Thursday, 6 April 2017

5 Tanda Bayi Anda Mendapat Susu Ibu Yang Cukup

Bismillahirrahmanirrahim... 


Tanda-tanda bayi cukup susu


 5 Tanda Bayi Mendapat Susu Ibu Yang Cukup 

Kebanyakan ibu-ibu yang baru mendapat cahaya mata akan berasa kurang pasti sama ada bayi yang disusukannya mendapat susu yang mencukupi atau tidak. Bagi ibu yang berpengalaman mungkin tiada masalah untuk mengenalpastinya. 

Setiap kali menangis, ibu beri sahaja susu badan. Akibat terlalu kenyang, si kecil muntahkan semula susunya walaupun mulut tetap menyusu bila disuakan.

Jadi, ibu perlu tahu apa tanda yang boleh menunjukkan si manja sudah cukup minum susu dan rengekan manjanya bukan kerana hendakkan susu.

Tanda 1: Payudara terasa lembut selepas sesi penyusuan

Ini adalah kerana baby anda telah mengosongkannya. Ada perbezaan pada payudara sebelum dan selepas menyusukan baby. Tidak mengalami bengkak susu bukan menandakan susu anda tiada. Susu anda adalah mencukupi kerana bayi baru lahir, saiz perutnya adalah sangat kecil iaitu sebesar sebiji buah ceri. Lama-kelamaan susu anda akan bertambah mengikut pertambahan umur bayi.

Tanda 2: Kerap tukar lampin basah

Semasa awal kelahiran, kadar tukaran lampin mungkin 2-3 kali sehari. Tetapi selepas itu, kadar tukaran lampin basah meningkat sekurang-kurangnya 6-8 kali sehari. Ini kerana baby pun dah kerap menyusu dan saiz perut mereka sudah membesar. Kena pastikan yang urin bayi adalah berwarna jernih dan tidak berbau.

Tanda 3: Ketahui najis bayi yang cukup susu

Najis bayi boleh menunjukkan tahap kesihatan bayi. Pada awalnya najis bayi berwarna kuning gelap atau gelap. Selepas 5 hari ia akan bertukar menjadi semakin cerah dan kekuningan. Bagi bayi yang berumur kurang dari 8 minggu, biasanya akan membuang najis antara 2-5 kali sehari. Semakin bertambah umur, ia akan jadi semakin kurang membuang.


Tanda 4: Berat bayi bertambah

Selepas kelahiran, baerat badan bayi akan menyusut sebanyak 5-9% daripada berat asal semasa dilahirkan. Namun, selepas dua minggu berat badan bayi akan bertambah semula. Jika menimbang bayi pada hari ke-10 -ke 14, berat bayi akan bertambah lebih kurang sama dengan berat semasa kelahiran.

Tanda 5: Bayi tidur lena dan kelihatan cergas

Bayi yang minum susu ibu secukupnya akan dapat tidur dengan lena dan apabila bangun bayi akan kelihatan cergas. 
Kulit bayi juga kelihatan tegang dan akan memantul jika dicubit.

Jika ada ibu yang mengalami masalah susu merudum, perlulah mencari alternatif untuk banyakkan susu semula. Salah satu punca susu sedikit adalah disebabkan kekurangan nutrien di dalam badan yang menyebabkan badan tidak dapat mengoptimumkan fungsi. 

Antara alternatif yang boleh diambil adalah pengambilan supplemen semulajadi seperti Shaklee. Kak ummu juga pernah mengalami susu merudum dan berjaya banyakkan susu semula dengan mengamalkan Set Menyusu Shaklee.

Ambil langkah segera agar kita tidak berasa menyesal dengan keputusan memberhentikan penyusuan. Kak Ummu sedia berkongsi special guide dan tips bagaimana nak banyakkan susu.

Hubungi whatsapp 012.222 9578 supaya mudah untuk kita berkongsi ilmu :) 


Anda Mungkin Berminat: 

Cara Untuk Mula Berniaga Shaklee

12 Punca Kerap Rasa Mengantuk dan Cara Mengatasinya

Minuman Isotonik Tanpa Gas dan Kurang Gula



 


Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :

012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, boleh jumpa di pick up point:
1) Masjid Uniten , Bangi 
2) Stesyen Minyak Caltex, Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy