Friday, 4 September 2015

Penyusuan Susu Ibu Sehingga Dua Tahun

Bismillahirrahmanirrahim... 


Muhammad Adil Ikhwan 2 tahun


Alhamdulillah...berjaya susukan Muhammad Adil Ikhwan dengan susu ibu hingga dua tahun. (26 Ogos 2013 - 26 Ogos 2015). Sama seperti anak yang sulung Muhammad Adil Irfan (23 Disember 2010 - Januari 2013). Berhenti menyusukan Irfan sebab alahan teruk masa awal-awal mengandungkan Ikhwan.

So kali ini..rasa free sama ada nak berhenti atau nak teruskan susukan Ikhwan. Nak mengandung nantilah dulu hehe..nak rest kejap...walaupun mulut dah cakap banyak kali kat en asben untuk try bagi susu formula kat Ikhwan, hati ni rasa macam berat sangat nak berhentikan. Ada dua sebab:

1) Sebab rasa best sangat masa breastfeeding tau, rasa rapat dengan anak..Malam-malam nak tidur, mestilah anak cari maknya, menunjukkan betapa pentingnya kita hehe..itu Ummu tak tahulah orang lain macam mana. Kalau tak menyusu badan, konfemlah suruh ayahnya jer tidurkan, so kita mak-mak ni bolehlah buat kerja-kerja rumah kann..dah tak rasa rapat dengan anak pulak walaupun ada jer time-time lain.

2) Ikhwan ada sejarah ekzema. Alahan yang kami kenalpasti ialah milk protein. So, kalau minum susu lembu, milo, horlick atau ada bahan minuman atau makanan yang ada susu lembu, ekzema Ikhwan akan flare up. Itu dulu masa umur setahun ke setahun setengah. Tapi sekarang ni macam dah boleh minum jer..semua yang tak boleh tu dia dah minum. Ayahnya lah tu yang bagi, belasah jer bagi, katanya nak bagi kuat, kecuali kalau susu tu terkena kat kulit. Kalau terkena tu, nanti akan naik merah dan gatal2 kat kawasan yang terkena susu tadi.

Susu formula untuk Ikhwan dah beli dah. Bagitahu kat ibu (ibu saya tolong jagakan anak), kena try bagi juga. Sehari Ikhwan minum EBM 3 botol (3oz setiap botol), so untuk mula-mula ni cuba gantikan satu botol dengan susu formula. Dua botol lagi minum EBM. 

Hari pertama: 100ml susu (3 sudu besar susu formula), minum separuh sahaja

Hari kedua: 50ml susu (tak tahu ibu letak berapa sudu susu), tinggal sikit sahaja.

Nanti kita try tengok progress macam mana yer. Tengah fikir-fikir apa nak buat untuk putuskan susu ni. Nanti Ummu kongsikan yer...stay tuned :)

Sepanjang penyusuan susukan Ikhwan ni walaupun anak kedua, ada juga cabaran dan dugaannya tau. Mula-mula susu tak keluar iaitu selepas bersalin czer, nipple luka, ada orang salahkan susu ibu penyebab ekzema dll. Nanti Ummu buat entry lain untuk ceritakannya yer.

Setakat ini sahaja dulu, kita bersambung kemudian. Ibu-ibu kat luar sana, cuba usaha susukan anak sehingga umur dua tahun tau. InshaAllah boleh!


Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut atau berminat nak order, hubungi :
012-222 9578 (sms/whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk join keahlian atau membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy