Monday, 24 August 2015

Bahayakah Minuman Probiotik?

Bismillahirrahmanirrahim... 

Salam semua..saja nak up cerita tentang minuman probiotik ini. Ternampak ada share status kat FB. So, buat satu entry supaya senang nak rujuk balik kemudian hari kann...

 



Status tentang minuman probiotik ini ditulis oleh doktor Suriya Osman . Saya sharekan supaya lebih jelas tentang minuman ini.


Saya telah dihubungi oleh beberapa orang melalui fb messenger, whatsapp dan telegram untuk meminta maklumat tentang minuman probiotic yang telah disebut sebagai penyebab kanser darah dalam sebuah posting yang telah menjadi viral .

Disebutkan bahawa ada bakteria dalam darah pesakit yang sama dengan bakteria dalam minuman probiotic. Implikasinya adalah bahawa bakteria dari minuman probiotic terlibat dalam kanser anak itu .
Jawapan saya :
Memang ada kes-kes infeksi yang timbul dari pengambilan probiotic seperti rajah dalam gambar saya kepilkan ini . Contohnya L** telah dikenalpasti melalui PCR DNA fingerprinting dalam sebuah kes endocarditis ( lihat carta ).
Tanpa ujian fingerprinting mengunakan process PCR DNA, tidak boleh dikatakan bahawa bacteria dalam darah adalah dari bacteria lactobacilus dalam minuman tersebut .


Walaubagaimanapun, oleh kerana individu yang ada penyakit yang melemahkan sistem immune atau menjalani rawatan dimanan sistem immune dilemahkan ( chemotherapy, steroid treatment ) tidak digalakkan mengambil makanan atau minuman atau supplement probiotic sebab diketahui bahawa dalam kes-kes begini, kuman baik boleh menjadi patogen .

Tentang minuman yang disebutkan, ada kajian yang menunjukkan kadar kuman probiotic dalam minuman tersebut, walaupun 6 billion, tidak cukup untuk menambahkan bakteria baik dalam usus walaupun bakteria dari jenis yang kalis acid perut .

Selain dari ini minuman-minuman tersebut tidak mengandungi nutrisi yang signifikan selain dari gula dan sedikit protein (lihat gambar) . Selain dari ini produk produk tersebut ada banyak gula, maltodextrin dan perasa yang tidak disebut asli atau tiruan . Banyak juga ulasan oleh pakar nutritisi yang mengatakan bahawa produk produk tersebut kurang berkesan untuk menambahkan nutritisi anak dan bagi saya, adalah lebih baik mengambil produk probiotik yang asli seperti water kefir, milk kefir, tempoyak, kimchi, tapai dan lain-lain . 

Untuk tingkatkan kesihatan usus dan memastikan bakteria usus kita sihat, elok mengambil makanan prebiotik seperti sayur yang berserat serta makanan yang ada soluble fiber seperti gum arabic dan baobab fruit .

Makanan probiotic yang juga ada prebiotic yang semula jadi adalah susu ibu . Susu ibu dari ibu yang sihat susunya adalah makanan terbaik unuk bayi . Maka memang sebenarnya makanan yang ada bakteria baik adalah baik untuk manusia kecuali dalam kes-kes seperti yang saya sebut tadi .

Supplement serbuk dan capsule probiotic yang dijual mengandungi satu hingga lima strain bakteria sedangkan usus manusia yang sihat mengandungi 500-1000 strain bakteria . Dengan mengambil prebiotic, bakteria dalam usus membiak dengan sihat tetapi dengan mengambil probiotic sebagai supplement , diversity seperti diperlukan tidak ada. Bila kita jadikan hanya satu strain dominant dalam usus , ia mungkin menimbulkan masalah.

Selain dari ini kajian menunjukkan bakteria usus berbeza mengikut makanan dan iklim . Yang paling unique yang pernah dikaji adalah bakteria usus kaum hunter gatherer Afrika, kaum Hadza. Ada bakteria kaum Hadza yang dalam orang barat menyebabkan penyakit tetapi kaum Hadza tidak menyebabkan penyakit . Dalam ertikata lain , one man's bakteria is another man's pathogen ! 

Terlalu banyak yang kita masih tidak ketahui tentang micobiome manusia tetapi saya sendiri telah menyuruh pesakit hentikan pengambilan makanan , minuman dan supplement probiotic apabila saya dapati pesakit saya mempunyai sistem usus yang terlalu radang dan sensitif .


Itulah dia penerangan doktor Suriya tentang minuman probiotik.Nanti Ummu nak kongsikan Homemade Resepi Minuman Probiotik...khasiatnya lebih dari probiotik..guna dua bahan jer..tunggu yer...


Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut atau berminat nak order produk Shaklee, hubungi :
012-222 9578 (sms/whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma yer u'olls! EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk join keahlian atau membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



3 comments :

Sally

anak2 zaman sekarang kena bagi supplement kan. kesian makanan pun banyak yang dah tak selamat dan semulajadi.

tipsawetmuda

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy