Wednesday, 5 April 2017

5 Teknik Menyusukan Bayi Selepas Pembedahan Ceasarean

Bismillahirrahmanirrahim

 
Bagaimana nak menyusukan bayi selepas czer?

Bolehkah menyusukan bayi jika bersalin secara Ceasarean (Czer)?
Jika ada komplikasi mungkin akan ada sikit penangguhan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Walau bagaimana pun, biasanya dengan penggunaan ubat bius epidural, ibu boleh memangku anak dan menyusukannya lebih cepat berbanding jika ibu disuntik ubat bius seluruh badan (general anesthesia).

Kak Ummu pernah mengalami pengalaman menyusukan bayi selepas bersalin czer. Alhamdulillah, tiada komplikasi selepas pembedahan. Selepas baby dibersihkan, jururawat terus meletakkan bayi ke atas dada kak Ummu dan suruh untuk menyusukan bayi walaupun masa tu masih berada di bilik pembedahan. Bagi kak Ummu ada sedikit perbezaan cara menyusukan bayi berbanding jika bersalin secara normal. 

Mungkin ada ibu-ibu yang rasa susah dan mencabar jika bersalin czer tapi in sha Allah jika ada info dan maklumat yang berkaitan, semuanya akan jadi lebih mudah untuk dikendalikan.

Jangan risau jadikan tip di bawah ini sebagai panduan.

5 Posisi Menyusukan Bayi Selepas Pembedahan


(1) Posisi menyusukan bayi memainkan peranan dalam menjayakan penyusuan selepas pembedahan. Pastikan posisi menyusu adalah posisi yang boleh mengelakkan sebarang bebanan kepada bahagian abdomen (perut) serta kita rasa selesa untuk menyusukan bayi.
 

(2)  Pegang bayi secara mendakapnya antara posisi yang selesa bagi kebanyakan ibu bersalin Ceasarean. Anda boleh menggunakan posisi ini di katil hospital dengan menaikkan kedudukan katil ke atas atau menggunakan kerusi yang lebar.

(3)   Letakkan bantal di bahagian sisi yang anda hendak menyusukan bayi bagi menyokong lengan yang memangku bayi anda. Bayi akan termasuk di bawah lengan anda.

(4)    Pegang bayi dengan kedudukan rendah menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, di belakang telinga bayi. Tapak tangan hendaklah menyokong leher dan bahagian belakang badan bayi sementara lengan anda menyokong keseluruhan badan bayi. Sementara siku anda mendakap punggung bayi ke bahagian sisi anda.

(5)    Bayi patut berkedudukan yang membolehkan wajahnya menghadap terus ke payu dara ibu, hidung sebaris dengan puting payu dara. Bayi perlu berkedudukan lurus iaitu bahu, telinga dan punggung tegak ke hadapan. Tangan berikutnya akan menyokong payu dara dengan empat jari berada di bawah payu dara dan ibu jari di bahagian atas. Berhati-hati bagi memastikan belakang tangan tidak menutup aerola ketika bayi sedang melekapkan mulutnya dengan selesa.


Selepas pembedahan, kak Ummu menyusukan baby secara baring mengiring untuk rasa selesa. Memang perlukan bantuan seseorang untuk betulkan kedudukan baby sebab kesan ubat bius semakin hilang dan rasa sakit di perut akibat pembedahan.

Selepas tempoh dilarang makan minum selepas pembedahan, kak Ummu terus minum ESP untuk bagi tenaga. Supplemen lain untuk berpantang pun dah boleh makan pada hari pertama. Alhamdulillah, susu banyak, luka czer cepat sembuh dan kering, baby pun sihat walafiat.

Kawan pejabat lama yang tahu kak Ummu bersalin czer, dia pun nak cuba supplemen shaklee masa berpantang sebab dia pun kena czer juga. Dia terus daftar masuk ahli dan beli satu set berpantang. Kak ummu pun kongsilah dengan dia cara makan, apa yang boleh, tak boleh, cara jaga luka dan lain-lain. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. I'm happy for you :)




Anda mungkin berminat:

Cara Atasi Masalah Keputihan

Bagaimana Vitamin C Boleh Cerahkan Kulit?

Petua Merawat Puting Melecet Ketika Menyusu


Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :

012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, boleh jumpa di pick up point:
1) Masjid Uniten , Bangi 
2) Stesyen Minyak Caltex, Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy