Saturday, 3 October 2015

Petua Merawat Puting Melecet Ketika Menyusu

Bismillahirrahmanirrahim... 
 
 


Ummu alami masalah puting melecet/ luka / berdarah masa berpantang anak kedua. Google jugak sebab-sebab puting boleh melecet. Rasanya sebab baby Ikhwan hisap kuat sangat..ini sebab yang keempat kalau ikut punca puting melecet

Sakit sangat tau masa puting luka tu. Ummu siap menjerit setiap kali Ikhwan menyusu. Dah la kerap menyusu..masa itu Ikhwan baru berumur seminggu. Mula-mula sebelah jer, pastu sebelah pun sama luka juga. Nak tak nak kena bagi juga susu..nak stopkan kejap takut bengkak susu sebab susu memang banyak masa tu. Ini anak kedua, kalau kata tak reti nak bagi menyusu..tak logik pulak sebab Ummu dah berpengalaman menyusukan Irfan, abang Ikhwan 2 tahun. Ummu perasan yang Ikhwan bila hisap tu..kuat sangat. 

Ada dua cara yang Ummu buat untuk rawat semula nipple yang luka itu..tak tahan sangat sakit..nak letak krim2 nipple tu tak berani sebab takut effect apa-apa kat baby kalau terhisap krim tu.

So, ini dia cara merawat puting melecet:

Cara 1: Gunakan Vitamin E Complex

Retail Price: RM149

 1) Ambil sebiji kapsul Vitamin E Complex
2) Cucuk dengan jarum atau gunting sedikit kapsul Vitamin E Complex
3) Picit dan sapu rata Vitamin E Complex ke nipple yang luka
4) Kerapkan penggunaan sekiranya luka agak teruk

Satu kapsul itu Ummu guna 2 hari. Hari ketiga itu, nipple dah ok, dah tak luka dan berdarah. Ikhwan menyusu pun dah tak rasa sakit. Satu hari Ummu sapu banyak kali untuk bagi cepat sembuh. Ikhwan termakan Vitamin E pun Ummu tak risau sebab Vitamin E Shaklee adalah selamat dan semulajadi. 


Cara 2: Tahnik

Selepas luka nipple dah sembuh..Ummu masih perasan Ikhwan masih menghisap dengan kuat bila menyusu. Ummu rasa maybe belum tahnik lagi kot, masa Irfan dulu kami tahnik kan awal. Ayahnya yang tahnik kan. Tapi Ikhwan sebab nak tahnikkan kat Ustaz..jadi terlambat sikit nak pergi jumpa ustaz. Itu yang paksa en asben cepat2 nak tahnikkan Ikhwan sebab takut nipple luka lagi.
So..kami pun pergi tahnikkan Ikhwan kat Ustaz di Darussyifa Batu 10, Cheras. Masa nak tahnikkan, Ummu bagitahu Ustaz, boleh tak doakan Ikhwan supaya pandai menyusu sebab dia hisap kuat sangat. Masa Ustaz nak tahnikkan tu, memang nampak kuat Ikhwan hisap jari Ustaz tu. Ustaz pun kata benda yang sama. Ustaz pun bacalah doa-doa dan hembus pada sebotol air mineral yang kami siap2 bawa dari rumah.

Selepas daripada dua cara di atas, Alhamdulillah. Sudah tiada lagi nipple crack walaupun Ikhwan kerap menyusu. Cara hisapan Ikhwan pun dah lembut sikit, dah tak rasa sangat kalau dia menyusu. Alhamdulillah.

Ini pengalaman Ummu. Sajer kongsi untuk ibu-ibu di luar sana. Banyak cabaran nak menyusu anak dengan susu ibu, ini baru sikit..banyak lagi cabaran. Cuma cara kita lah macam mana nak settlekan masalah dan kuat semangat tak untuk teruskan dengan susu ibu atau tak. Chaiyok- chaiyok ibu-ibu!


Nak banyakkan susu ibu? Ummu pilih Set Menyusu Shaklee .Kalau ibu-ibu ada masalah..jangan risau..Ummu sudi membantu :)


Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :
012-222 9578 (sms/whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk join keahlian atau membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy