Friday, 2 October 2015

4 Sebab Ibu Mengalami Puting Melecet

Bismillahirrahmanirrahim... 
 

4 Sebab Ibu Mengalami Puting Melecet

Adakah anda merasa pedih di bahagian puting payu dara ketika menyusukan bayi? Itu tandanya anda mengalami puting melecet. Ketahui apakah sebabnya.

1. Kedudukan ketika menyusukan bayi yang tidak betul.

2. Pelekapan mulut bayi yang tidak menghisap aerola ibu dengan betul.

3. Bayi tidak mendapat susu walaupun sudah puas menghisap.

4. Bayi menarik puting ibu membuatkan terasa sakit, pedih dan melecet.

Kebanyakan ibu yang baharu melahirkan anak dan menyusukan bayi akan mengeluh dan berputus asa kerana mengalami sakit dan pedih di bahagian puting payu dara. Hal ini membuatkan mereka tidak selesa dan trauma untuk menyusukan bayi.

Jangan cepat berputus asa kerana masalah puting melecet boleh diatasi, asalkan ibu tahu puncanya. Oleh kerana ibu baharu masih belum ada pengalaman menyusukan bayi, maka masalah kedudukan bayi yang tidak betul ketika menyusukan bayi adalah perkara biasa.

Kunci kejayaan menyusu supaya ibu tidak mengalami masalah puting melecet adalah kedudukan dan pelekapan ketika menyusu yang betul. Ibu dan bayi mesti sama-sama selesa. Sebenarnya ketika menyusu, bayi bukan menghisap puting payu dara ibu tetapi cara yang betul bayi hendaklah menghisap aerola ibu. Kebanyakan ibu meletakkan kedudukan bayi untuk menghisap putingnya.

Ini yang mengakibatkan puting menjadi melecet kerana bayi menghisap dan menarik puting. Pastikan ibu membuatkan bayi membuka mulutnya luas dan lebar agar menghisap penuh aerola ibu.  Dengan itu ibu tidak akan mengalami masalah puting melecet.

Ketika bayi menghisap aerola, puting terletak di antara lelangit mulut bayi. Kedudukan ini membuatkan bayi menyusu dengan menggunakan lidahnya. Masalah melecet boleh dielakkan jika ibu faham cara betul menyusukan bayi.

Antara petunjuk bayi menyusu dengan betul adalah keadaan pipinya. Jika pipi bayi menggembung, itu tandanya bayi dalam kedudukan dan pelekapan menyusu yang betul.  Jadi, pastikan keadaan bayi menghisap aerola ibu dengan betul. 

Petua Merawat Puting Melecet Ketika Menyusu
Ummu pernah mengalami masalah puting melecet ketika anak kedua. Nak tahu macam mana Ummu atasi masalah ini dalam masa 3 hari sahaja?

KLik di SINI

  
Nak cuba produk Shaklee? Hubungi :
012-222 9578 (sms/whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk join keahlian atau membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy