Thursday, 22 October 2015

6 Jenis Penyakit Jika Anda Rasa Mengantuk dan Letih

Bismillahirrahmanirrahim...




Entry ini sambungan daripada entry ini

Jika anda sudah dapatkan tidur yang mencukupi, pemakanan yang seimbang, rehat yang mencukupi dan telah mengambil supplement yang bersesuaian seperti yang dicadangkan tetapi masalah yang sama tetap berlaku, ia kemungkinan simptom-simptom penyakit berikut:


1. Penyakit hipotiroid
Anda mungkin akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain.
Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.

2. Penyakit Kencing Manis
Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik menyebabkan tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.
Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.
3. Penyakit Jantung
Bila keletihan menyerang semasa aktiviti-aktiviti harian, seperti mencuci rumah atau merumput, ia mungkin adalah satu tanda bahawa jantung anda bukan lagi sesuai untuk melakukan kerja. Jika anda perhatikannya ia menjadi semakin sukar menyelesaikan tugas-tugas yang pernah suatu ketika mudah, perlu segera berjumpa doktor anda tentang penyakit jantung.
Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.
4.CFS and fibromyalgia

Jika keletihan anda alami lebih daripada enam bulan dan paling teruk anda tidak boleh menguruskan aktiviti harian anda, sindrom keletihan kronik atau fibromyalgia ialah satu kemungkinan. Kedua-dua boleh mempunyai simptom-simptom pelbagai, tetapi keletihan tidak diterangkan yang berterusan ialah yang utama.

Baiki: Manakala tiada penyelesaian pantas untuk CFS atau fibromyalgia, pesakit-pesakit sering bergantung kepada perubahan jadual harian mereka, tidur dengan lebih sempurna, dan memulakan program senaman ringan secara istiqamah.
5. Tanda Awal Gejala Stroke
Selalu dihidapi oleh mereka yang berusia dan perlu lebih berhati-hati. Berdasarkan hasil penelitian ilmuwan Amerika Serikat (AS) yang dipimpin oleh Dr. Bernadette Boden-Albala, penolong professor bidang neurologi di Universitas Columbia, New York, AS, rasa mengantuk yang berlebihan setiap hari merupakan tanda awal serangan stroke. Penelitian ini menunjukkan bahawa orang yang sering mengantuk berisiko mengalami serangan stroke dua hingga empat kali lebih tinggi. Bagaimana mengenali rasa mengantuk yang biasa dan rasa mengantuk yang tidak biasa ini? Biasanya rasa mengantuk ini membuatkan orang yang berusia mudah tertidur dalam berbagai situasi. Contoh ketara, mereka yang mudah tertidur ketika sedang menonton televisyen di ruang tamu, duduk, apabila sedang duduk bercerita , duduk terdiam, setelah makan siang tanpa dan lebih teruknya yang tiba-tiba berhenti memandu ketika memandu. Menariknya, dalam penelitian tersebut dikatakan “selama dua tahun, pada orang yang beberapa kali suka mengantuk dalam sehari memiliki risiko terkena stroke 2,6 kali lebih besar. Sementara orang yang mengantuk secara sangat berlebihan, risiko terkena stroke meningkat menjadi 4,5 kali lebih besar”.

6. Mata Minus
Lensa mata yang mengalami myopia (mata minus), apabila tidak diperbetulkan sesuai dengan keperluan mata, maka akan menyebabkan mata mudah lelah dan mudah mengantuk apabila kita sedang membaca. Untuk yang tidak memakai kaca mata,hal ini boleh jadi petunjuk bahawa mata sedang mengalami gangguan. Untuk yang sudah memakai kaca mata minus, hal ini juga boleh menunjukkan bahawa mata sudah tidak sesuai dengan kaca mata yang sedang digunakan.
Bahaya kan? Dinasihatkan dapatkan nasihat doktor sekiranya tahap mengantuk dan letih anda sudah sukar dikawal.


Jika berminat untuk order produk Shaklee, hubungi :
012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Ahli dan dapatkan produk Shaklee pada Harga Lebih Murah. Jimat sehingga 33%.

Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Sekitar Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sekitar Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Sekitar Putrajaya (weekdays).
Pendaftaran hanya RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy