Thursday, 8 September 2016

20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan Susu Ibu

Bismillahirrahmanirrahim... 





~Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008..
 
1)      Penyusuan PERTAMA seelok2nya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan, untuk merangsang penghasilan dan pengeluaran

2)      Sebelum menyusukan bayi,ibu haruslah melembutkan payudara dgn meletakkan TUALA HANGAT pada payudara

3)      Susu badan mengandungi 87.5 peratus air.Oleh itu,banyakkan MINUM AIR sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari. (minum sehari2-3liter..plain water tau...bukan air yang berwarna atau bergas...)

4)      Semakin KERAP ibu MENYUSUKAN bayinya, semakin banyak susu dihasilkan. (konsep supply on demand...umpama air dalam telaga....takkan kering...kalau duduk di rumah boleh direct feeding..tapi kalau kerja..kenelah kerap pam..jangan tunggu breast bengkak baru nak pam..salah tu yer)

5)      Ibu yg menyusukan secara eksklusif akan kerap LAPAR (sebab tu ibu2 perlu lebih kalori dari biasa..dan makan lebih dari ibu2 normal...tapi bukan kata boleh melantak yer... the key is kerap..kerap makan..tapi sederhana)

6)      Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan MAKAN apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya. Ibu harus mengawal mengambilan kafein, gula kerana ia mudah meresap di dalam tubuh

7)      Ibu2 digalakkan kerap menyusukan anak WAKTU MALAM kerana tahap prolaktin tinggi (boleh buat power pumping sekali sehari sebelum tidur)

8)      Ibu hendaklah berhati hati semasa MENCUCI payudara. Elakkan daripada  menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting

9)      Mencuci payudara dengan AIR SUAM adalah terbaik

10)   Payudara yg penuh dan tidak diperah akan menyebabkan BENGKAK dan rasa tidak selesa

11)   Bayi yg minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi ANTIBODI yang berupaya melawan penyakit

12)   VitaminA, B komplex, C dan Asid folik antara vitamin PENTING perlu semasa menyusukan bayi (ambil multivitamin dan supplemen yang tidak mengandungi pewarna atau perisa tambahan)

13)   Susu ibu lebih MUDAH DIHADAM berbanding susu formula

14)   Menyusukan bayi dgn susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke BENTUK ASAL dengan lebih cepat (6 bulan pertama..jangan rush nak diet...makan ikut keperluan...insyaAllah)

15)   Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan OTAK dan kognitif bayi

16)   Hormon oxytocin yg terkandung dlm susu ibu membantu MENGECUTKAN RAHIM 

17)   80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi untuk MEMBUNUH bakteria,fungus dan virus

18)   Menyusukan bayi dgn susu ibu mengurangkan risiko OBESITI di kalangan kanak kanak (bayi tak obes..tapi montel dan montok dgn baby fat)

19)   Susu ibu menyediakan NISBAH kandungan lemak, karbohidrat, dan protein yg tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka

20)   Ibu yg menyusu tidak boleh mengambil UBAT-UBATAN tanpa nasihat doktor

Saya harapkan info ini akan menjadi perkongsian yang baik buat ibu2 menyusu. Teruskan USAHA anda kerana hanya Tuhan yang mengetahui betapa besarnya pengorbanan anda.


Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :
012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, boleh jumpa di pick up point:
1) Masjid Uniten , Bangi 
2) Caltex, Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy