tidak tertonjol keluar manakala puting tenggelam pula akan tertarik ke dalam. Setelah mengenal pasti jenis puting anda, yakinlah yang anda boleh menyusukan bayi secara efektif.

Pastikan anda sematkan dalam minda bahawa semasa penyusuan berlangsung, mulut bayi perlu merangkumi seluruh aerola ibu! Oleh itu pastikan bayi melekap dengan sebaiknya. Dengan posisi penyusuan yang betul, proses penyusuan pasti berjalan lancar.

Susukan bayi sebelum payu dara anda bengkak. Ini kerana payu dara yang bengkak bakal merumitkan keadaan apabila puting akan menjadi lebih leper atau tenggelam. Bahkan ibu yang mempunyai puting normal pun akan mengalami masalah yang sama apabila payu dara membengkak.
(1) Ibu mempunyai puting leper atau tenggelam perlu pastikan kedudukan menyusu dan pelekapan bayi betul.  Pelekapan dan posisi penyusuan, agak mencabar bagi anda yang mempunyai masalah puting leper atau tenggelam. Bayi perlu belajar membuka luas mulutnya bagi mendapatkan puting dan merapatkan gusinya pada payu dara.

(2) Menyusu awal dan kerap sekurang-kurangnya setiap dua hingga tiga jam untuk mengelakkan bengkak susu dan memberi peluang bayi berlatih menyusu sekerap mungkin ketika payu dara masih lembut.

(3) Jika bayi meragam ketika anda cuba membantunya melekap pada payu dara, berhenti dan tenangkan dia. Berehat seketika jika perlu. Menyusu sambil berjalan-jalan, dodoi atau gendong bayi sehingga dia kembali tenang.

(4) Ketika belajar menyusukan bayi, elakkan sebarang puting tiruan seperti botol, puting kosong dan perisai puting. Puting tiruan akan mengelirukan bayi dan menjadikan usaha pelekapan yang mencabar itu menjadi lebih sukar.

(5) Ketika cuba menyusukan bayi menerusi puting rata atau tenggelam, anda sangat digalakkan untuk mendapatkan sokongan daripada kaunselor atau pakar laktasi.

(6) Pam payu dara sebelum sesi penyusuan akan membolehkan puting menonjol agar bayi dapat melekap dengan baik. 
(7) Pastikan minum air masak secukupnya iaitu 2-3 liter sehari dan makan makanan seimbang serta mengambil supplement menyusu bagi menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti.
Jika anda mengalami masalah penyusuan dan ingin dapatkan Supplemen Penyusuan, 
Sila hubungi saya 
sms/whatsapp 012-222 9578
Ummu Athiyah Ismail 
Klik LIKE di page saya Moms Beauty Shoppe untuk mendapatkan Diskaun Hebat, Promosi Terkini dan Info Percuma.

Kalau ada yang berminat nak cuba SET PENYUSUAN Shaklee ni & tiada tunai dan nak beli guna kredit kad/ debit kad,

boleh klik icon di bawah  ->>


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=92ea7d01cd7d6245f19a2da8aa6534b4


Untuk pertanyaan lanjut dan nak dapatkan Konsultansi Percuma boleh terus hubungi:
Ummu Athiyah Ismail
012-222 9578 (sms/whatsapp)


Dapatkan pada Harga Ahli dengan berdaftar dengan Ummu sekarang untuk beli dengan Harga Penjimatan.


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
 
Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



1 comments :

Ibu Zarith

Memang sukar kalau mengalami masalah puting tenggelam ni. tapi tetap ada cara untuk atasinya kan? Semoga ibu-ibu yang mengalami masalah ini terus kuat semangat dan berusaha sekuatnya untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy