Monday, 28 September 2015

Punca dan Simptom Toksin Di Dalam Badan

Bismillahirrahmanirrahim... 

Artikel ini menerangkan:
Apa itu Toksin?
Punca Toksin Banyak Dalam Badan 
Simptom-simptom Toksin Berlebihan di Dalam Badan
Kesan Toksin Kepada Tubuh




Hari ini cuti lagi...sebab asalnya takde orang nak jaga Irfan dan Ikhwan sebab ibu pergi ke Kelantan ikut adik. Tapi balik awal pulak..semalam dah balik. Plan nak bawak jer Irfan dan Ikhwan pergi ke kelas..tapi dah ibu ada..minta tolong jagakan kejap. Kelas 2 jam sahaja. Sebenarnya boleh jer bawak budak2 tu..tengok gamba kat atas tu..ada jer ibu-ibu yang bawa anak. Itu yang bestnya join Shaklee bawah group Jutawan ni..nak timba ilmu ..anak bukan penghalang..boleh jer korang bawa anak2 sebab ada sekali bilik permainan disediakan. Takkan kena marah dengan penceramah atau penganjur.


Pn Celine dan Pn Sara, Nutrinionist Shaklee

Kelas ini diadakan di Faizworld Training Centre (FTC) di Bangi, Selangor (belakang Hospital Az-zaharah). Dekat jer so senang nak pergi..dan juga ianya adalah PERCUMA. Korang bawa diri jer..buku nota, pen dan air mineral disediakan oleh pihak FTC. Best kann :)

Dua orang Nutrinitionist iaitu Pn Sarah dan Pn Celine yang menyampaikan tajuk "Detoks dan Kecergasan". Sesuai dengan keadaan persekitaran yang tengah berjerebu sekarang. Kita digalakkan detoks setiap hari memandangkan udara yang kita sedut mengandungi partikel-partikel kotor..sebab itu kita senang sakit tekak, batuk dan selsema. Kanak-kanak lah yang senang diserang masalah kesihatan macam ini.

Ummu nak kongsikan apa yang sudah dipelajari dalam kelas.

Apa itu Toksin?
Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Punca-punca Toksin
1) Apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya terutamanya makanan berminyak
2) Pemakanan ubat-ubatan kimia
3) Merokok
4) Pengambilan minuman keras 
5) Pemakanan yang tidak seimbang
6) Udara kotor
7) Radiasi
8) Dehidrasi dan malnutrisi

9) Penggunaan bahan pencuci berkimia dan racun serangga

Simptom-simptom toksin berlebihan
  • Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala, mulut berbau , bau badan
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap , mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
  • Masalah sendi - lenguh lenguh badan
  • Masalah kulit – jerawat, eczema
  • Selulit, kenaikan berat badan, tanda-tanda penuaan awal
Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar  dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.


Tanda-tanda lain
  1. Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.
  2. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit. 
  3. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.

Wahh..tanda-tanda toksin tu memang ada iaitu masalah kulit..Ummu ada alergi kat tangan..kering dan gatal-gatal..on and off dan kadang-kadang jadi teruk dan kadang2 ok. Memang konsistenlah kena makan supplemen detoks setiap hari. Pn Sarah menerangkan ada 4 jenis vitamin yang berasakan herba yang telah digunakan sejak berkurun dahulu dan dimodenkan untuk detoks iaitu DTX Complex, Herblax, Alfafa Complex dan Peppermint Ginger Plus.

Ummu akan kongsikan dengan lebih details dalam entry seterusnya yer..



Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut atau berminat nak order produk Shaklee, hubungi : 
Facebook: Ummu Athiyah Ismail
Sms/ Whatsapp: 012-222 9578

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk join keahlian atau membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy