Wednesday, 4 November 2015

Promosi Shaklee November 2015

Bismillahirrahmanirrahim...
 



Berita gembira buat bakal2 ibu, ibu hamil, ibu menyusu dan ibu-ibu kita yang sudah tua. Sebab? Shaklee lancarkan EXTENDED SALE untuk YES Pack iaitu YES Prenatal, Postnatal, Fitness dan Young Living. Untuk details boleh klik sini tentang set YES Pack ini.

Jom tengok di bawah ini senarai ringkasan promo untuk bulan November 2015.

1) Promo Sustained Release Vita C Plus Shaklee

 
 



Kelebihan Sustained Release Vitamin C Shaklee

1) Kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu 1 biji Vitamin C menyamai 7 setengah biji oren.

2)Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.

3) Bahan utama vitamin C Shaklee diekstrak daripada jagung. Kurang acidic dan sesuai untuk pesakit gastrik.


️4) Formula yang membantu kekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kuatkan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.


5) Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


18 Manfaat Sustained Release Vitamin C Shaklee

1. Merangsang pembentukan kolagen
2. Menguatkan sistem immune
3. Membantu mengekalkan kulit yg awet muda
4. Mengatasi masalah insomnia
5. Mencegah jangkitan penyakit mudah berjangkit seperti demam & flu
6. Memperbaiki sistem pendarahan
7. Merendahkan dan mengawal masalah tekanan darah tinggi
8. Mencerahkan kulit secara semulajadi
9. Memberikan tenaga
10. Membantu penyerapan iron
11. Mengekalkan kolestrol yang sihat
12. Meningkatkan metabolism & membantu mengekalkan berat badan ideal
13. Mengelakkan katarak
14. Mengawal masalah kulit berminyak
15. Mengecilkan pori muka
16. Membantu melindungi badan dari radikal bebas
17. Mengurangkan asid untuk pesakit gout
18. Mengawal paras gula dalam darah
 


2) Promo Vitalea For Children




17 Manfaat Vitalea For Children Shaklee

1) Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi daripada pemakanan harian
2) Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
3) Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
4) Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi

5) Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
6) Melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
7) Meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
8) Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
9) Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
10) Mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal
11) Mencegah penyakit beguk (tiroid)
12) Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia
13) Membantu memulihkan selera makan
14) Melancarkan proses pencernaan
15) Membantu meningkatkan kecerdasan minda
16) Membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
17) Membantu penyerapan zat daripada makanan


3) Promo Set YES Pack

Keterangan lanjut tentang YES Pack boleh klik di sini YES PACK

Jika berminat untuk order produk Shaklee, hubungi :
012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Ahli dan dapatkan produk Shaklee pada Harga Lebih Murah. Jimat sehingga 33%.

Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Sekitar Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sekitar Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Sekitar Putrajaya (weekdays).
Pendaftaran hanya RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tuesday, 3 November 2015

Bubur Asyura Utara

Bismillahirrahmanirrahim... 


Bubur Asyura Utara

Sedappp...first time makan bubur Asyura version Utara. Semalam ada kawan pejabat bawak. Mula-mula terbayang rasa bubur kacang hijau. Memang ada rasa-rasa bubur kacang hijau tapi version puding. Dalam tu ada macam-macam tau, ada kacang merah, kacang tanah, keledek dan pisang.

Ummu pernah rasa bubur asyura version Terengganu masa kat ofis lama..rasanya manis tapi macam ada rasa rempah2 sikit. Tak boleh nak telan. Tapi version utara ini memang sedap..macam makan puding jer rasanya. Makan 2 ketul jer pun dah kenyang sebab isinya ada macam-macam.

Sajer google resepi Bubur Asyura version utara ni..terjumpalah resepi ini..macam senang jer nak buat hehe..malas atau rajin jer sebab banyak yang kena rebus asing-asing terlebih dahulu sebelum dicampurkan untuk dijadikan bubur...juga kena kacau2 sampai pekat.

Kita save dulu resepi ini..nanti2 kot kalau terajin bolehlah cuba kann...? 

Kredit

BUBUR ASYURA UTARA...versi buat banyak
5 paket tepung beras
(1 pkt tepung = 500gm)
21/2 kg gula pasir
1 kg gula merah
5 tongkol jagung
1/2 kg kacang tanah- sangai
2kg keledek oren-rebus 1/2 masak
1 kg ubi kayu - rebus 1/2 masak
1 sikat pisang awak/pisang nipah
1/2 kg kacang hijau- rebus masak
2 kg santan ( tambah air biasa untuk dapat sukatan cecair yang diperlukan )
air untuk tambah dalam santan (anggaran ratio 1 tepung : 4 air termasuk air gula merah )
2 camca garam

Cara Memasak:
1. Masak gula merah dengan 1jug air.tapis untuk buang pasir2.

2. Bancuh tepung dengan anggaran  1:4 ..contohnya jika tepung disukat ....1 mangkuk tepung : 4 mangkuk air...

3. Masukkan dalam kuali besar & kacau hingga mendidih. Masa ni kena sabar kerana perlu dikacau tanpa henti.Memang agak lambat untuk mendidih tapi hasilnya bubur akan cantik.Kalau dikurangkan air memang waktu mengacaunya singkat tapi dikhuatiri tepungnya tidak masak sempurna dan bila sejuk kuih/bubur ni xakan lekang dengan cantik.

4. Bila mendidih baru masukkan gula & gula merah.

5. Kacau tanpa henti. Masa ni bubur akan meletup-letup menandakan sukatan airnya ok..Kalau bubur terus pekat tanpa meletu-letup maknanya perlu tambah air sikit demi sikit sambil terus kacau supaya tidak berketul...

6. Anggaran masa mengacaunya dalam 1 1/2 jam barulah dimasukkan semua jenis kekacang & ubi-ubi serta campuran lain

7. Terus mengacau lagi.Untuk  anggaran masa memasak adalah lebih kurang 2 1/2 hingga 3 jam

8. untuk mengetahui bubur sudah masak...akan terdapat lapisan selaput terbentuk dipermukaan bubur w/pun sedang dikacau..@ jika diceduk sesudu dan dibiarkan sejuk ia akan mengeras & lekang dari bekas..

9. Bila masak sendukkan dalam bekas yang besar dan lebar & tuang tidak terlalu nipis & tidak terlalu tebal...

10. Untuk adunan ini boleh  diisi dalam 8- 10 dulang yang bulat besar...

***Ubi,kacang & bahan alain adalah pilihan.Boleh tambah @ tukar jenis ubi & kacang contohnya kacang kuda..kacang merah...kacang ketupat & lain-lain. 
*** Jika hendak  buat sikit boleh lah agak-agak sukatan bahan lain.Tepung & air boleh sukat gunakan cawan untuk ratio 1:4  jika buat sikit...
*** Semua ini sekadar panduan..Boleh diubah suai ikut citarasa sendiri....
*** Jika dimasak dai dalam kawah  x perlu letak gula merah..gantikan dengan gula putih sepenuhnya & bubur akan menjadi warma purple muda kesan tindak balas kawah & pisang.

First time nak masak nanti nampaknya kena kurangkan sukatan..banyak sangat tuh kalau resepi kat atas. Try dulu sikit..dah sedap bolehlah buat banyak hihi.
 

Jika berminat untuk order produk Shaklee, hubungi :
012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Ahli dan dapatkan produk Shaklee pada Harga Lebih Murah. Jimat sehingga 33%.

Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Sekitar Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sekitar Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Sekitar Putrajaya (weekdays).
Pendaftaran hanya RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy