Thursday, 22 October 2015

Sembelit Jejas Proses Penyahtoksin

Bismillahirrahmanirrahim... 

Artikel Menerangkan:
Apa Itu Sembelit
Risiko Penyakit Termasuk Kanser
Punca Sembelit
Cara Mengatasi Sembelit






Apa Itu Sembelit
Sembelit memang menyakitkan dan ia terjadi bukan saja kepada individu dewasa malah kepada bayi dan kanak-kanak. Bagaimanapun, cara hidup yang sihat dan aktif boleh membantu untuk melegakan sembelit selain mengurangkan sakit akibat sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali dalam seminggu dan golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih berisiko mengalami sembelit.

Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis.

Sembelit menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap berasa sakit perut.

Ia juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan selain sukar menumpukan perhatian, mudah mengantuk, malas, kelesuan yang kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.
 

Risiko Penyakit Termasuk Kanser
Sekiranya ia tidak diatasi dengan betul dan sempurna, sembelit menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan dengan sempurna daripada tubuh secara cekap dan ia menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks mengalami keradangan.

Selain itu, sering sembelit dan mengalami masalah sembelit secara berpanjangan turut menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.



Punca Sembelit
Terdapat pelbagai punca pembentukan sembelit antaranya apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar iaitu kerap menahan pembuangan najis.

Ini mungkin kerana seseorang itu terlalu sibuk atau sememangnya sudah menjadi kebiasaan menahan diri walaupun sudah menerima isyarat untuk membuang air besar.

Kurang minum air dan makanan tinggi serat juga boleh menyebabkan berlakunya sembelit.


Cara Mengatasi Sembelit

(1) Banyakkan minum air kosong, sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Cara yang paling mudah adalah dengan memerhati isyarat tubuh anda dan minum apabila mula terasa dahaga. Perhatikan juga sekiranya air kencing mula berwarna kuning pekat, banyakkan minum air kosong.

(2) Makan lebih banyak serat termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran sehari.

(3) Lakukan senaman secara kerap. Di samping mengurangkan tekanan, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisme dan apabila metabolisme meningkat, proses untuk membuang air besar juga semakin pantas.

(4) Buang air besar dengan mencangkung kerana ia mudah membantu mengeluarkan najis daripada dubur berbanding kaedah duduk. Berbaring dan kaki dinaikkan ke atas juga merangsang otot untuk membantu mengelakkan sembelit.

(5) Mengambil makanan herba seperti halia dan kunyit yang bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati, juga membantu mencegah sembelit.

(6) Jauhi rokok kerana perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.

Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr Zubaidi Ahmad, sembelit yang kronik sememangnya menyakitkan dan boleh menyebabkan berlakunya buasir.

Faktor pemakanan antara elemen yang memainkan peranan penting penyebab buasir.

“Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan selain perlu pastikan minum air secukupnya supaya proses pembuangan air besar berjalan dengan lancar.

“Namun, sekiranya penghidapnya tidak dapat menahan rasa kesakitan melampau, langkah terbaik adalah segera bertemu dengan doktor di klinik atau hospital berhampiran bagi mendapatkan ubat yang dapat membantu mengatasi sembelit,” katanya.

Menurut Dr Zubaidi, ubat melembutkan najis akan diberikan bergantung kepada keseriusan masalah yang dialami itu.

Sembelit jejas proses penyahtoksin

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

siti_nadirah@hmetro.com.my

Sembelit memang menyakitkan dan ia terjadi bukan saja kepada individu dewasa malah kepada bayi dan kanak-kanak. Bagaimanapun, cara hidup yang sihat dan aktif boleh membantu untuk melegakan sembelit selain mengurangkan sakit akibat sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali dalam seminggu dan golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih berisiko mengalami sembelit.
Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis.
Sembelit menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap berasa sakit perut.
Ia juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan selain sukar menumpukan perhatian, mudah mengantuk, malas, kelesuan yang kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.
Risiko penyakit termasuk kanser
Sekiranya ia tidak diatasi dengan betul dan sempurna, sembelit menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.
Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.
Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan dengan sempurna daripada tubuh secara cekap dan ia menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.
Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.
Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks mengalami keradangan.
Selain itu, sering sembelit dan mengalami masalah sembelit secara berpanjangan turut menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.
Punca sembelit
Terdapat pelbagai punca pembentukan sembelit antaranya apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar iaitu kerap menahan pembuangan najis.
Ini mungkin kerana seseorang itu terlalu sibuk atau sememangnya sudah menjadi kebiasaan menahan diri walaupun sudah menerima isyarat untuk membuang air besar.
Kurang minum air dan makanan tinggi serat juga boleh menyebabkan berlakunya sembelit.
Cara mengatasi sembelit
- Banyakkan minum air kosong, sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Cara yang paling mudah adalah dengan memerhati isyarat tubuh anda dan minum apabila mula terasa dahaga. Perhatikan juga sekiranya air kencing mula berwarna kuning pekat, banyakkan minum air kosong.
- Makan lebih banyak serat termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran sehari.
- Lakukan senaman secara kerap. Di samping mengurangkan tekanan, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisme dan apabila metabolisme meningkat, proses untuk membuang air besar juga semakin pantas.
- Buang air besar dengan mencangkung kerana ia mudah membantu mengeluarkan najis daripada dubur berbanding kaedah duduk. Berbaring dan kaki dinaikkan ke atas juga merangsang otot untuk membantu mengelakkan sembelit.
- Mengambil makanan herba seperti halia dan kunyit yang bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati, juga membantu mencegah sembelit.
- Jauhi rokok kerana perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.
Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr Zubaidi Ahmad, sembelit yang kronik sememangnya menyakitkan dan boleh menyebabkan berlakunya buasir.
Faktor pemakanan antara elemen yang memainkan peranan penting penyebab buasir.
“Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan selain perlu pastikan minum air secukupnya supaya proses pembuangan air besar berjalan dengan lancar.
“Namun, sekiranya penghidapnya tidak dapat menahan rasa kesakitan melampau, langkah terbaik adalah segera bertemu dengan doktor di klinik atau hospital berhampiran bagi mendapatkan ubat yang dapat membantu mengatasi sembelit,” katanya.
Menurut Dr Zubaidi, ubat melembutkan najis akan diberikan bergantung kepada keseriusan masalah yang dialami itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35534#sthash.ADyp7mgF.dpuf

Jika berminat untuk order produk Shaklee, hubungi :
012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Ahli dan dapatkan produk Shaklee pada Harga Lebih Murah. Jimat sehingga 33%.

Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Sekitar Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sekitar Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Sekitar Putrajaya (weekdays).
Pendaftaran hanya RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy