Monday, 22 June 2015

Kafein Mengganggu Pengeluaran Susu Ibu?

Bismillahirrahmanirrahim...


Ada kawan Ummu yang gunakan set menyusu Shaklee (beli sendiri sebab dah jadi ahli) mengadu yg susu dia semakin kurang. Ummu pun borak2 lah nak siasat kenapa boleh kurang, sebab Ummu pun amik set yg sama tapi susu maintain sahaja. Rupa-rupanya dia suka minum nescafe. Kan ibu menyusu tak digalakkan minum minuman berkafein dalam kuantiti yg banyak.

Jom nak share sikit tentang kafein & penyusuan susu ibu yg diambil daripada Babycenter 

Adakah kafein yang saya telan akan masuk ke dalam susu badan saya?

Apabila anda minum secawan kopi atau sepotong coklat, kafein di dalamnya akan masuk ke dalam aliran darah anda. Sebaik sahaja ia berada dalam darah, sedikit daripadanya akan masuk ke dalam susu badan anda. Hakikatnya, sebahagian daripada apa sahaja yang anda makan dan minum akan muncul dalam susu badan anda.

Adakah kafein membahayakan bayi saya?

Terdapat banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti kesan kafein terhadap bayi yang menyusu badan. Kesemua kajian ini menunjukkan bahawa kafein memang masuk ke dalam susu badan, tetapi tidak banyak kesannya terhadap bayi.

Jika anda minum sehingga 750mg minuman berkafein sehari (kira-kira lima atau enam cawan kopi) kemungkinan besar ia tidak mendatangkan kesan kepada bayi anda. Dalam ujian yang dilakukan, jumlah kafein dalam air liur atau air kencing bayi yang minum susu badan ibunya yang telah meminum sejumlah kafein tersebut adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan.

Walau bagaimanapun, sesetengah ibu yang minum banyak kopi mengatakan bahawa bayi mereka kelihatan lebih jengkel dan resah ketika disusukan. Jika anda dapati ini berlaku, cuba kurangkan pengambilan kafein dan lihat apa yang berlaku. Ingatlah bahawa teh, minuman kola dan minuman untuk tenaga juga mengandungi kafein. Bacalah mengenai bagaimana cara menghentikan ketagihan kafein jika anda mengambil keputusan untuk berhenti mengambilnya.

Disini artikel yang ingin saya kongsikan sedikit buat Ibu Caffeine affects the composition of your breastmilk. The breastmilk of women who regularly drink three cups of coffee per day during pregnancy and breastfeeding contains a third less iron than women who don't drink coffee. This can result in lower hemoglobin and hematocrit in mothers who drink coffee and their babies. Iron-deficiency anemia is prevalent in countries where heavy coffee consumption is common. Tip: Avoiding coffee and other caffeinated foods and drinks will improve the nutritional quality of your breastmilk. http://addictions.about.com/od/Caffeine/a/Caffeine-And-Breastfeeding.htm

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Apakah kesan sebenar kafein pada badan saya?

Kafein ialah sejenis stimulan. Ia meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme, dan ini boleh menjejaskan bayi anda yang sedang berkembang. Walaupun begitu, sedikit stress pada bayi, seperti apa yang anda rasakan selepas anda minum secawan kopi, tidak membahayakannya. Ia serupa dengan apa yang berlaku apabila anda meluru masuk ke dalam bas, satu lagi situasi yang meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme seketika.

Sesiapa yang kerap minum kopi tahu bahawa mereka boleh jadi ketagih dan jika terlalu banyak boleh menyebabkan insomnia, keresahan dan sakit kepala. Ia juga bersifat diuretik, iaitu ia membuatkan anda perlu sering membuang air dan ini boleh menyebabkan badan anda kehilangan air dan cecair lain yang kesemuanya perlu untuk mengekalkan kesihatan .

Teh dan kopi juga boleh menjejaskan keupayaan badan menyerap zat besi jika anda meminumnya semasa makan atau dalam masa sejam selepas waktu makan. 

Kesimpulan


Jadi, walaupun ia tidak mendatangkan bahaya kepada bayi ia mengganggu pengeluaan susu ibu dan tahap kesihatan si ibu. Bagaimana? kerana sifat diuretiknya dan penyerapan zat besi yg menurun. 

Ibu menyusu perlukan banyak air untuk menghasilkan susu ibu. Jika kerap membuang air, badan akan jadi dehidrasi dan kekurangan cecair yg seterusnya menjejaskan badan untuk menghasilkan susu ibu.

Kesan kedua berkaitan zat besi. Sekiranya zat besi kurang di dalam badan, ibu menyusu akan rasa letih, pening, muka pucat, tangan dan kaki sejuk. Sekiranya badan tidak cergas & sihat, pengeluaran susu ibu turut terjejas. Tahap kesihatan yg baik membantu untuk penghasilan susu ibu dengan lancar.

Jadi, jika minum atau makan kafein, pastikan kuantiti nya terkawal dan minum banyak air selepas itu. Cara mudah ialah dengan mengambil Performance Drink untuk elakkan dehidrasi dan Vitalea untuk sumber zat besi.

Jika berminat nak order, hubungi segera:
012-222 9578 (sms/whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma yer u'olls! EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk join keahlian atau membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy