Thursday, 1 January 2015

Resepi Ubi Rebus Dengan Kelapa dan Gula

Bismillahirrahmanirrahim... 
 
Ubi Rebus + Kelapa Parut + Gula


Best nyer time2 hujan makan ubi rebus kelapa nih. Paling senang nak buat. Dulu tak layan okeh dengan ubi nih..mak mentua selalu jer buat ubi rebus dengan kelapa..tapi dia gaul2 dan lenyek2 dan padatkan. Ini sempoi jer..sama macam yang jual kat kafe Kompleks D Putrajaya. Sekarang makcik tu dah tak jual..itu ler macam terngiang2 nak makan..lagi2 time hujan..macam syok jer makan.

Ini first time buat sendiri, Cik Piah (ibu) bawak balik ubi kayu dari kampung...tak tahu nak buat apa...so terjadi lah kudap-kudapan ini hehe

Resepi Ubi Rebus dan Kelapa
Ubi Kayu
Kelapa Muda Parut (putih sahaja)
Gula Pasir
Garam

Cara Membuatnya:
1) Potong ubi kayu kepada ketulan sederhana besar suapaya cepat empuk. 
2) Rebus ubi kayu sehingga empuk. Tidak perlu tambah garam di dalam air rebusan.
3) Keluarkan ubi yang dah empuk, kemudian gaulkan semua dengan bahan-bahan kering.
4) Sedap dimakan panas2.

Selamat mencuba :)


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy