Friday, 11 September 2015

Derma Darah Jadikan Kita Lebih Sihat?

Bismillahirrahmanirrahim... 

 



Last Ummu derma darah  rasanya tahun 2003, time tu kat Uitm Shah Alam. Tepat-tepat berat 45kg untuk layak menderma darah hehe..lepas daripada tu dah tak layak sebab berat maintain 42kg. Ada beberapa syarat untuk derma darah, yang lain-lain syarat tu takde masalah cuma masalah dengan berat jer lah yang menyebabkan tak boleh nak derma darah.
 
Kalau anda nak tahu, seorang penderma boleh selamatkan sehingga tiga nyawa dan dunia amat memerlukannya. Tapi ramai juga yang masih takut untuk menderma darah. Asyik fikirkan jarum yang bakal disuntik ke kulit dan takut rasa sakit yang sebenarnya tidak berlaku. Mungkin ramai yang tidak tahu, selain dapat menyelamatkan nyawa, menderma darah juga memberi banyak manfaat kepada diri kita.

(1) Mengurangkan Lebihan Zat Besi Di Dalam Badan
Kami terbaca satu kajian dari persatuan perubatan Amerika Syarikat yang menunjukkan, menderma darah dapat mengurangkan lebihan atau sisa zat besi dalam darah yang menyebabkan kerosakkan sel dan tisu serta beberapa masalah kesihatan yang lain.

Bagi kaum hawa kita lebih beruntung kerana adanya kitaran haid setiap bulan yang membantu pengeluaran zat besi tersebut. Namun bagi wanita yang menopaus, paras zat besi akan meningkat dan bagi menyingkirkannya serta risiko sakit jantung juga boleh dielak dengan hanya menderma darah.

(2) Mengurangkan Serangan Jantung dan Strok
Lebih menarik lagi, kajian itu turut mendedahkan bahawa dengan menderma setiap enam bulan dapat mengurangkan serangan jantung dan strok serta mengurangkan risiko kanser kepada peserta kajian yang berusia 43 hingga 61 tahun.

(3) Membantu Membakar Kalori
Proses yang hanya mengambil masa selama 7 hingga 10 minit ini juga mampu membakar kalori kerana dalam setiap satu pain darah, kira-kira 650 kalori dapat dibakar dalam badan penderma. Selain itu, sel darah merah yang lama juga akan digantikan dengan pembentukkan sel yang baru di mana keupayaan membawa oksigennya lebih baik berbanding yang lama.

Lihatlah, tiada siapa yang rugi dalam hal ini, si penerima mendapat darah, si penderma juga mendapat manfaat kesihatan. Jadi si cantik semua, rajin-rajinkanlah diri untuk keluar menderma ya. Masih belum terlambat untuk lakukan hari ini. Petang atau malam ini, jom cari tempat yang boleh kita derma darah.

 Kredit: Rapi

 
Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut atau berminat nak order produk Shaklee, hubungi : 
Facebook: Ummu Athiyah Ismail
Sms/ Whatsapp: 012-222 9578

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk join keahlian atau membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



2 comments :

Asha Lya

Lya x pernh lgi derma darah ..tringin juga

irra yyan

mommy irra singgah sini dan follow #20

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy