Tuesday, 26 April 2016

Petua Hilangkan Batuk Kanak-kanak Secara Semulajadi

Bismillahirrahmanirrahim... 

 Artikel ini menerangkan:
1)  Satu Petua Mudah Atasi Masalah Batuk Berkahak
2) Bagaimana Masalah Batuk Boleh Diatasi Dengan Mudah
3) Tahap Keberkesanan Masalah Batuk Berkahak Ini Boleh Diatasi




Semua orang pun ambil maklum hal ini iaitu cuaca sekarang tengah panas dan berjerebu. Jerebu ini baru je lagi muncul sejak minggu lepas di kawasan Semenanjung. Udara tidak berapa sihat ini memang senang lah untuk kita jatuh sakit. Kita ini bukan tertumpu pada orang dewasa sahaja tapi orang tua, kanak-kanak dan bayi juga. Demam, selsema dan batuklah yang paling kerap sekali berlaku.

Alhamdulillah, Irfan (6 tahun) dan Ikhwan (2 tahun lebih) sihat walafiat. Ada batuk tapi tak severe..tak teruk sangat . Batuk2 gatal cenggitu hihi. Bila diorang dah start jer batuk memang akak jaga2 lah diorang tu betul2 sebab bila dah start daripada batuk nanti selsema lah dan seterusnya demam. Alaaahaii...ini dah susah sikit dah nak jaga bila dah demam

Prevention is better than cure kan?..So memang awal-awal dah get ready prevent diorang demam walaupun ada baiknya untuk diorang demam untuk tingkatkan imunisasi badan tapi tak semuanya demam baik untuk tingkatkan sistem imun kann..kalau demam lama..demam suhu tinggi tak semestinya bawa kebaikan tapi..akan ada banyak masalah lain pula yang akan timbul contohnya batuk berkahak, nafas semput, sawan jika demam suhu terlalu tinggi dan lain-lain.

So, Ummu nak kongsikan apa yang Ummu buat bila Irfan dan Ikhwan dah start nak batuk. Kalau pun diorang dah batuk..Ummu still buat cara yang sama.

Petua Atasi Masalah Batuk Berkahak Kanak-Kanak Secara Semulajadi 

Mulut Ikhwan tengah kemam / nak kunyah Omega hihi

Petua untuk hilangkan batuk anak-anak kita tanpa ubat-ubatan adalah dengan mengamalkan Omega Guard Shaklee. Alhamdulillah berkesan. Alkisahnya, my anaks ni susah nau nak makan ubat..lagi la kalau sejenis cecair ni. Lebih banyak menyirami baju daripada tersiram kat dalam tekak huhu..memang agak bersilat nak masukkan ubat dalam mulut diorang. Tak dan sensorang ..kena berdua takpun bertiga untuk suruh diorang makan ubat huhu..

Tapi ada baiknya juga diorang ni susah nak makan ubat ..kalau tak..Ummu memang berharap kat ubat jer lah untuk diorang. Tiap kali batuk ..tiap kali tu lah sumbat ubat..tiap kali demam tiap kali tulah sumbat ubat lagi..agak-agaknya dalam tempoh 6 tahun (Irfan)..berapa banyak ubat dia dah makan? Kebaikannnya? sembuh cepat dengan ubat?

Sejak dah jadi Pengedar Shaklee..banyak ilmu-ilmu tentang vitamin ini yang Ummu belajar..sama ada melalui secret grup FB Shaklee, testimoni customer , pembacaan dan lain-lain. Salah satunya adalah info tentang Omega Guard yang membantu atasi masalah batuk berkahak ini. Apa gunanya ilmu jika tidak diamalkan kann..



Bagaimana Omega Guard Shaklee Bantu Atasi Masalah Batuk? 


Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak Omega-3 yang secara semulajadinya boleh meningkatkan sistem imunisasi dan menyihatkan paru-paru. Omega 3 ini bertindak mencairkan kahak dan mengurangkan keradangan. Hingus selsema juga boleh cepat kering. Oleh itu, ia sangat membantu bagi anak-anak yang ada masalah batuk berkahak/ bronkitis dan juga asma.
 

Kenapa perlu cairkan kahak akibat batuk?
Fungsi ubat batuk pun sama iaitu untuk mencairkan kahak..jadi apa salahnya mengamalkan vitamin/ supplemen untuk bantu atasi masalah batuk berkahak ini kan? 

3 Sebab Mengapa Perlu Cairkan Kahak Akibat Batuk:

1) Membantu anak tidur lebih lena pada waktu malam.
Selalunya anak kerap terjaga dari tidur pada waktu malam disebabkan batuk, sedap-sedap jer tidur tetiba boleh terbatuk2..dalam satu malam boleh 2-3 kali anak kita terbangun disebabkan batuk ini. Jika waktu tidur malam mereka terganggu, anak-anak ini akan kelihatan letih di siang hari dan emosi mereka juga akan terganggu. Kesian mereka kan..

2) Mengelak daripada jangkitan paru-paru
Kanak-kanak memang sukar untuk membuang kahak sendiri ketika batuk. Dengar jer diorang batuk bersungguh-sungguh sampai berair mata..mak pun bersungguh-sungguh jugakla suruh buang/ muntah/ keluarkan kahak tu..tapi keciwa huhu..diorang boleh pulak telan balik..aduuhaii..tak boleh nak marah..dorang tak reti.. nak buat macam mana..dah ajar dah..siap cakap ulat la kena buang la..tapi tak menjadi huhu..

So..apabila amalkan Omega Guard Shaklee..ia mencairkan kahak..ia lebih mudah untuk dikeluarkan daripada badan apabila kahak itu cair. Sama ada melalui muntah atau pembuangan najis. Dan...sekurang-kurangnya kahak yang telah cair itu tidak berkumpul di paru-paru anak-anak kita. Itu yang jadi bahaya kalau kahak itu berkumpul di paru-paru dan menyebabkan jangkitan virus.

3) Anak-anak sukar untuk bernafas 
Apabila kahak yang pekat dan tidak dikeluarkan dari badan..ia akan berkumpul berhampiran paru-paru..sebab itu kalau sudah melebihi 3 hari dan kita lihat nafas anak turun naik dan sukar untuk bernafas..maksudnya sudah banyak kahak berkumpul. Anak akan kelihatan penat jika mereka sukar untuk bernafas..tenaga mereka digunakan untuk lebih berusaha untuk bernafas. Jadi cepat-cepat pastikan atasi masalah batuk ini secepat mungkin tau.


Omega Guard Shaklee hanya boleh diambil oleh kanak-kanak berusia setahun ke atas. Bagi yang usia bawah setahun dan masih menyusu badan, ibu yang disarankan untuk mengambilnya.

Kalau nak tahu, Omega Guard Shaklee bukan sahaja baik untuk atasi masalah batuk berkahak, ianya merupakan supplement terbaik untuk otak anak menjadi lebih bijak. Omega Guard Shaklee mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk otak. Ia membantu meningkatkan keupayaan ingatan dan daya pembelajaran. Oleh itu ia sangat sesuai untuk dijadikan makanan tambahan bagi kanak-kanak yang sedang membesar.


Tahap Keberkesanan Omega Guard Shaklee Mengatasi Masalah Batuk Berkahak


Sepanjang pengalaman Ummu gunakan Omega Guard Shaklee untuk anak-anak sebagai pengganti ubat batuk ini, paling cepat dalam masa satu hari dah nampak kesannya..bagi makan hari ini..esoknya dah takde batuk2..tapi ada juga sampai seminggu bagi makan..barulah elok. Maksudnya tak berkesan lah tuh? Bukan tak berkesan tapi bergantung kepada keadaan yang menyumbang kepada lambatnya batuk tu nak sembuh. 

Macam mana nak pastikan ianya berkesan?
Pastikan anak-anak yang batuk ini minum air masak secukupnya. Tak semestinya kena minum air suam, air sejuk2 sikit (tanpa campur ais ketul) pun ok. Kita time musim panas, tekak bila dah haus mestilah nak pekena air sejuk2 untuk sejukkan tekak kan? Macam itu lah anak-anak kita ni.  

Makan pun sama, elakkan makanan bergoreng/ berminyak, makanan ringan dan makanan segera (fast food).   

Cuba kurangkan aktiviti di luar rumah terutamanya di shopping complex. Orang-orang yang kat shopping complex ini bukanlah terdiri dari golongan orang yang sihat walafiat walaupun sihat poket yer haha..(ehh??)...kadang2 diorang sesuka hati batuk menganga..cer tutup dengan tisu/ sapu tangan...tapi tak banyak orang nak buat cenggitu kan. So, duduk rumah atau keluar ke tempat yang kurang pencemaran udara atau tempat yang kurang kebarangkaliannya untuk dapat jangkitan penyakit melalui sebaran udara.

Omega Guard Shaklee adalah supplemen, ia adalah dari bahan natural, halal, ada kajian klinikal..Ia adalah salah satu cara yang kita boleh pilih untuk gantikan ubat. Kalau makan ubat batuk pun..kalau seminggu tak elok..bila fikir balik seminggu hirup ubat batuk huhu..kesian anak kita. At least kita dah bagi anak-anak ini makan makanan yang baik2 sebagai alternatif. Ibu-ibu lain pun ada cara masing-masing kan..yang mana elok, baik dan anda tahu info sedalam-dalamnya apa yang anda buat..bolehlah terusnya. Bukan mengikut nya jer orang lain buat kita pun buat tau..kena banyakkan membaca juga tau.

Okey..panjang nau pulak entry kali ni..hihi..2 hari nak siapkan post ini..melampau kan..tu lah lama nak tenguk 'rumah' ini..

Jika berminat untuk order Omega Guard Shaklee, boleh lah klik link ini: OMEGA GUARD

  
 
Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :
012-222 9578 (sms/whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy