Monday, 15 June 2015

5 Tips Elak Susu Drop Di Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim... 



Lagi beberapa hari je lagi nak masuk Ramadhan. Ada tak ibu-ibu menyusu yg berdebar-debar? Takut susu tak cukup? Takut rasa letih dan tak larat puasa? Ummu dah dua kali pengalaman berpuasa ketika menjadi ibu menyusu..kali ni masuk kali ketiga untuk anak kedua berumur 1 tahun 10 bulan.

Ummu nak kongsikan apa yang Ummu praktikkan supaya dapat puasa macam biasa tanpa jejaskan susu ibu. Masa mula-mula berpuasa dulu, anak pertama Irfan berumur 8 bulan. Susu ibu memang ke laut dan haru biru jadinya. Tak dan nak prektis puasa sebelum tu, so tak tahu nak rancang pemakanan dan minum air. 2 minggu yg pertama puasa, Ummu turun berat badan yg banyak dan Irfan pun sama..tengok kat gambar yg asben amik..alahaii ..kurus kering jadinya dia. Nanti Ummu try cari balik pix tu..masa tu dah risau. Kena schedule dan check balik apa yg tak betul.

Ini antara yg Ummu boleh kongsikan supaya kawan-kawan boleh menyusukan anak tanpa jejaskan susu ibu dan jejaskan kesihatan anak.

(1)Pastikan bersahur dan berbuka dengan makanan yg lengkap
Ummu bukan jenis 'Breakfast like a King"..hari-hari biasa kalau sarapan..just makan yg ringan2 jer..so kalau sahur tu..tak larat nak makan heavy dengan meriahnya walaupun tahu memang kena makan secukupnya untuk maintain pengeluaran susu ibu.
So, Ummu amalkan ESP, Mealshakes dan Performance Drink
dan vitamin Shaklee. Makan juga sikit nasi dan lauk - ayam/daging/ikan dan sayur. Tapi kadang tak sempat nak goreng sayur, jadi sahur dengan takde sayur.

(2)Minum air masak 2-3 liter setiap hari 
Seriously..tak larat nak minum air masak banyak2 dalam masa singkat iaitu lepas berbuka dan semasa sahur. Masa di antara malam ke pagi tu memang minum..tapi tak dapat nak minum banyak2.
Jadi, Ummu minum Performance Drink. Bancuh satu cawan bersamaan macam minum sepuluh cawan air. Kan best tu..taklah kembung perut dengan air jer.
Penting tau minum air masak secukupnya..bukan air manis tau..sebab kalau tak macam mana susu nak dihasilkan dengan banyak kalau tak cukup air.

(3) Ikut jadual perahan susu seperti biasa. 
Jangan skip sesi perahan susu setiap 3 jam sekali pada waktu siang. Kalau yg bekerja pejabat, bolehlah kekalkan pam 3 kali sehari, ikut jadual pam macam biasa. Jadual pam yang konsisten akan membantu pengeluaran susu yang lebih banyak. Ini based on peraturan asas DEMAND vs SUPLLY.



(4) Amalkan pengambilan supplemen
Masa mula-mula berpuasa tu, bila sahur Ummu hanya minum ESP + Susu sahaja dan makan nasi macam biasa. Malam baru makan vitamin2, tapi tak semua sebab kalau makan vitamin kena minum air banyak2..rasa overloaded dengan air pulak. Susu bila perah tak meriah macam biasa dan badan rasa penat bila petang2. 2 minggu macam tu..pastu try schedule balik cara makan vitamin..dan Alhamdulillah susu jadi banyak balik dan tak rasa penat. Berbeza tau bila sahur kita makan vitamin2 yg membantu utk kita rasa bertenaga sepanjang hari dan susu tetap maintain. 

Jadi, ibu2 menyusu di luar sana, silalah contact dengan pengedar masing-masing tentang jadual makan vitamin Shaklee anda. Ada banyak perbezaan dan effect nye tau. Waktu makan vitamin yg bebrbeza menghasilkan effect yg mungkin sedikit berbeza. Ummu maintain hari2 untuk ambil ESP, Performance Drink, Vitalea, B Complex, SR Vitamin C, Alfafa dan Ostematrix. Ummu bahagi-bahagikan yg mana kena makan waktu sahur dan yg mana waktu lepas berbuka.


(5) Jangan lupa berdoa
Setelah semua usaha di atas telah anda buat, jangan lupa berdoa setiap kali mengepam supaya rezeki susu untuk anak dipermudahkan. Elakkan stress sewaktu mengepam. Walau pun mungkin dapat sedikit, tapi yakinlah bahawa ia memang cukup untuk anak anda. Insya Allah.  

Jangan putus asa. Amalkan tips di atas secara istiqamah. Ganjaran pahala menanti usaha murni yang anda lakukan...Insha Allah

Selamat berpuasa semua..semoga urusan kawan-kawan ibu menyusu yg lain dipermudahkan menjalani ibdah puasa pada tahun ini..Ameen..

 Anda mungkin berminat:

Diet Pemakanan Untuk Ibu Menyusu 

Pengganti Air Isotonik Tanpa Gas ~ Performance Drink Shaklee 

13 Makanan Yang Perlu Dielakkan oleh Ibu Menyusu

 



Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy