Friday, 24 March 2017

Pengalaman Menggunakan Set Menyusu Shaklee


Bismillahirrahmanirrahim... 

Semoga ceria hari ini yer ibu-ibu semua. Hari ini Kak Ummu nak kongsikan macam mana pengalaman menggunakan Set Menyusu Shaklee. Alhamdulillah Kak ummu dapat menyusukan dengan susu ibu kedua-dua anak lelaki sehingga umur mereka 2 tahun dengan menggunakan set menyusu shaklee.
 
Pengalaman Menggunakan Set Menyusu Shaklee


Kak Ummu nak kongsikan pengalaman ini supaya mommies to be atau ada ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusukan anak akan datang dengan susu ibu boleh cuba set menyusu shaklee ini.

Mula-mula kak Ummu consume Shaklee bermula dengan set berpantang & milkbooster iaitu Vitalea, B Complex , Vitamin C, Alfafa dan Zinc. Terjebak menggunakan Full Set Menyusu Shaklee apabila tiba-tiba susu merudum selepas makan ubat dari doktor. Hati-hati tau mommies semua..sebelum makan ubat tu, kena google atau tanya-tanya orang lain yang pernah makan ubat itu sama ada mengganggu tak pengeluaran susu ibu.  

Pada mulanya doktor tu kata tak ganggu pun susu ibu tapi malangnya..susu merudum terus lepas sekali makan ubat tu. Jadi, kak Ummu contact dengan pengedar kak Ummu dan bagitahu masalah yang berlaku. Sebelum makan ubat itu, Kak Ummu boleh dapat 20 oz sekali pam..tapi selepas itu nak dapat 1oz pun susah.

Pengedar Shaklee itu pun cadangkan untuk tambah ESP untuk baik pulih semula pengeluaran susu. Masa ini, kak Ummu belum berdaftar sebagai ahli shaklee lagi. Jadi kak Ummu belilah ESP dan konsisten minum sambil makan juga Alfafa sebagai milkbooster. Vitamin-vitamin lain untuk berpantang kak Ummu konsisten juga makan. Semua vitamin yang Kak ummu makan ini adalah Fullset Menyusu Shaklee. Kenapa set ini? Sebab pengambilan nutrien dan vitamin mineral yang mencukupi untuk tubuh badan amatlah penting bagi memastikan tubuh badan kita dapat berfungsi dengan lebih cekap.
 
Set Milkbooster ESP & Alfafa




Alhamdulillah..dalam masa 7 hari susu yang dipam semakin lama semakin meriah. Semasa susu tengah merudum dan nak kembali banyak, susu yang kak Ummu pam cukup-cukup untuk baby tanpa gantikan dengan susu formula. Susu formula dah stand by time ni, takut-takut baby lapar tak cukup susu. Tapi langsung tak guna pun susu formula tu. Selepas konsisten amalkan set menyusu Shaklee, kak Ummu dapat buat stok semula dan kak Ummu perasan yang EBM juga pekat. Bila susu pekat, baby minum sikit jer pun dah kenyang. Sampaikan tukang urut bila nampak EBM tu dia ingat susu formula eheh..sedangkan susu tu lah yang ummu pam.
 
Bengkak Susu Semasa Ikhwan Umur 6 bulan


Gambar EBM di atas guna pam manual Avent. Tiba-tiba masa cuti hari sabtu kena bengkak susu. Nasib baik ada spare pam di rumah sebab pam Medela tinggalkan di ofis. Masa ni Ikhwan dah berumur 6 bulan pun masih terkena bengkak susu. Alhamdulillah rezeki banyak hasil gunakan set menyusu shaklee. EBM ni bolehlah buat tambahkan stok susu kan.
EBM Kena Buang


Gambar-gambar EBM di atas ni pulak adalah ebm yang kena buang huhu. Sayang nak buang tapi dah tak cukup tempat untuk simpan dan ada yang dah expired. Ummu pakai fridge 2 pintu, so ebm boleh tahan hingga 3 bulan sahaja. So, susu-susu ini tak sempat nak diminum dan ada yang belum expired terpaksa buang juga sebab nak letak ebm yang lebih baru.

Penangan set menyusu shaklee ni lah yang menyebabkan peti ais rumah penuh dengan ebm sahaja. Takde ruang nak simpan ayam daging ker, beli terus masak jer. Bukan itu jer tau, terpaksa tumpang simpan kat peti ais di rumah ibu. Kalau tak, banyak lagi la kena buang.

Set Menyusu Shaklee

Ini lah set menyusu shaklee yang membantu kak ummu fully breastfeeding Irfan dan Ikhwan. Sangat berbaloi beli set ini kerana membantu bukan sahaja banyakkan susu semata-mata tapi baby juga lebih sihat dan kulit mereka cantik dan gebu.  Kalau kena gigit nyamuk pun takdelah tinggalkan parut.

Kak Ummu pun dapat kebaikan daripada set ini juga tau. Kulit jadi lebih glowing dan parut-parut jerawat semakin pudar. Kesihatan pun jadi lebih baik sebab dah jarang kena selsema atau demam. Kalau kat ofis ada yang selsema atau batuk2, susah lah nak berjangkit kat kita sebab set menyusu shaklee ni tingkatkan sistem imun kita daripada senang terkena jangkitan penyakit.

Secara keseluruhannya, set menyusu shaklee ni boleh banyakkan susu, tingkatkan kesihatan baby dan ibu, membantu menjaga kecantikan luaran ibu dan lain-lain.



Ada yang masih ragu-ragu dan tercari-cari SET MENYUSU yang sesuai, kak Ummu HIGHLY RECOMMENDED cuba sendiri dan alami pengalaman sendiri dengan SHAKLEE . Kak Ummu akan guide cara ambil vitamin yang betul dan kongsikan tips-tips penyusuan secara ekslusif. Whatsapp 012-222 9578 untuk konsultan segera.


Anda mungkin berminat:

Cara Atasi Masalah Keputihan

Bagaimana Vitamin C Boleh Cerahkan Kulit?

Petua Merawat Puting Melecet Ketika Menyusu





Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :
012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, boleh jumpa di pick up point:
1) Masjid Uniten , Bangi 
2) Stesyen Minyak Caltex, Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy