Monday, 7 September 2015

7 Tips Susukan Anak Hingga Dua Tahun

Bismillahirrahmanirrahim... 




Alhamdulillah, Ummu berjaya susukan dua orang anak sehingga dua tahun. Anak pertama Muhammad Adil Irfan (sekarang 5 tahun) dan anak kedua Muhammad Adil Ikhwan 2 tahun.

Pelbagai dugaan dan cabaran, bukan senang nak menyusukan anak dengan susu ibu untuk tempoh 2 tahun. Lain orang lain cabaran dan masalah yang dihadapi, bergantung kepada kita macam mana nak selesaikan dan atasinya.

Ummu nak kongsikan apa yang buat Ummu berjaya susukan kedua-dua anak dengan susu ibu. Ini sekadar perkongsian ilmu berdasarkan pengalaman sendiri yang menjadi pengalaman berharga buat Ummu untuk anak seterusnya dan mungkin ilmu yang boleh dikongsi buat ibu-ibu di luar sana.

7 Tips Susukan Anak Hingga Dua Tahun

Irfan dan Ikhwan Semasa Hari Sukan Taski 2015

(1) Niat

Masa mengandung lagi Ummu dah niat untuk susukan anak dengan susu badan. Berdoa banyak-banyak supaya dapat susukan anak dengan susu badan. Walaupun masa tu rasa ragu-ragu boleh ke tak, asalkan dah ada niat, InshaAllah ia akan dipermudahkan. Ummu  pernah terbaca dulu, nak susukan anak kena yakin, yakin susu badan ada, baru susu badan kita akan keluar dan cukup untuk anak. Sebab itu, tiap-tiap hari yakinkan diri boleh buat. Yakin Boleh tau!

(2) Tambah Ilmu Penyusuan Susu Ibu

Banyak sumber rujukan yang boleh kita tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu. Ummu banyak search melalui google, baca kat blog, website babycenter serta baca juga majalah PaMa. Masa mengandung dah start baca sikit2, sekurang-kurangnya dah ada ilmu walaupun yang asas sebab banyak perkara juga kena tahu tentang penyusuan susu ibu ni.

(3) Sokongan Suami dan Keluarga

Alhamdulillah..suami dan ibu banyak membantu dan memberi sokongan. Mula-mula Ummu tak dapat nak susukan anak pertama Irfan secara direct feeding. Terpaksa pam dan bagi  Irfan susu dalam botol. Sedih sebab masa tu Irfan tak nak hisap direct tapi dengan sokongan dan usaha bersungguh-sungguh akhirnya dapat juga susukan secara direct dan sehingga dua tahun. Nanti Ummu ceritakan apa yang Ummu buat untuk 'paksa' Irfan hisap susu badan secara direct.

(4) Peralatan Penyusuan

Ramai bakal-bakal ibu muda yang terlupa tentang ini. Masing-masing shopping sakan baju anak, stroller (Yang ni patut pembelian yang terakhir sekali), botol susu, tapi kelengkapan penyusuan susu ibu dianggap bukan priority. Ini Ummu lah tu..pam susu dah order last-last minit sebab fikir nak susukan anak direct masa berpantang, lambat lagi nak masuk kerja. Akhirnya, memang kelam kabut. Susu badan tak keluar, nak simpan susu tapi storage botol sikit sahaja dll..Semua barang kelengkapan penyusuan dibeli secara online masa tengah berpantang. Ada juga barang yang minta tolong en asben belikan hihi. Jangan ikut macam Ummu tau!

(5)Pemakanan Seimbang

 Sebagai ibu menyusu, kita memang kena jaga apa yang kita makan dan pastikan seimbang iaitu cukup karbohidrat, protein, kalsium dll. Seboleh-bolehnya memang Ummu elakkan makan fast food dan tak minum air gas. Banyak minum air masak, sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

(6)Supplemen Tambahan

Ibu menyusu memerlukan zat, nutrien dan vitamin-vitamin tertentu yang lebih sama seperti ketika mengandung kerana kesemuanya dikongsi bersama bayi melalui penyusuan susu ibu. Zat dan vitamin yang diperlukan bukan sahaja untuk banyakkan susu ibu tetapi untuk mengekalkan kesihatan si ibu dan memastikan tumbesaran yang sempurna dan sihat kepada anak. Ummu amalkan Set Menyusu Shaklee sebagai pemakanan tambahan. Alhamdulillah serasi dan berkesan. Ummu buat research sendiri, fikir banyak kali barulah yakin untuk cuba Shaklee.

(7) Doa

Setelah berusaha, sebagai seorang muslim perlulah berdoa kepada Yang Maha Esa. Doa supaya urusan penyusuan susu ibu kepada anak dipermudahkan, susu ibu banyak dan cukup untuk anak. Jangan sekali-kali berasa riak dan bangga dengan susu ibu yang berjaya kita hasilkan tetapi panjatkan kesyukuran dan bantu ibu-ibu lain yang ada masalah penyusuan susu ibu. 

Kesemua yang di atas Ummu amalkan dan praktikkan. Sedikit sahaja ilmu yang Ummu kongsikan di sini, inshaAllah akan bekongsi lagi cerita. Doakan Ummu mempunyai masa untuk bercerita lagi yer..banyak sebenarnya nak ceritakan..inshaAllah Ummu akan usahakan..Jumpa lagi :)

Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut atau berminat nak order produk Shaklee, hubungi :
012-222 9578 (sms/whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk join keahlian atau membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



4 comments :

QasehnyaRania

nice sharing
tenkiu akk.

saya pon skrg tgh susukn rania. bru genap setahun. doakn utk saya juga ye..

mcm saya x bkerja. tp ramai sepupu (nurse) suruh juga pam susu. sy pon buat hujung masa rania 5 bulan. masalhnya bila rania x nk susu dr botol nk direct. tp lhamdulillh la susu mmg keluar cma masa mula mula gun pam tu, mencabar sikit.

Cik Puan Eka

nice sharing. Tq Ummu.

Eka dah nak masuk 6 bulan menyusukan Adra. Harap sampai dua tahun InshaAllah

Siti Rohaida Yusof

saya pun baru dpt bf anak yang kedua ni..memang niat nak bf anak sampai 2 tahun..susu pun sedikit merudum..teringin nak makan shaklee tapi set tu mahal sangat..tak berkemampuan..just makan makanan penggalak susu yang secara natural dan ikut tips2 dari pembacaan je

anajingga

panduan yang baik buat ibu-ibu semua..singgah petang ke sini :)

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy