Monday, 13 March 2017

Ketahui 5 Suhu Yang Betul Untuk Simpan Susu Ibu Yang Diperah

Bismillahirrahmanirrahim... 

Kredit:PAMA

 
Ketahui cara menyimpan EBM

 

Tips ini kak Ummu nak kongsikan bagi ibu-ibu menyusu yang bekerja sama macam kak Ummu. Kenapa? Kebanyakan yang buat stok susu ini adalah ibu-ibu yang bekerja. Kalau surirumah jarang lah nak buat stok sebab  boleh direct feeding. 

Jadi, penting untuk ibu-ibu tahu cara nak simpan susu ibu yang diperah yang dipanggil Susu Ibu Perahan (SIP) atau Express Breast Milk (EBM) bagi memastikan susu yang diperah tidak basi atau rosak. EBM mempunyai tempoh masa tertentu untuk disimpan di bawah suhu-suhu tertentu, contoh kalau simpan di dalam peti ais pintu satu, tempoh ianya masih elok untuk diminum berbeza dengan yang disimpan di dalam peti ais pintu dua.

Jom kita tengok :)

1. Suhu bilik (25°C hingga 37°C)

Susu ibu perahan yang disimpan pada suhu ini hanya bertahan sehingga empat jam sahaja. Anda perlu memastikan keadaan persekitaran susu ibu perahan disimpan adalah bersih.

2. Bilik berhawa dingin (15°C hingga 25°C)

Susu ibu hanya boleh disimpan maksimum lapan jam sahaja di sini. Anda mestilah memastikan botol susu atau plastik yang digunakan disimpan dalam suhu yang sentiasa sejuk. Sebaiknya bungkus bekas penyimpanan susu ibu dengan tuala sejuk bagi mengekalkan ia sentiasa sejuk.

3. Peti sejuk suhu kurang daripada -4°C

Susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk bersuhu ini bertahan optimum lapan hari di dalam keadaan yang sangat bersih. Simpan susu di bahagian paling belakang peti sejuk kerana suhunya lebih sejuk.

4. Peti ais suhu kurang daripada -4°C

Susu ibu perahan boleh tahan selama dua minggu jika disimpan dalam peti sejuk satu pintu dan tiga bulan dalam peti sejuk dua pintu.

Simpan susu ibu perahan pada suhu -18°C adalah selamat daripada pencemaran bakteria walaupun proses enzimatik yang terkandung di dalam makanan mungkin tidak boleh dihapuskan.

5. Peti sejuk beku (Deep freezer)

Susu ibu perahan boleh disimpan selama enam bulan dalam peti sejuk jenis ini. Anda cuma perlu memastikan suhu peti sejuk beku ini sentiasa kekal di bawah 20°C sepanjang masa.

Sekiranya anda melakukan proses menyahbeku peti ais, susu yang disimpan mampu bertahan sehingga 24 jam sahaja dan ia tidak boleh dibekukan semula. Jangan sesekali memandang remeh tentang perkara ini jika anda benar-benar mahu memberikan yang terbaik kepada Si Manja.

Nak lagi banyak tips-tips penyusuan?
In Sha Allah kak Ummu akan dikongsikan dalam blog ini..tapi kalau yang dah beli Set Menyusu daripada kak Ummu, ofkos dapat macam-macam lagi tips dan ilmu..in sha Allah :)


Anda mungkin berminat:


20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan Susu Ibu

5 Soalan Tentang Penyusuan Yang Mencabar

Petua Merawat Puting Melecet Ketika Menyusu





Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :
012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, boleh jumpa di pick up point:
1) Masjid Uniten , Bangi 
2) Stesyen Minyak Caltex, Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy