Friday, 18 September 2015

7 Vitamin Untuk Mata Sihat

Bismillahirrahmanirrahim... 



  

Pengenalan


Sepertimana tubuh kita memerlukan kalsium untuk tulang kuat dan sihat, mata juga memerlukan set pemakanan khusus bagi mengekalkan fungsi retina serta kesihatan mata yang menyeluruh.
Jangan tunggu sehingga proses penuaan bermula untuk mendapatkan mata sihat, ia sebenarnya bermula dari dalam kandungan lagi.
Kaedah pemakanan yang betul supaya mata kekal sihat adalah dengan mengambil nutrisi seimbang di samping mengutamakan sumber makanan yang mempunyai warna kehijauan, kekuningan dan kemerahan.Ini kerana kumpulan makanan tersebut kaya dengan Lutein dan Zeaxanthin serta vitamin dan mineral yang terbukti bagus untuk kesihatan mata yang optimum.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Diet Sihat Untuk Penglihatan Yang Terbaik?

Menurut Dietary Guidelines for Americans yang dikeluarkan oleh U.S. Department of Health and Human Services and the Department of Agriculture, diet sihat bermaksud :
 
(1)Mengutamakan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, susu dan produk susu tanpa lemak atau rendah lemak.
(2) Merangkumi daging, ikan, kekacang dan telur.
(3) Rendah lemak, kolesterol, garam dan gula tambahan.

Hasil dari kajian oleh National Eye Institute, AREDS (The Age-Related Eye Disease Study) telah menunjukkan kombinasi agen antioksidan yang tinggi bersama Vitamin A, C dan E serta mineral mampu menurunkan risiko masalah penyakit mata Degenerasi Makula (Macular Degeneration) dan Katarak.

Terdapat empat penyakit mata utama yang berisiko tinggi akibat kekurangan vitamin iaitu:
>> Katarak
>> Degenerasi Makula
>> Mata kering
>> Lebam di sekeliling mata

 
 

Rajah 1 : Contoh keadaan penglihatan bagi masalah penyakit Degenerasi Makula dan Katarak

Apa Itu Lutein Dan Zeaxanthin?

Kerapkali dikatakan lobak merah, sayuran dan buah-buahan bewarna oren-kuning sangat baik untuk kesihatan mata.
Kenapa? Ini kerana Lutein dan Zeaxanthin merupakan pigmen semulajadi yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau, buah-buahan, jagung dan kuning telur di mana ia memberi warna kepada bahan-bahan tersebut.
Ia membekalkan nutrisi pada mata dengan bertindak sebagai antioksida yang menghalang daripada radikal bebas yang berbahaya.
Sumber:http://www.wisegeek.org/what-are-the-differences-between-fruits-and-vegetables.htm#group-of-fruits-and-vegetables

Set Pemakanan Untuk Mata Sihat


Untuk mengelakkan penyakit mata yang boleh membawa risiko kebutaan, secara ringkasnya mata memerlukan vitamin dan zat tambahan seperti berikut :

Vitamin A dan Beta-carotene
Vitamin B kompleks
Vitamin C, D dan E
Lutein dan zeaxanthin
Antioksidan
Asid lemak Omega-3


Berikut pula adalah senarai vitamin yang diperlukan oleh mata :
 
(1)Protein
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.

(2) Kalsium
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan mata. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.

(3) Vitamin A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.

(4) Vitamin B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.

(5) Vitamin C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.

(6) Vitamin E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.

(7) Zink
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.

Bagi melengkapi diet sihat setiap hari, kita disarankan mengambil lima kumpulan makanan di bawah ini dalam rutin diet seharian iaitu :


1-   Sayuran hijau berdaun : Sumber makanan semulajadi terbaik untuk lutein dan zexanthin yang turut mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan beta-karotin yang tinggi, mineral dan serat

2-  Telur : Kuning telur adalah sumber utama Lutein dan zeaxanthin dan menjadi alternatif bagi yang kurang menggemari sayuran hijau

3-  Buah-buahan sitrus dan berry : Buah-buahan ini kaya dengan Vitamin C
 
4- Badam : Ia kaya dengan vitamin E dan mampu melambatkan degenerasi makula. Satu auns (oz) badam menyediakan kira-kira separuh daripada dos harian yang disarankan.

5-    Ikan berlemak  : Tuna, salmon, ikan kembung, ikan bilis dan trout sangat kaya dengan DHA iaitu asid lemak yang ditemui dalam retina. Kekurangannya dikaitkan dengan sindrom mata kering.

Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu, kebanyakan daripada kita kurang makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang kaya dengan nutrien lain, sebaliknya memilih makanan berkalori tinggi, rendah-nutrien yang boleh memudaratkan badan, termasuk mata.

Pengambilan suplemen multivitamin dan mineral setiap hari boleh membantu mengisi kekurangan nutrisi dalam diet dan boleh membantu melindungi daripada penyakit-penyakit degeneratif, termasuk penyakit mata seperti degenerasi makula dan katarak.


Tips dan Langkah Berjaga-jaga Ketika Membeli Suplemen Mata

>> Selamat dan bermanfaat
>> Baca label dengan berhati-hati
>> Ikut garis panduan yang diberikan
>> Jangan melebihi dos yang ditetapkan
>>Dapatkan pendapat doktor sekiranya anda hamil, menyusu dan ada mengambil pencair darah atau anti-koagulan
>>Mengambil terlalu banyak supplemen  tertentu boleh menyebabkan masalah, terutamanya jika anda mengambil ubat-ubatan preskripsi untuk masalah kesihatan

Kesimpulan

Penjagaan mata sangat penting terutama pada peringkat awal perkembangan deria penglihatan. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dan bertanggung jawab untuk memastikan mata anak dijaga sebaiknya.

Penjagaan mata bermula dengan makanan seharian. Kesedaran awal adalah penting bagi memastikan amalan yang sihat ini dapat diteruskan sehingga dewasa. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Rujukan
   5 Foods for Healthy Eyes from Health Magazine. Retrieved from   http://www.health.com/health/gallery/0,,20680738,00.html 
    Maintaining Healthy Eyes. Retreived from http://www.bausch.com/vision-and-age/40s-and-50s-eyes/40s-50s-eye-health/
    Makanan Untuk Mata Sihat (2012, Okt 30) http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/makanan-untuk-mata-sihat-1.99010
    Victor R. Preedy (2014, May 6). Handbook of Nutrition, Diet and the Eye. Retreived from http://www.amazon.com/Handbook-Nutrition-Diet-Victor-Preedy/dp/0124017177
    Laurie Capogna and Barbara Pelletier (2011, Jan 1) Eyefoods: A Food Plan for Healthy Eyes. Retreived from http://www.amazon.com/Eyefoods-Food-Plan-Healthy-Eyes/dp/0986807923





Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut atau berminat nak order produk Shaklee, hubungi : 
Facebook: Ummu Athiyah Ismail
Sms/ Whatsapp: 012-222 9578

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk join keahlian atau membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy