Tuesday, 6 October 2015

5 Sebab Susu Ibu Beri Keselesaan Kepada Anak

Bismillahirrahmanirrahim...  




Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, tentu biasa berhadapan dengan situasi si kecil enggan melepaskan puting payu dara daripada mulutnya walaupun mata sudah terpejam tidur. Apabila ibu cuba menarik keluar puting payu dara, bayi akan menangis dan terbangun daripada tidur. Akibatnya ibu sukar untuk melakukan pekerjaan lain setiap kali sesi penyusuan berlangsung. Mengapa agaknya ia berlaku?

1. Kadang kala ia adalah perkara biasa bagi bayi yang berusia beberapa bulan memerlukan keselesaan daripada ibu dan payu dara ibu.

2. Selama sembilan bulan dalam kandungan, bayi adalah sebahagian daripada diri ibu dan selepas beberapa bulan dilahirkan dia baharu belajar menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.

3. Bayi memerlukan momen penyusuan intim bagi mengenang perasaan selesa yang pernah dilaluinya bersama ibu.

4. Sesetengah bayi memerlukan lebih keselesaan sewaktu menyusu berbanding yang lain. Ini kerana mungkin perasaannya lebih sensitif.

5. Tidak salah jika bayi hanya boleh tidur lena jika menyusu terlebih dahulu. Kajian menunjukkan anak yang mendapat keselesaan apabila dia menangis, cenderung untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan diri dan berdikari asalkan anda memberi keselesaan kepadanya sekarang, dia akan kurang memerlukannya di masa akan datang.

Untuk mengatasi perkara berikut, anda boleh cuba hal seperti ini

* Bergantung kepada berapa usia anak, anda mungkin boleh biarkan dia terus menyusu sambil tidur tetapi pastikan diletakkan di dalam sling. Jadi, anda boleh bangun dan lakukan pekerjaan lain ketika dia tidur. Bagaimanapun pastikan bayi benar-benar lena dan tidak lagi menghisap puting sebelum anda cuba mempraktikkan panduan ini.

* Apabila bayi mula tidur nyenyak, cuba tarik puting dan jauhkan diri daripadanya secara perlahan-lahan.

* Sisipkan jari kelingking di dalam mulut bayi apabila dia sudah tidur. Anda boleh keluarkan puting payu dara dari mulutnya dan biarkan bayi menghisap jari anda. Lama-kelamaan, barulah anda boleh keluarkan jari daripada mulutnya.

* Letakkan sesuatu benda betul-betul di sebelahnya yang mempunyai bau badan ibu seperti baju T atau bantal juga dapat membantu.

Ketahuilah, menyusu bukan sekadar membekalkan bayi dengan khasiat yang diperlukan. Lebih daripada itu, payudara ibu berupaya memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada bayi. Masa yang diperuntukkan untuk menyusu bayi adalah sangat singkat tetapi memori kasih sayang yang dicurahkan melalui penyusuan susu ibu berkekalan seumur hidup. Percayalah, bayi anda dengan sendirinya akan tidur tanpa perlu menyusu pada masa akan datang. Jadi, nikmati momen ini selagi berpeluang.
 


Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :
012-222 9578 (sms/whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk join keahlian atau membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy