Monday, 12 February 2018

6 Tips Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Bismillahirrahmanirrahim... 

 
Tips menjayakan penyusuan susu ibu


Bagaimana hendak berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sehingga 2 tahun? Dalam masa yang sama si ibu dapat jaga berat  badan?

Sesetengah ibu menyusu, mereka makan banyak untuk banyakkan susu. Tapi tahu atau tidak kesan buruknya? Kesannya badan ibu semakin membesar sama macam anak pun membesar. Tak best lah kan macam ni, kita hendak anak kita membesar dengan sihat, tapi kita nak kekal ramping.

Itu pentingnya ilmu. Kita kena tahu makan apa yang boleh menambahkan susu ibu tanpa perlu tambah kalori berlebihan. Sebab itu ramai yang kata, ibu menyusu senang nak kurus dan senang nak jaga berat badan. Tapi kita tak pun macam itu, sebenarnya kita sudah tersalah anggap..kita makan banyak sebab nak tambahkan susu badan. Kalau kurang makan, kurang susu.

Kak Ummu nak share artikel dari Pa&Ma yang mana ada kaitan antara makanan dan penyusuan susu ibu.

1. Minum banyak air

Dalam usaha mengekalkan penghasilan susu ibu, pastikan anda minum banyak air. Oleh itu, anda digalakkan mengambil lapan sehingga 12 gelas air kosong sehari. Ia sudah memadai. Namun begitu, untuk kepelbagaian jenis cecair, anda boleh pilih sama ada jus buah-buahan atau sayur-sayuran; susu atau apa jua jenis sup. Makanan atau minuman seperti ini akan membantu tubuh anda menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi.

 2. Fokus pengambilan protein

Ketika dalam proses penyusuan susu ibu, anda perlu makan dua hingga tiga hidangan protein setiap hari. Sumber protein yang baik termasuklah daging lembu, ayam, telur, keju, susu dan kekacang.

 3. Tambahkan zat besi

Kebanyakan simpanan zat besi dalam tubuh wanita mengalami kekurangan dari tahun ke tahun selepas mula mengalami haid kali pertama. Untuk itu, anda digalakkan untuk mempelbagaikan sumber makanan yang kaya dengan zat besi dalam pemakanan seharian. Hal ini bagi memastikan bekalan zat besi cukup untuk keperluan tubuh anda dan bayi yang sedang disusukan. Jika perlu, anda boleh mengambil suplemen zat besi tambahan. Namun, berbincang dahulu dengan doktor berkenaan hal ini.


4. Ambil banyak kalsium

Pengambilan harian kalsium yang dicadangkan untuk ibu menyusu adalah 1,300 miligram sehari. Jadi, jangan lupa masukkan sumber kalsium dalam menu pemakanan anda setiap hari. Membaca label pemakanan boleh membantu anda mendapat kalsium yang cukup. Sebagai contoh, satu cawan susu atau yogurt mengandungi 300 miligram kalsium.


5. Pilih snek berkhasiat

Sela masa bagi setiap sesi makan seharusnya diisi dengan sesi kudapan. Dengan yang demikian, perut sentiada terisi. Maklum sahaja, ibu menyusu mudah berasa lapar terutamanya selepas menyusukan bayi atau mengepam payu dara. Pastikan snek yang dipilih itu berkhasiat. Contohnya, yogurt, kekacang, buah-buahan segar atau kering dan sebagainya.

6. Hati-hati dengan makanan dan minuman

Berjaga-jagalah dengan apa yang anda makan dan minum. Ingat bahawa makanan dan minuman yang mengandungi kafein, alkohol dan toksin lain mudah meresap ke dalam susu ibu jika diambil secara berlebihan. Jadi anda elakkan diri daripada keterlaluan mengambilnya.

Berdasarkan pengalaman kak Ummu menyusukan anak 2 orang dengan susu ibu, apa yang ditulis di dalam artikel ini memang betul. Makanan yang disebut di atas membantu sama ada membanyakkan susu atau menambah tenaga tanpa perlu makan berlebihan. 

Kak Ummu amalkan Full Set Menyusu Shaklee yang mana keperluan makanan tambahan sama seperti yang dicadangkan di atas. Ianya lengkap dengan nutrien yang diperlukan oleh ibu-ibu menyusu tanpa perlu risau untuk banyak makan. Paling best,  susu sentiasa cukup untuk baby manja dan berat badan terjaga :)

Susu Ibu Yang Pekat dan Mengenyangkan Si Manja



Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :
011-1020 7296 (whatsapp/ telegram)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam Secret grup.
Nak join? Jom!


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Untuk dapatkan secara COD
boleh jumpa di pick up point tertentu di kawasan sekitar:
1)  Putrajaya (Weekdays) 
2) Kajang
3) Bangi

Whatsapp 011-1020 7296 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy