Friday, 2 January 2015

13 Makanan Yang Perlu Dielakkan oleh Ibu Menyusu

Bismillahirrahmanirrahim...


Ibu yang menyusu bayi perlu makan, tambahan lagi cepat lapar walaupun baru lepas 2 jam makan. Ini adalah normal. Makanan seimbang yang mengandungi makanan kegemaran anda adalah yang terbaik, namun tidak semestinya semua yang dimakan oeh si ibu sesuai untuk si comel. Jika anda dapati bayi anda meragam, keluar muak banyak, perut kembung atau alahan, anda perlu periksa makanan anda.

Di sini saya ingin kongsikan 12 makanaan yang perlu DIELAK atau dikurangkan oleh ibu menyusukan bayi.
 



1. Kopi / teh
Apabila anda minum kopi @ teh, sebahagian kafein akan masuk ke dalam susu anda. Oleh kerana bayi tidak dapat mengeluarkan kafein drp badannya secara efisyen seperti orang dewasa, maka ia akan menyebabkan bayi akan merasa tidak selesa badan, meragam dan susah tidur. Cara penyelesainnya ialah, kurangkan pengambilan minuman berkafein/ elakkan terus. 

2. Coklat
Ramai org gemarkan coklat. Seperti teh dan kopi, coklat juga mengandungi kafein. Tetapi kandungan kafeinnya jauh lebih rendah daripada kopi. Jika anda mengesyaki coklat membuatkan bayi anda meragam, hentikan memakannya untuk beberapa hari. Jika ia memberi kesan positif kpd bayi anda, terukan elak drp memakannya atau kurangkan kuantitinya. 

3. Buah-buahan sitrus/berasid
Di dalam buah-buahan seperti orange dan lemon, terdapat bahan yang mungkin boleh memedihkan usus bayi. Ini akan menyebabkan bayi meragam, muak dan juga terjadi ruam lampin.
Gantikan pengambilan buah-buahan sitrus dengan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti buah betik dan mangga. 

4. Alkohol
Walaupun alkohol adalah haram di sisi Islam, lebih baik kita mengetahui menagapa alkohol patut dielakkan oleh ibu yang menyusukan bayinya. Jika seorang ibu menyusu minum alkohol dengan banyak, terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin muncul; mengantuk, lemah dan kenaikkan berat badan yang tidak normal kepada bayi anda. Manakala kesannya kepada si ibu pula adalah sukar untuk mencapai "let down reflex" di mana ia sangat penting dalam penyususan. 

5. Makanan pedas dan berempah
Setengah ibu sangat suka makan makanan pedas dan berempah dan tidak mendatangkan masalah kepada bayinya.Seandainya bayi anda kerap meragam dan tidak selesa perut, mungkin ada baikmya anda elakkan dulu daripada mengambil makanan pedas dan berempah. 

6. Makanan Bergandum
Jika anda makan sandwich atau pasta sebelum menyusu bayi anda dan mengakibatkan bayi anda mendapat simptom berikut; menangis tidak berhenti, atau najis berdarah ....> ini menunjukkan bayi anda sensistif terhadap makanan bergandum.
Untuk memastikan itu adalah alahan, cuba hentikan pengambilam makanan bergandum untuk 2-3 minggu. Jika simptom pada bayi mula menunjukkan kesan positif, anda perlu elakkan ambil makanan ini. 



7. Kacang

Makanan kekacang boleh menyebabkan bayi anda kembung dan rasa tidak selesa. Kekacang juga dikatakan menjadi makanan punca alergi. Sekiranya ibu yang menyusukan bayi terlalu banyak makan kacang, tidak mustahil bayinya akan terkena masalah alergi.
Oleh itu sebaiknya elakkan daripada mengudap kekacang. Seeloknya makan makanan yang kaya dengan khasiat serta boleh membanyakkan penghasilan susu seperti kismis, kurma, apricot dan bermacam lagi.

8. Produk tenusu
Simptom alahan kepada produk tenusu (yogurt, susu, ais krim) adalah seperti berikut :colic, muntah-muntah, susah tidur dan eczema.
Jika produk tenusu menyebabkan anak anda mengalami simptom tesebut, elakkan mengambil produk tenusu buat beberapa ketika bagi memastikan anak anda betul2 alah terhadap produk tersebut. 

9. Makanan laut/ kerang
Pakar-pakar telah mendapati bahawa lebih kuat sejarah keluarga terhadap alahan makanan laut tertentu, lebih besar risiko dan lebih awal bayi itu mungkin menunjukkan simptom alahan.Contohnya : Jika suami alah terhadap udang, maka anda mesti elakkan memakan kerang sepanjang tempoh penyusuan.

Selain itu, kandungan merkuri yang tinggi dalam sesetengah seafood seperti ikan yu, ikan todak dan ikan tenggiri boleh menjejaskan otak serta sistem saraf bayi anda.Pilih makanan laut yang rendah kandungan merkuri seperti udang, salmon, tuna dan ikan air tawar.

Alternatif lain ibu2 boleh menggantikan dengan pengambilan makanan tambahan yang terbukti selamat iaitu Omega Guard Shaklee. Minyak Omega 3 dlm omega guard diekstrak dari laut dalam dan berair sejuk (sardin,mackerel,herring dan anchovies).Sebut saja pasal omega 3 sume tau kan ianya baik untuk otak.Jadi ibu-ibu yang menyusu boleh mengambil omega guard ini untuk dirembeskan ke dalam susu ibu.Bayi akan mendapat khasiat dan ibu juga ya sebab omega ni boleh memecahkan lemak2 dalam badan sekaligus ibu jadi slim bayi jadi sihat dan bijak..bestkan ibu-ibu...




10. Telur
Alahan terhadap telur (biasanya putih telur), alahan biasa bagi bayi dan kanak-kanak. Telur kebanyakkan tersembunyi di dalam produk2 lain seperti kek, biskut, roti dll, maka para ibu juga perlu perhatikan alahan bayi ketika mengambil makanan yang bersumberkan telur. 

11. Makanan berasaskan kacang soya
Ramai juga kanak-kanak yg alah terhadap produk tenusu (dairy intolerance) juga menunjukkan tanda2 alahan terhadap kacang soya. Jika anda mengesyaki soya dalam diet anda menyebabkan masalah kepada bayi anda, periksa jenis soya yang anda makan. "Soy protein isolute", soya yang diproses ditemui di dalam protein shake dan banyak makanan lain, mungkin lebih cenderung untuk mencetuskan alahan kepada bayi. Sebaliknya makanan seperti sup miso dan tempeh, boleh diterima oleh bayi anda tanpa banyak masalah. 

12. Peppermint (Pudina)
Anda suka teh pudina? Malangnya, sebatian tertentu di dalam herba ini BOLEH MENGURANGKAN BEKALAN SUSU anda, terutamnya jika anda minum beberapa cawan sehari. Menurut pakar herba ("peppermint tea sering digunakan sebagai ubat holistik bagi membantu memberhentikan pengeluaran susu badan jika anak anda sudah bercerai susu secara muktamad").
Jadi apa yang anda boleh minum? Cuba secawan teh "chamomile". Sebatian dlm chamomile yang masuk ke dalam susu anda mungkin mempunyai kesan yang menenangkan bayi anda dan juga mommies. Gula2 pudina dan ubat batuk methol juga perlu digunakan secara sederhana kerana kedua-duanya mengandungi minyak peppermint yang pekat.

13. Bawang putih
Bawang putih memang ramuan untuk menyedapkan masakan tetapi jika terlalu banyak dimakan boleh mempengaruhi bau dan rasa susu anda. Tentu anda perasan kadang kala bayi seolah-olah menolak dan enggan minum susu anda. Mungkin dia tidak gemar dengan bau bawang putih yang kuat. Sudah tentu ia mengganggu kelancaran proses penyusuan susu badan secara eksklusif.

Tips: Kebanyakkan wanita selepas bersalin yang begitu teruja ingin menurunkan berat badan mereka. Tetapi bagi mereka yang sedang menyusu perlu merancang untuk menurunkan berat badan secara beransur-ansur dari masa ke masa. Para ibu memerlukan kalori bukan hanya untuk bayi, tetapi juga untuk stamina mereka sendiri apabila menjaga bayi yang baru lahir.

Malah, BabyCenter.com menjelaskan bahawa mengurangkan berat badan dengan drastic boleh membebaskan toksin dalam badan yang akhirnya akan diserap di dalam susu ibu. Para ibu hanya perlu makan makanan yang seimbang dan lakukan senaman yang sederhana; berat anda akan turun pada kadar yang sihat untuk anda dan bayi anda.
Semoga entri ini dapat membantu para ibu menambahkan pengetahuan di dalam ilmu penyusuan ibu. 

Di dalam Shaklee, AlFAFA dan ESP dipercayai dapat membantu para ibu menambahkan kuantiti dan kualiti penyusuan ibu.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy