Friday, 3 March 2017

5 Perkara Salah Faham Tentang Susu Badan Tak Cukup


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..





Selalu kak Ummu dengar ibu-ibu mengadu tentang ini..susu badan tak cukup..dah pam tapi sikit jer. Kak Ummu selalunya bagi jawapan positif dan bagi kata-kata semangat. Sambil-sambil tu bagi juga tips nak banyakkan susu macam mana..tanya macam mana pemakanan, cara pam dan lain-lain.

Rasa rugi kalau tak dapat susukan anak dengan susu ibu. Tapi..terpulang lah kalau kawan kita tu nak teruskan susu ibu atau tak kann..

Dalam banyak-banyak perkara yang diadukan..ada juga kata-kata mereka yang perlu diperbetulkan. So..kita sama-sama kongsi ilmu ini ya.

Jom kita tengok satu persatu.


1. Payudara kecil atau lembik

Ibu-ibu yang ada payudara kecil, jangan risau kalau susu untuk baby tak cukup. Saiz payudara bukan penentu banyak atau sedikit susu ibu. Ada juga kenalan kak Ummu yang badannya besar dan payudara juga besar tetapi susu badan tak berapa nak meriah..yang mana akhirnya top up dengan susu formula.

Lagi satu, berdasarkan pengalaman kak Ummu..kadang-kadang rasa macam payudara bila pegang macam lembik...rasa macam tak banyak susu..tapi bila baby nak juga breastfeed..bila try bagi ehh??..Ada jer susu sebab nampak kat tepi mulut baby ada sikit2 tumpah susu.

Sebenarnya..cara dan amalan pemakanan kita yang perlu dijaga untuk pastikan  susu badan kita sentiasa mencukupi. Saiz payudara bukan penentu jumlah susu ibu taw ;)

2. Tidak ada rasa engorgement atau bengkak susu

Kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin akan melalui pengalaman bengkak susu. Payudara bengkak menandakan susu itu ada..cuma tidak dapat disalurkan keluar.

Tetapi, selepas beberapa bulan..jarang untuk melalui pengalaman yang sama iaitu bengkak susu lagi terutamnaya bagi ibu-ibu yang direct breastfeeding. Ini kerana bayi berupaya untuk mengosongkan payudara. Tapi tak bermakna susu ibu sudah tidak cukup jika tak lagi rasa bengkak susu.

Susu ibu akan mencukupi buat si manja mengikut permintaan dan umur bayi ketika itu. So..jangan jangan risau okeh !

3.Susu tiada bila diperah (guna tangan atau pam)


Sebenarnya, jumlah susu badan yang dapat diperah/dipam tidak menggambarkan jumlah susu anda. Ini kerana ada perbezaan hasil perahan sama ada perahan menggunakan tangan atau menggunakan pam susu. Jenis-jenis pam susu juga salah satu faktor yang boleh menghasilkan susu perahan banyak atau sedikit.

Kak Ummu kalau guna pam susu manual susu perahan tak dapat banyak sangat..tapi kalau guna pam elektrik..hasil perahan boleh katakan dua kali ganda berbeza tau

So..kawan-kawan mungkin boleh periksa atau buat sikit kajian tentang jenis pam yang sesuai dengan diri sendiri, teknik-teknik mengepam, keadaan anda ketika mengepam (cara duduk dsb). Susu anda mungkin sebenarnya banyak tapi disebabkan perkara-perkara di atas, susu perahan anda jadi sikit. Tak boleh la nak kata susu anda tak cukup tau :)
 

4. Ibu tidak mengalami  'susu meleleh'

Kalau dah start bekerja, susu yang dipam memang akan dapat sikit kurang daripada macam biasa kita pam masa cuti bersalin 2-3 bulan tu. Pengalaman Kak Ummu, hanya mengalami susu meleleh ini kalau jadi bengkak susu..terskip pam susu atau baby kurang menyusu masa malam tadi. Masa berpantang selalulah rasa susu meleleh ni kalau baby tidur lama sangat dan kita pun tak pam susu.

Walaupun susu dah tak meleleh, tak semestinya susu badan kita tak cukup untuk baby. Susu yang dihasilkan adalah berdasarkan permintaan. Badan kita bijak mengeluarkan kuantiti susu yang diperlukan oleh baby. Susu yang dipam semasa bekerja sebenarnya masih cukup mengikut kepeluan baby. Tak semestinya tiada susu meleleh maksudnya susu jadi tak cukup taw..
 
Lagi satu, untuk makluman susu meleleh ni disebabkan oleh tindakan otot pada puting susu. Setiap ibu mempunyai keupayaan otot yang berbeza, jadi tahap 'kebocoran' juga tidak sama antara satu sama lain.

5. Tidak mengalami let-down reflex

Let down reflex ialah bila puting tiba2 mengeluarkan susu, dan membuatkan si ibu berasa seperti dicucuk2 di bahagian payudaranya.

Kalau baby dah besar dalam 1 ke 1 tahun lebih, ikutkan pengalaman kak Ummu, rasa let down reflex ni jarang berlaku. Tapi masa mula-mula masuk kerja selepas cuti bersalin..tengok je gambar anak..akan rasa let down reflex ni.

Lama-lama bila dah takde rasa ini..tak semestinya susu dah tak boleh keluar lagi tau..Kak Ummu dulu walaupun tak rasa..teruskan jer mengepam setiap hari ikut jadual macam biasa. Akhirnya dapat juga menyusukan kedua-dua anak sehingga 2 tahun lebih. Alhamdulillah..

Salah faham tentang penyusuan susu ibu ini boleh menyebabkan ibu-ibu buat keputusan untuk bertukar kepada susu formula. Semoga dengan perkongsian ini boleh membantu ibu-ibu di luar sana berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sehingga 2 tahun..In Sha Allah..


Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :
012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, boleh jumpa di pick up point:
1) Masjid Uniten , Bangi 
2) Stesyen Minyak Caltex, Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy