Friday, 11 September 2015

Apa itu MLM, Apa Sebenarnya MLM?

Bismillahirrahmanirrahim... 
 





Apa itu perniagaan MLM? Sesetengah orang, bila dengar sahaja MLM dah rasa benci..mungkin ada kisah pahit di sebalik perkataan MLM tu. Tapi cuba baca entry ini untuk lebih faham tentang konsep sebenar perniagaan MLM.

Apa itu MLM?

 
Perniagaan Multi Level Marketing atau singkatannya MLM adalah perniagaan jualan produk secara langsung kepada pelanggan melalui pengedar-pengedar yang dilantik untuk mendapatkan jualan tetapi pada masa yang sama memberikan peluang kepada pengedar menjana pendapatan melalui penjualan produk dan juga melalui rangkaian atau networking.

Sistem piramid biasanya dikaitkan dengan perniagaan MLM yang mana sistem piramid menguntungkan orang di atas (Upline). Orang di atas (Upline) mengambil kesempatan terhadap orang yang di bawah (Downline). Ini kerana orang di atas tidak membuat apa-apa pekerjaan ,hanya duduk goyang kaki dan dapat keuntungan atas kesusahan dan usaha orang di bawah. Perlu diingat penafsiran seperti ini hanya terpakai untuk perniagaan MLM yang tidak mengamalkan etika perniagaan yang betul dalam mengaut keuntungan dan memberikan persepsi yang buruk kepada perniagaan MLM yang mengikut undang-undang dan beretika. Sebagai pengguna, kita seharusnya membuat keputusan atau menilai sebelum membuat kajian terhadap perniagaan MLM yang ada pada hari ini.

Apa Sebenarnya MLM? 5 Ciri Unik Perniagaan MLM


(1) MUDAH dan TERATUR
Setiap perniagaan MLM mempunyai pelan pemasaran yang lengkap dan teratur untuk pengedar-pengedarnya. Pengedar boleh mengikuti pelan pemasaran yang telah disediakan di samping mengikut jejak langkah upline-upline yang telah berjaya. Jika upline tidak menghiraukan anda, anda masih boleh berjaya dengan memahami konsep pemasaran yang disediakan oleh syarikat MLM tersebut. Perkara ini benar kerana upline Ummu iaitu Kak Cery adalah yang berjaya atas usahanya mengikuti dan memahami konsep pemasaran Shaklee. Di dalam perniagaan MLM, semua orang mempunyai peluang untuk berjaya asalkan ada usaha.

 
(2) ANDA TIDAK BERSENDIRIAN
Sebenarnya MLM ini adalah perniagaan yang mengutamakan rangkaian sebab dengan adanya rangkaian atau kumpulan yang kuat, produk dapat dipasarkan dengan lebih cepat dan lebih cepat sampai kepada pelanggan. Anda perlu membentuk kumpulan anda dengan memperkenalkan orang lain kepada sistem perniagaan ini di samping memperkenalkan produk. Kaedah ini dinamakan penajaan.

MLM memberikan peluang kepada pengedar untuk menjana pendapatan melalui penjualan produk kerana kebiasaannya, pengedar akan mendapat keuntungan di antara 20-30% daripada penjualan produk. Bagi mereka yang tidak mempunyai rangkaian, penjualan produk 100% tidak akan memaksimumkan pendapatan mereka dan inilah gunanya networking di mana, pendapatan dapat di tingkatkan dengan adanya networking. Semakin besar networking semakin banyak produk yang terjual dan semakin tinggi pendapatan yang diterima.

Kalau anda nak tahu, kami mempunyai group sendiri yang dinamakan Jutawan Shaklee yang ditubuhkan oleh Kak Cery. Lebih 16k ahli di dalam group ini dan semakin bertambah dari hari ke hari, pelbagai tips, info, rahsia-rahsia kejayaan dikongsi di dalam group ini melalui FB Secret Group. Semuanya secara online dan boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.


(3)TIDAK PERLU KELULUSAN TINGGI

Perniagaan ini tidak memerlukan sebarang sijil, diploma atau ijazah dari pusat pengajian tinggi. Syarikat akan menyediakan latihan dan motivasi yang dikendalikan oleh penceramah dan pakar-pakar profesional.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengikuti program-program yang dianjurkan dan berusaha untuk bersama-sama menuju kejayaan.

Ada pelbagai latarbelakang dalam group Jutawan Shaklee, ada nurse, guru, engineer, peguam..semuanya boleh berjaya dan pendapatan mereka adalah berdasarkan usaha masing-masing. Malah ada yang mengatakan gaji bulanan mereka berubah 10 ganda lebih banyak berbanding gaji makan gaji.

InshaAllah Ummu pun akan ikut jejak langkah mereka juga :)


(4) BEKERJA SAMBIL BEREHAT
Perniagaan MLM tidak memerlukan masa yang banyak. Ramai yang menjalankan perniagaan MLM secara part time sambil bekerja tetap. Sambil layan anak-anak di rumah pun boleh berbisnes. Pada zaman sekarang semuanya di hujung jari, kebanyakan masa kita dihabiskan di media sosial seperti FB, Instagram, Tweeter, Blog dan lain-lain. Jadi inilah peluang perniagaan yang mudah dan santai untuk dilakukan.
Bagi perniagaan Shaklee, anda hanya perlu mengeluarkan modal yang sedikit iaitu bayaran yuran sahaja dan semuanya telah disediakan untuk anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah MULA!!


(5) ANDA ADALAH BOS
Di dalam MLM, anda adalah BOSS kepada perniagaan anda sendiri. Tiada siapa yang akan memaksa atau dipaksa kerana semuanya bermula di tangan sendiri. Anda sendiri yang kawal perniagaan dengan keupayaan anda sendiri. Ia terpulang kepada anda samada anda mahukan keuntungan yang kecil atau sebaliknya.

Anda juga tidak memerlukan tenaga pekerja untuk menguruskan perniagaan anda kerana syarikat yang anda sertai akan menguruskan semuanya untuk anda dari segi latihan, bengkel dan lain-lain. Anda akan sentiasa dibantu dan dibimbing untuk menuju kejayaan.

Dalam perniagaan Shaklee, pihak Shaklee menyediakan latihan dan bengkel setiap bulan. Kami boleh melihat jadual latihan di tempat-tempat di seluruh Malaysia secara online. Kami boleh pilih latihan yang hendak dihadiri antaranya seperti Bengkel Nutrisi, Health & Wellness Talk dan lain-lain di tempat yang dipilih.


Ok macam mana? Dah faham tak konsep MLM sebenar yang dijalankan mengikut undang-undang dan beretika.

Perbezaan Perniagaan MLM dan Sistem Piramid

Kalau di dalam perniagaan MLM, penggunaan produk yang konsisten oleh setiap ahli dan perkenalkan produk kepada orang lain adalah perkara yang ditekankan di dalam perniagaan MLM.

Bagi sistem piramid pula, susah sikit untuk dibezakan kerana mereka yang menggunakan sistem piramid adalah perniagaan MLM yang menfokuskan kepada perekrutan ahli daripada memfokuskan kepada jualan produk itu sendiri. Sistem piramid seperti inilah yang sebenarnya merosakkan perniagaan MLM yang beretika dan mengikut undang-undang. Biasanya, syarikat MLM yang menjalankan sistem piramid boleh di kesan jika berlakunya unsur-unsur seperti berikut.
  • Yuran pendaftaran yang tidak munabah
  • Harga barang yang di jual terlampau mahal daripada harga pasaran.
  • Ahli tidak perlu mengguna produk berkali-kali.
  • Memfokuskan kepada perekrutaan ahli untuk mendapat keuntungan
Semoga dengan penerangan secara ringkas ini, kita mempunyai gambaran yang jelas bagaimana untuk membezakan antara perniagaan MLM yang beretika dan juga perniagaan MLM yang tidak beretika. Di dalam kalangan masyarakat hari ini yang lebih terdedah kepada maklumat-maklumat yang tidak tepat, penjelasan adalah perlu untuk memperbetulkan tanggapan masyarakat terhadap perniagaan MLM. Perniagaan MLM adalah perniagaan yang memberi peluang kepada individu untuk menambah taraf hidup ekonomi isi rumah dengan modal dan risiko yang rendah. Perniagaan MLM bukan perniagaan cepat kaya tetapi perniagaan MLM adalah salah satu perniagaan yang boleh menjadikan anda kaya. 

Sekian.

 
Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut atau berminat nak order produk Shaklee, hubungi : 
Facebook: Ummu Athiyah Ismail
Sms/ Whatsapp: 012-222 9578

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk join keahlian atau membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy