Wednesday, 14 September 2016

Kenapa Pentingnya Jadual Mengepam?

Bismillahirrahmanirrahim... 




Hai ibu-ibu menyusu! Dah berapa kali MENGEPAM hari ini?

Ada missed sesi mengepam? Sekali sekala tak mengapa...tapi jangan selalu tau..nanti kesannya susu akan terus merundum. Nanti nak catch up balik untuk banyakkan susu akan mengambil masa semula. 

Tugas mengepam susu ni antara perkara rutin bagi ibu-ibu yang bekerja.

Tahukah anda bahawa jadual mengepam susu secara konsisten membantu ibu mengekalkan pengeluaran susu?


Bayangkan anda meninggalkan anak selama lapan jam sehari ketika keluar bekerja namun hanya mengepam sekali atau dua kali, tentu sahaja penghasilan susu akan semakin berkurangan.

Untuk mengekalkan momentum susu agar sentiasa dihasilkan, ibu perlu menghantar isyarat ke otak. Ia boleh dilakukan menggunakan kaedah jadual mengepam yang konsisten. Ibu jangan sesekali culas dengan jadual tersebut. Disiplin itu penting!

Selang masa mengepam adalah mengikut jarak masa bayi menyusu. Di awal usianya dua bulan, biasanya bayi menyusu dalam tempoh dua jam sekali dan semakin meningkat mengikut peningkatan usianya.

Jadi, ibu boleh tetapkan masa mengepam yang sama setiap hari supaya otak terbiasa menghantar isyarat penghasilan susu dan ibu juga tidak terlupa dengan masa mengepam.

Contoh sesi mengepam yang disarankan adalah seperti berikut:

Sesi 1 : 9 pagi

Sesi 2: 12 tengahari

Sesi 3: 3 petang

Sesi 4: 6 petang

Info penting yang mesti diketahui ibu, jangan percaya kata-kata kononnya tunggu sehingga payu dara bengkak baru boleh mengepam. Tidak kira sama ada payu dara anda bengkak atau tidak, ibu wajib pam susu!

Ini ialah cara ibu merangsang kilang susu supaya sentiasa aktif. Walaupun payu dara tidak bengkak, susu akan tetap keluar juga. Jangan risau walaupun susu yang dipam sekadar 1 auns kerana percayalah hasil yang diperoleh tetap cukup untuk keperluan anak anda.


Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :
012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, boleh jumpa di pick up point:
1) Masjid Uniten , Bangi 
2) Caltex, Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy