Monday, 6 March 2017

7 Persediaan Penyusuan Sebelum Bersalin

Bismillahirrahmanirrahim... 





Ibu-ibu hamil / mengandung adakah sudah bersedia untuk penyusuan susu ibu selepas bersalin nanti?

Penting tau gali ilmu sebanyak mungkin tentang penyusuan susu ibu semasa tengah mengandung. Masa Kak Ummu mengandung anak pertama, kak Ummu hanya sibuk baca ilmu-ilmu tentang mengandung jer..nak tahu pertumbuhan baby dalam kandungan, makanan apa yang elok, surah apa kena baca dsb. Tapi ilmu-ilmu penyusuan susu ibu, kak Ummu tak banyak sangat baca walau pun memang dah niat dari awal nak susukan dengan susu ibu sama macam ibu kak Ummu.

Ibu kak Ummu susukan dengan susu ibu semua anak-anaknya 7 orang. Kak Ummu ingat senang jer nak susukan anak sebab ibu kak Ummu pun ada pengalaman, so kalau ada benda tak tahu boleh tanya je kan...

Tapi...agak kelam kabut sebenarnya..tak semudah dan tak sesenang yang disangka. Sebabnya baby pun lain-lain ragam, body kita pun lain, pengeluaran susu ibu pun lain. Jadi, nasihat kak Ummu, silalah gali ilmu penyusuan susu ibu tau.

Di bawah kak Ummu senaraikan 7 persediaan menyusu sebelum bersalin yang penting untuk ibu-ibu hamil ambil tahu.

1. Perkakasan Penyusuan Susu Ibu

Ini yang paling penting kalau nak menyusukan susu ibu. Belajar dari pengalaman kak Ummu ni..Al kasihnya, anak kak Ummu yang pertama tak dapat nak direct feed dan susu pun susah nak keluar sampai kena bengkak susu. Masa ni, pam susu belum ada kat tangan..dah order tapi belum sampai. Alhamdulillah, penjual itu kata boleh tukar order sebab dia pun belum delivery (item pending dari oversea), so dia cod terus pam lain. Akhirnya, dapat juga pam susu.

Jadi, sediakan lah pam susu seawal mungkin walaupun anda hanyalah suri rumah. Terutamanya yang baru pertama kali hamil sebab tak tahu anak nanti macam mana kan. Pastikan juga apa-apa yang berkait dengan pam susu kena lah sediakan juga contohnya botol / palastik perahan, pencuci botol susu, berus botol susu dll.

2. Bersihkan puting semasa hamil

Checklist yang ini kak Ummu buat masa mengandung anak kedua. Alhamdulillah, serba sedikit membantu juga untuk susu ibu keluar selepas bersalin.

Ibu-ibu boleh mula bersihkan puting payudara semasa trimester akhir kehamilan. Kadang-kadang kita tak perasaan ada susu mengalir sebab ia terlalu sedikit. Jika tidak dibersihkan kerak dan kotoran akan menyekat pengaliran keluar susu ibu. Selain itu, kerak ini boleh menyebabkan luka pada puting apabila dihisap bayi.

Cara untuk bersihkan puting:
- Gunakan cotton bud dan celup sedikit minyak bayi
- Gosok-gosokkan pada permukaan puting. Perlahan-lahan jer tau, sebab semasa ini puting kita agak sensitif
- Biarkan seketika dan kemudian sapu dengan kapas lembap
- Tidak perlu dibasuh sabun

3. Bantuan kecemasan

Siap sedia dengan apa-apa masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu selepas bersalin. Apa yang kak Ummu boleh kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman kak Ummu dan juga customer-customer yang beli vitamin Shaklee dari kak Ummu.

Antaranya:
1- Bengkak susu- sediakan kubis atau paling mudah adalah Lecitin Shaklee

2- Puting melecet atau merekah - sediakan krim organik atau paling mudah Vitamin E Shaklee
 
3. Susu Tiada - amalkan makanan yang boleh galakkan susu ibu, pastikan tiada kesan bahaya pada bayi atau boleh cuba ESP, Alfafa dan Ostematrix. Pengalaman kak Ummu yang pernah susu drop akibat makan ubat dari doktor, 3 jenis supplemen ini sangat membantu dan disertai langkah-langkah tertentu yang kak Ummu sedia untuk berkongsi.
 

4. Pakaian Mesra Menyusu

Persediaan awal pakaian yang sesuai juga amat penting untuk membantu melancarkan proses penyusuan. Antara yang wajib dimiliki ibu yang menyusukan ialah sekurang-kurangnya dua helai coli menyusu, pad payudara dan pakaian yang boleh dibuka pada bahagian hadapan seperti pijama atau blaus berbutang di hadapan. Kini banyak di pasaran baju khas untuk ibu yang menyusu yang lebih praktikal dipakai selepas bersalin kelak.

5. Hospital rakan bayi

Seboleh-bolehnya pilih untuk bersalin di hospital rakan bayi. Sekiranya anda bakal bersalin di hospital biasa, pastikan anda mencatat dalam pelan kelahiran anda yang anda akan menyusukan bayi secara eksklusif dan tidak mahu disusui dengan puting tiruan atau susu formula. 

Penggunaan cawan kecil dan syringe untuk memberi susu perahan dibolehkan sekiranya wujud keadaan anda tidak boleh menyusukan secara eksklusif. Hal ini penting untuk mengelakkan masalah keliru puting pada bayi baru lahir. Berbincang dengan doktor tentang pelan anda dan ia berjalan seperti yang dirancang!
 

6. Sokongan rakan-rakan atau saudara mara

Mulalah bertanya-tanya dengan kawan-kawan yang ada pengalaman penyusuan susu ibu. Dapatkan tip-tips dan dengar pengalaman kawan yang bercerita. Walaupun anda sudah banyak membaca, pengalaman yang kawan anda alami mungkin akan sama dengan masalah yang anda hadapi. Jadi, senang untuk berkongsi cerita dan selesaikan masalah dengan seberapa segera kan..  

Kalau anda ada membeli supplemen daripada pengedar Shaklee, dapatkan juga tips-tips dari pengedar. Cari pengedar yang mudah untuk anda bertanya jika ada masalah penyusuan nanti. Ini adalah tanggungjawab pengedar sebab itu kalau ada yang message kak Ummu tanya itu ini, kak Ummu suruh orang itu tanya dengan pengedar yang dia beli dulu. Ini untuk mengelakkan dari isu lepas tangan atau pengedar yang kejar keuntungan semata-mata.

Customer yang beli dari kak Ummu, in sha Allah kak Ummu guide dan bagi tip-tip penyusuan. Ada beberapa customer yang terus join ahli masa mula-mula beli set vitamin dari kak Ummu dan kak Ummu pun senang nak guide dan masukkan ke dalam secret group.
 

7. Usahakan bersalin tanpa indius

Ini adalah ilmu baru yang Ummu boleh kongsikan.  Menurut buku The Thinking Woman's Guide to a Better Birth karya Henci Goer, penyaluran ubat-ubatan dan cecair melalui alat saluran intravena (IV) semasa proses indius  bagi mencetuskan kontraksi dan bukaan rahim ibu akan menyebabkan payudara membengkak yang menyakitkan dan menyukarkan penyusuan pada peringkat awal selepas bersalin.

Jadi, sebaik-baiknya bersalinlah secara normal tanpa induce kerana ia memudahkan proses penyusuan yang bakal berlangsung kelak.

 
Anda mungkin berminat:

8 Tip Atasi Bengkak Susu/ Clogged Duct

Petua Merawat Puting Melecet Ketika Menyusu 

Set Menyusu Shaklee - Penyusuan Susu Ibu Sehingga Dua Tahun


Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :
012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, boleh jumpa di pick up point:
1) Masjid Uniten , Bangi 
2) Stesyen Minyak Caltex, Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy