Tuesday, 3 November 2015

Bubur Asyura Utara

Bismillahirrahmanirrahim... 


Bubur Asyura Utara

Sedappp...first time makan bubur Asyura version Utara. Semalam ada kawan pejabat bawak. Mula-mula terbayang rasa bubur kacang hijau. Memang ada rasa-rasa bubur kacang hijau tapi version puding. Dalam tu ada macam-macam tau, ada kacang merah, kacang tanah, keledek dan pisang.

Ummu pernah rasa bubur asyura version Terengganu masa kat ofis lama..rasanya manis tapi macam ada rasa rempah2 sikit. Tak boleh nak telan. Tapi version utara ini memang sedap..macam makan puding jer rasanya. Makan 2 ketul jer pun dah kenyang sebab isinya ada macam-macam.

Sajer google resepi Bubur Asyura version utara ni..terjumpalah resepi ini..macam senang jer nak buat hehe..malas atau rajin jer sebab banyak yang kena rebus asing-asing terlebih dahulu sebelum dicampurkan untuk dijadikan bubur...juga kena kacau2 sampai pekat.

Kita save dulu resepi ini..nanti2 kot kalau terajin bolehlah cuba kann...? 

Kredit

BUBUR ASYURA UTARA...versi buat banyak
5 paket tepung beras
(1 pkt tepung = 500gm)
21/2 kg gula pasir
1 kg gula merah
5 tongkol jagung
1/2 kg kacang tanah- sangai
2kg keledek oren-rebus 1/2 masak
1 kg ubi kayu - rebus 1/2 masak
1 sikat pisang awak/pisang nipah
1/2 kg kacang hijau- rebus masak
2 kg santan ( tambah air biasa untuk dapat sukatan cecair yang diperlukan )
air untuk tambah dalam santan (anggaran ratio 1 tepung : 4 air termasuk air gula merah )
2 camca garam

Cara Memasak:
1. Masak gula merah dengan 1jug air.tapis untuk buang pasir2.

2. Bancuh tepung dengan anggaran  1:4 ..contohnya jika tepung disukat ....1 mangkuk tepung : 4 mangkuk air...

3. Masukkan dalam kuali besar & kacau hingga mendidih. Masa ni kena sabar kerana perlu dikacau tanpa henti.Memang agak lambat untuk mendidih tapi hasilnya bubur akan cantik.Kalau dikurangkan air memang waktu mengacaunya singkat tapi dikhuatiri tepungnya tidak masak sempurna dan bila sejuk kuih/bubur ni xakan lekang dengan cantik.

4. Bila mendidih baru masukkan gula & gula merah.

5. Kacau tanpa henti. Masa ni bubur akan meletup-letup menandakan sukatan airnya ok..Kalau bubur terus pekat tanpa meletu-letup maknanya perlu tambah air sikit demi sikit sambil terus kacau supaya tidak berketul...

6. Anggaran masa mengacaunya dalam 1 1/2 jam barulah dimasukkan semua jenis kekacang & ubi-ubi serta campuran lain

7. Terus mengacau lagi.Untuk  anggaran masa memasak adalah lebih kurang 2 1/2 hingga 3 jam

8. untuk mengetahui bubur sudah masak...akan terdapat lapisan selaput terbentuk dipermukaan bubur w/pun sedang dikacau..@ jika diceduk sesudu dan dibiarkan sejuk ia akan mengeras & lekang dari bekas..

9. Bila masak sendukkan dalam bekas yang besar dan lebar & tuang tidak terlalu nipis & tidak terlalu tebal...

10. Untuk adunan ini boleh  diisi dalam 8- 10 dulang yang bulat besar...

***Ubi,kacang & bahan alain adalah pilihan.Boleh tambah @ tukar jenis ubi & kacang contohnya kacang kuda..kacang merah...kacang ketupat & lain-lain. 
*** Jika hendak  buat sikit boleh lah agak-agak sukatan bahan lain.Tepung & air boleh sukat gunakan cawan untuk ratio 1:4  jika buat sikit...
*** Semua ini sekadar panduan..Boleh diubah suai ikut citarasa sendiri....
*** Jika dimasak dai dalam kawah  x perlu letak gula merah..gantikan dengan gula putih sepenuhnya & bubur akan menjadi warma purple muda kesan tindak balas kawah & pisang.

First time nak masak nanti nampaknya kena kurangkan sukatan..banyak sangat tuh kalau resepi kat atas. Try dulu sikit..dah sedap bolehlah buat banyak hihi.
 

Jika berminat untuk order produk Shaklee, hubungi :
012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Ahli dan dapatkan produk Shaklee pada Harga Lebih Murah. Jimat sehingga 33%.

Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Sekitar Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sekitar Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Sekitar Putrajaya (weekdays).
Pendaftaran hanya RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy