Bismillahirrahmanirrahim...

Sesetengah orang suka makan bila dilanda masalah atau tertekan dengan
apa-apa situasi yang mendesak. Perkara ini bukan khayalan, ia memang
terjadi. Sebab itulah, ada yang naik berat badan ketika melalui
detik-detik sukar. Tidak salah nak makan, tapi pilihlah makanan yang
menenangkan seperti berikut:-
*Oatmil bersama serbuk kayu manis dan madu
Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan
rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Oleh itu, pengambilan
oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak.
Tambahkan serbuk kayu manis untuk menghilangkan stres dan madu untuk
menguatkan sistem imunisasi badan.
*Coklat gelap bersama kacang badam
Makan coklat gelap dapat mengurangkan hormon stres. Kacang badam pula
kaya dengan sumber protein. Gabungan kedua-dua makanan ini dapat
membantu anda kekal tenang tanpa menggemukkan. ‘Best’ tu!
*Smoothies
Kisar apa saja bersama susu (sama ada susu skim, susu segar, susu soya,
dan sebagainya) dengan buah-buahan kegemaran anda. Anda juga boleh
mencampurkan serbuk coklat atau vanila ke dalam smoothies anda. Cubalah!
*Kekacang dan biji-bijian
Haaa... Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci
sekali gus! Ia umpama kombo ketenangan. Kandungan omega-3 yang terdapat
dalam kacang walnut dan kuaci dapat menurunkan paras stres dan
menggalakkan hormon-hormon sihat.
*Keledek
Sudahlah manis, sedap, dan kaya nutrien! Kalau mahukan manisan tanpa
gula, keledek adalah makanan terbaik. Ia mengenyangkan dan ‘syok’!
*Yogurt dengan buah beri
Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia sumber protein
yang memberi tenaga dan mewujudkan hormon anti stres. Tambahkan buah
untuk rasa manis dan mencetus sistem imuniti tubuh.
*Kari sayur-sayuran
Tahukah anda, saat anda makan cili, ia dapat merembeskan hormon
endorfin yang dapat menggalakkan rasa tenang? Kari sayur sememangnya
bagus kerana ia menyumbang sumber protein dan tenaga, dan semua ini
boleh didapati hanya dari sebuah mangkuk!
*Teh hijau
Asid amino dalam teh hijau sesuai diambil ketika anda berada dalam
keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu anda kekal
fokus untuk bertenang.
Sumber: RAPI
Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

3 comments :
coklat tu selalu mkn tp bkn dark coklat laa
#17
aar la sama ..dark coklat kureng sedap haha
Post a Comment